Jumaat, 12 Jun 2015

WAJIB BACA! Bahayanya produk yang ada mercury!



Asslamualaikum...

Goodnight mungkin ada yang dah tidur TETAPI 

WAJIB BACA 

KALAU NAK SELAMAT!!

Huhu...

Post seram habis! Mercuri in skincare product bukan benda baru..dah berkurun dah jadi isu tapi masalahnya ramai yang masih sanggup memperjudikan kulit sendiri sebab nak flawless cepat!

Seriously better menyesal sekarang sebelum terlambat! Nasihat tulus daripada ynag pernah experience ..huhu!

MACAM MANA NAK TAHU? 

Dulu sebelum terkena, aku pun dah search merata jugak la tapi in the end terkena jugak...Memang betul apa yang orang cakap...sedih mak aii, serik dah aku nak try benda pelik2!


TANDA-TANDA PRODUK YANG MENGANDUNGI MERCURY! 
Nih aku share dari tuan empunya blog Cik Fara
  • Melekit-lekit. Sapu kat muka pun bukan main susah nak ratakan.  
  • Tidak Homogen. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat. 
  • Kulit putih segera. Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu. Nampak beno nipunya. Pakai banyak mercury memang la laju je kulit putih. Putih nye plak lain macam, bukan putih natural. Biar lambat putih asalkan selamat. (Macam Intan, dia pakai setahun Safia Rania baru nampak kulit cerah berseri. Cecece)
  • Takde langsung jerawat nak tumbuh. Jangan cepat happy bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yang sangat la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv. Dan kenapa jerawat dah tak nak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yg dah rosak. Nyamuk pun buat derk je. 
  • Bau logam. Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun maybe dia dah di campur dengan parfume (pewangi). 
  • Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning. Krim siang kuning, krim malam putih. Tapi tak semua lah produk nak cakap ada merkuri, tapi wajib diragui. So Google sebelum nak try-try guna produk kosmetik. 
  • Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yang ada mercury ni berkilau-kilau, kilat-kilat sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat-kilat? Ingat! mercury adalah logam sebab tu dia berkilat.
  • Bila stop pakai, bintik-bintik tumbuh kat muka, gatal-gatal.Lama-lama kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.
  • Kulit sensitif dengan matahari. Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.



Cara mudah macam mana nak tau produk tu ada kandungan mercuri ialah:
  • Sapukan cincin emas (pastikan yang tulen) dengan krim yang kiter nak test tu. Gosok-gosok la cincin dengan krim tu.
  • Kalau produk tu bermercury, krim tu akan bertukar menjadi warna kelabu. Semakin gelap warna yang terhasil, semakin banyak mercury yang digunakan.

Aku masih simpan lagi produk tu!! Nak ekpserimen dekat kucing kat rumah..

Nah! Aku share link...

Good night you all!!

Daripada beli skin care pelik lagi haram tu, baik melabur collagen ke vitamin ke?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan