Sabtu, 21 Mac 2015

Pandangan aku berkenaan GST?

Panas betul cerita GST nih, daripada start kerajaan umumkan sampailah detik-detik akhir sebelum April. Apa yang korang tahu mengenai GST? Aku? Memang totally blur about it tapi aku kena ambil tahu jugak sebab tak lama lagi aku pun akan merasai bahana GST nih bila dah start ada pendapatan sendiri.

GST?

Aku pun check website rasmi kerajaan pasal GST semua nih....

Tertanya-tanya aku GST nih sebenarnya apa? Kenapa orang riuh sangat pasal cukai-memukai (aku macam takde perasaan sangat sebab business yang ku kerjakan takde la besar mana) 


GST /CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan

So?

Yang aku faham, bagi setiap peringkat penghasilan sampailah pemprosesan semuanya kan dikenakan cukai. So berganda gila jumlah yang perlu dibayar... Dan aku tak nampak untung apa pun kepada pengguna dan pembekal.

Tahu siapa yang untung?

Korang jawab sendiri la...

Kita baca lagi ok...dan aku akan bedah bagi setiap klausa di bawah...

Pelbagai manfaat bahawa CBP boleh menawarkan kepada pengguna perniagaan dan Malaysia adalah:
  • Meningkatkan taraf hidup

    Hasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
Yang ini aku setuju sekiranya sampai ke saluran yang betul. Institusi kesihatan ( which is my very concerns area) memang perlukan dana-dana daripada kerajaaan untuk ubat-ubatan, menaiktaraf hospital, penyediaan pakar-pakar..AKU SETUJU!

Tapi kalau bab infrastruktur kemudahan awam semua, aku kurang besetuju...sebab apa? kawasan pertumbuhan dan dana-dana yang disalurkan lebih kepada kawasan yang berprestasi tinggi dan tumpuan orang. Yang pedalaman? kampung? Mungkin ada tapi bantuan tak setimpal mana berbanding di bandar.

  • Mengurangkan kos perniagaan

    Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Yang ini pulak, kalau orang berniaga kesian la jawapnya...No comment sebab bukan terlibat secara langsung!
  • Pembangunan negara

    CBP adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
Macam yang aku cakap tadi la kan? The superior must do their work and the lower one jangan makan rasuah. I don't mean to hurt anyone. 
  • Keadilan dan kesaksamaan

    CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
Adil? Hanya dorang yang boleh define adil tu? Ketelusan?
  • Meningkatkan sistem penyampaian

    CBP akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.
  • Meningkatkan daya saing global

    Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.
  • Meningkatkan pematuhan

    SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.
  • Mengurangkan kerenah birokrasi

    SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.
  • Harga adil kepada pengguna

    CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.
Yang bab berpatutan tu, I like sangat! Like gila! Sampai boleh jadi gila la aku... Senang cerita, kalau dah naik semua barang, apa kata naikkan gaji ataupun bagi duit percuma / kupon lunch dinner untuk orang susah macam kami....

  • Lebih telus

    CBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.
Telus kata kau, teluslah berGST!


Apa pandangan korang?

Semalam penuh facebook aku pasal isu harga tiket bas naik dengan melambung gila. Belum lagi GST, dah naik...Kalau naik seringgit dua takpe jugak tapi naik sampai dekat RM10 ...

Kawan aku ada la buat lawak pulak time-time cenggini.

Eh, sheera kau tahu kenapa naik harga sekarang?

Aku? Tu la pasal bukan ke pengankutan tak dikenakan GST...

Kau nih..(dia cakap).. dorang semua bijak, naikkan awal-awal so nanati tak boleh naikkan dah...

Sungai petani? RM 44.46

Korang nila-nilakanlah sendiri..Aku dan buta tengok!

Bagi yang bekerja, takpe kut sebab ada stable income tapi bagi student macam mana pulak?

Tahu apa yang aku harapkan??

BIASISWA NAIK 100%

Boleh ke?

Tolong jawabkan...

p/s Tulisan aku takda yang menghasut ataupun menghina sesiapa, hanya sekadar pandangan rakyat marhaein!

Lets see what happen !!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan