Rabu, 11 Mac 2015

Review : DIANZ VITAMIN C, E WITH WHITENING COLLAGEN



For the first time aku decide nak semakkan blog aku dengan review produk. Produk bagus kita kena la share-sharekan dan hebahkan kat semua supaya orang pun boleh cuba dan merasa effectnya..

Hari ini dengan sukarelanya tapa dibayar oleh owner pun, aku nak review produk supplement yang tenga hot macam pisang goreng. 

Sekarang kan berlambak kat pasaran produk vitamin C semua tapi yang mana paling bagus? Cerita pasal bagus ke tidak sesuatu produk nih bergantung kepada pengguna jugak. Sejauh mana korang mendisiplinkan diri nak guna sesuatu produk. Jangan main hentam kromo pulak. Dia suruh makan sekali sehari awak pergi telan 10 biji sehari. Memang la lain jadinya...


Jangan buat-buat tak faham pulak macam bebudak nih!


Back to the review< buat pengetahuan korang Dianz vitamin nih dikeluarkan oleh Dianpixy Enterprise hak milik 100% orang Malaysia! Boleh refer sini Website

Kelebihan DIANZ VITAMIN C, E WITH WHITENING COLLAGEN!


  • Produk Muslim 100% Halal
  • Tiada gelatin
  • Tiada bahan kimia 100% bahan asli
  • Kolagen berasaskan Ikan Talapia sesuai untuk mereka yang alah pada makanan laut
  • Satu-satunya produk yang menggabungkan Vitamin C & Vitamin E dalam 1 tablet
  • Mempunyai rasa masam manis dan boleh dikunyah serta dihisap.

Fungsi Dian'z Vitamin + Collagen 6000mg
  • 1000mg Vitamin C berasaskan oren untuk menghilangkan PARUT, JERAWAT, DAN JERAGAT
  • 1000mg Vitamin E berasaskan Maquiberry untuk melembapkan kulit dan mengecilkan pori
  • 2000mg Kolagen Asli ikan talapia untuk kulit ANJAL dan memperbaharui SEL KULIT
  • 2000mg Glutathione untuk PUTIHKAN KULIT menyeluruh


Surat pengesahan



TESTIMONI PENGGUNA




SOALAN YANG KORANG AKAN TANYA ??

CREDIT TO THE OWNER~

Apa sebenarnya fungsi Vit C & E ?
Bagus untuk memutihkan kulit,mengurangkan dan menghapuskan parut jerawat dan jeragat,membantu pertumbuhan sel baru.

Apa akan jadi kalau kita stop ambil vit C & E ni? ada efek buruk ke kat kulit kita?
Kalau stop tidak akan beri kepada anda seperti jerawat atau jeragat ...tetapi kulit yang putih dan bersih mungkin akan kembali kusam..sbb zat2 vitamin dalam badan telah berkurang..tnya knp diri anda...jika produk yg baik utk tubuh anda kenapa perlu berhenti ??

Berapa lama untuk melihat kesan selepas ambil vit C & E ni ?
Bergantung kepada metabolisme masing2...ada yang cepat ada yang lambat. So, jgn baru makan sebulan dah give up.

Boleh main campur2 x makan vitamin lain jika makan vitamin C & E nih?
Jarak kan pengambilan selama 3-4 jam, tp jgn ambil terlampau banyak jenis vitamin c, takut overdose nnt boleh sebabkan diarrhea pulak 

smile emoticon
Perlu ke pantang apa2 untuk ambil vitamin C & E ni ? seperti kafein,minuman bertin?Kalau nak jaga kulit mmg kena elakkan semua nih yea anda perlu elakkan

Vitamin C & E ni sesuai untuk semua peringkat umur ke?
Sesuai  untuk wanita yang sudah baligh.. kalau belum baligh masih kanak2. Agak tidak sesuai....hormon pun masih muda remaja.. 16tahun dan ke atas....selalunya umur 40an dah start ada jeragat...stil boleh makan....untuk pudarkan jeragat

Vitamin C & E ni untuk muka je ke?
Vitamin C ni bertindak sama rata pada keseluruhan badan kita jgk. Vitamin c & e ini akan cair.dan akan salur melalui darah..mana mungkin darah pergi kt muka je kan ? Takkan muka kita je nak putih licin cantik berseri kan? Badan kita pun juga nak putih cantik berseri juga. Betol x?




BERMINAT ?? Boleh whatsapp aku directly, ahaha promote business pun boleh kat blog sendiri..apa salahnya kan? Nanti aku cerita detail lagi...

Sambil menyelam~ promote business!

Chef time : Kek Buah special untuk my only ayah~

Assalamualaikum dunia!

Past entry aku dah citer pepanjang lebar pasal resipi kek coklat moist aku yang menjadi! Ahaha! 
Buat pengetahuan korang, aku buat dua kek kot in one day but for different reason la...

Entry aku pasal kek coklat tu sebab kek tu favourite adik aku yang belajar kat Maktab Mahmud. So alang-alang nak pergi melawat dia tu, aku pun dengan baik hatinya buat kek tu..
Refer entry aku yang nih kalau nak tahu lebih lanjut pasal resepi dia..

Bab-bab memasak kek nih, dulu punya cerita la kan, selalu aku buat memang nak cakap tak menjadi la tapi...... ok...tapi once bila korang dah dapat click the right technique tu suma, memang petik jari la nak buat kek nih...senang cakap~ kacanggg la~~

Haha..aku pun baru beginner dalm pembuatan kek yang tak seberapa cantik dan macho dan lawa berbanding dengan blog-blog resepi yang lain. INSYAALAH nanti aku improve bila kau dah ada kamera cantik-cantik tau!

Banyak pulak bebel. 

Straight to the point. Entry kali ini, aku nak share resepi kek buah or selalu korang dengar mixed fruit cake!Yang special sebab ini kek favourite ayah aku. Dia dah banyak kali tanya, bila kakak nak buatkan kek buah, asyik chocolate cake ja...

Sedih pulak aku dengar...haha..at last aku buat la jugak dan menjadi!

Bahan-bahan untuk kek 

Bahan A

1 buku buttercup
1 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila


Bahan B
4 biji telur

Bahan C diayak
200mg~ 1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder

BAHAN UTAMA! MIXED FRUIT! beli dalam paket je, kat kedai jual dalam kotak~


Cara-caranya
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter dan ayakkan tepung gandum sekeliling bagi mengelakkan kek melekat. Letakkan ke tepi
  2. Panaskan oven make sure panas biarkan suhu naik 180oC
  3. Masukkan bahan A dalam bowl dan putar kadar kelajuan sederhana sampai sebati (dia akan jadi pekat, ringan dan kaler putih ala-ala cream)
  4. Masukkan telur one by one..dan pukul kelajuan sederhana
  5. Lastly masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Make sure korang kaup balikkan supaya sebati dan pukul lebih kurang dalam 5 minit.
  6. Then masukkan mixed fruit korang...simpan sikit untuk tabur on tops!
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam dalam 45 minit ke sejam.
  8. Kek masak bila korang test pakai garpu..cucuk sikit licin je tak melekat...
Senang kan? Actually kalau korang perasan, bahan asas untuk kek sama je semuanya cuma kena alter tepung, main ingredients dengan telur~

My version

Banyak pulak tempat aku cucuk!

Eh! buah semua jatuh ke bawah pulak! Janji boleh suap mulut!!



SELAMAT MENCUBA!

Chef time : Kek Coklat Moist

Salam to all...

Update blog kali ini aku nak share resipi pulak. Almaklumlah, balik cuti kat rumah so banyak masa terluang dan aku nih memang kaki dapur tak kira la masak ke makan...tapi mostly makan la...

So resipi kali ini pasal Kek Coklat Moist tapi bakar tau. Kalau sesape yang bace entry aku yang lepas, aku ada share pasal kek coklat kukus yang senang dan confirm menjadi!
Sape yang tak sempat boleh klik entry ni Resipi kek coklat kukus

So bahan-bahannya (acecewahh ade gaya cef selebriti tak) tehehehe


Bahan-bahan untuk kek 

Bahan A

1 buku buttercup/ 1 cawan minyak 
2 cawan gula ising
1 sudu besar susu pekat manis <tak pakai pun takpe>
2 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila


Bahan B
4 biji telur

Bahan C diayak
300mg~ 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk coklat <Aku add milo jugak >
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder


Bahan untuk coklat moist topping!

1 cawan coklat bar yg potong kecil2
1/2 cawan susu pekat manis

sedikit coklat rice

Cara-caranya
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter dan ayakkan tepung gandum sekeliling bagi mengelakkan kek melekat. Letakkan ke tepi
  2. Panaskan oven make sure panas biarkan suhu naik 180oC
  3. Masukkan bahan A dalam bowl dan putar kadar kelajuan sederhana sampai sebati (dia akan jadi pekat, ringan dan kaler putih ala-ala cream)
  4. Masukkan telur one by one..dan pukul kelajuan sederhana
  5. Lastly masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Make sure korang kaup balikkan supaya sebati dan pukul lebih kurang dalam 5 minit.
  6. Masukkan dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam dalam 45 minit ke sejam.
  7. Kek masak bila korang test pakai garpu..cucuk sikit licin je tak melekat...
Untuk coklat topping~ sama je macam kek kukus...campurkan kesemua bahan, guna technique double boiling yakni jangan cairkan on direct atas api...

Untuk hiasan yang lain, boleh la disesuaikan ikut suka hati korang. Family aku tak berapa suka whipping cream suma so pakai conventional method sajalah...

Nih version aku...

panas keluar dari oven! menjadi la!



uishhh!! jemput makan~~ messy kan coklat aku, tapi at last masuk mulut gak!




Selamat mencuba!!



Jumaat, 27 Februari 2015

7 soalan yang paling dibenci bila berusia 25 tahun

Assalamualaikum and selamat bercuti!!

Sebut pasal cuti, asal aku balik kampung je....banyak la soalan yang datang bertubi-tubi oleh makcik, pakcik, sepupu sepapat aku...tak larat nak menjawab. Range soalan tu bermacam-macam, ada yang siap mintak consultation lagi (yang tu aku boleh menahan sabar dan amarah lagi, sebab dah memang kerja...jawab je la mana-mana yang boleh). Tapi, bila sampai soalan yang cepucemas dan konpem takde jawapan yang tepat dan betul nih yang selalu buat aku berpeluh-peluh, nak memikir. Kritikal sungguh!! Cara senang nak menjawab, sengih kambing je la... nak buat camno~~

Ada la lebih kurang macam aku, tapi without that braces..haha

Back to the discussion, 7 soalan yang paling aku benci bila nak menjangkau usia 25 tahun~~ Semua soalan ini di jamin 100% bersangkut-paut yakni berurutan sampailah the moment of awkward~~ KRIK KRIK KRIK! Seriously at the time, rasa nak blah je..




Anak dah berapa?
OMG!!!
Terkejut mak!! Soalan yang tak boleh diterima akal. Aku pakai macam makcik-makcik ke? Yang pastinya orang yang tanya aku soalan macam nih sama ada saudara jauh-mauh aku ataupun dia rabun, salah orang nak tanya. Der!! Bila masa aku dah kawin...Anak sendiri belum!! Anak kucing ade la...berlambak wokeyhhh!!




Kerja kat mana?

Bila dah start tanya macam nih, maksudnya dorang suma tak ambil peduli pun kat aku. And that's how i know whether they love me or not. Supposedly, kalau dah nama saudara-mara takkan la taktau aku masih study tak habis-habis. Tahu ape aku jawab, "saya belajar lagi mokcik" (muka buat-buat, tanda nyampah~~)





 Bila nak habis belajar?


Errr....Bosannnnn...menjawab soalan yang sama daripada orang yang sama...





Tak penat ke belajar?


Soalan ke macam tu? Eh tak payah tanya la...Kalau masuk kelas menjahit pun penat nih kan nak finish degree..ntah pape~~





Lepas belajar, nak buat apa?


Kan dah kena..tapi aku tak da la sampai hati macam tu sekali. Terpendam dalam hati je la... Lepas belajar, nak kerja la sayang-sayang oiii!!!




Dahtu, bila nak kahwin?


Kahwin?? YES soalan yang paling ditunggu abad ini... Kalau tunggu pun bukan ada jawapan..kalau ada jawapan nanti tak payah-payah nak tanya, diri sendiri  yang akan pi habaq~ stress dowh fikir pasal kawin tambah-tambah kau anak perempuan tunggal. Macam speechless!!




Takde sape-sape ke?
ZZZZ~~ Do i need to tell you that??
Senang cakap, aku penat nak menjawab soalan yang dah memang terang lagi nyata jawapannya. Aku sendiri pun belum cukup matang dan bersedia nak melalui semua benda nih. I need to think of my responsibility to my parents first before me. Dan aku rasa yang lain-lain aku letak tepi dulu. 

Tired of being 25 years old. But life will never fail to excite you. Surprise will come when its ready. Dan pihak-pihak yang menyanya, seriously aku tak marah langsung cuma penat. Penat dengan soalan yang berulang-ulang kali. Bosan kan? Aku appreciate bila korang tanya means korang care...but sometimes silence is better that anything!



Till then with love, 



Khamis, 26 Februari 2015

"PULSATILE MASS" & ME

Assalamualaikum readers!!


YAHHOOOO!! Officially aku dah habis end posting exam untuk medical. Penatnya study last minute and end up padan muka aku dapat soalan yang susah gila bab! By the way, aku tak nak cakap pasal performance aku untuk exam baru-baru ni sebab takda mood nak cerita. Next time aku story- mory kat korang suma.

See!! the topic hari ni...tajuknya pasal " pulsatile mass" dan aku. 
Image result for WORRY
Whats going to happen next??

Suspens dowh especially bagi budak-budak noob medical student macam aku. Pulsatile mass kalau korang jumpa kat mana-mana pun bahaya sangat aku nak cakap. Bahasa masyarakat senang cakap boleh meletup dan babai lah dunia. Sayonara~~

Aku presenting my really own authentic case, 25 years old Malay lady, single (wuhuuu.....), no known medical illness presented with 1 week history pulsatile mass over the scalp. To be exactly, at the right parietotemporal area associated with mild unilateral headache. No weakness or loss of vision. On examination, uneventful, no bruit heard.

Apa diagnosis korang?

MENGADE!!

Seriously, sebelum nih memang aku dah rasa pulsatile sensation tu cuma tak la besar sangat, but recently dah besar betul! Risau gila aku, dah bermacam-macam differentials came out and seriously apa yang aku browse through Mr. Google memang seram like he said " You are going to die soon~~" I'm not afraid of dying but I have a lot more that I want to achieve.. GRADUATE PUN BELUM!! KAHWIN?? sedih bila fikir...

So, at the same time, aku on preparation for this exam yang stress nak mampus, so aku fikir after exam je terus aku nak pergi check up kat primary care clinic IIUM. Tapi korang cuba la bayangkan, boleh ke nak study sambil risaukan that damn "mass". Memang tak la kan??

Sampai-sampai aku siap bukak Googlescholar untuk browse pasal SCALP ANEURYSM!! Tapi mostly patient memangla ada long history of pulsatile mass, siap tortuous penuh satu kepala. Aku punya takda la sampai macam tu sekali. Cikonet je TETAPI kecik-kecik pun still la kan kena risau!


List differential aku~semua dasyat-dasyat okeh!!
1. Scalp aneurysm

Image result for scalp aneurysm
takdela sampai tahap macam nih!! 

2. Scalp AVM
3. Giant cell arteritis

Aku ada baca satu journal on management of scalp aneurysm done in India. 8 patient presented. Result form endovascular surgery, 7 uneventful but 1 DIED due to cerebral edema tapi sebab eneurysm dia secondary cause.Hopefully not in my case.

Yang pasal giant cell arteritis, there was a case 19 years old lady, presented with pulsatile mass and headache foe 1 month.Clinically was normal and removal surgery done. They sent biopsy for that and ended up to be giant cell arteritis.

Oooomaiiiiigadddd!!

Relax babe!!

Senang la kau cakap relax! Cer rasa tengok! Bercakap memang senang tapi kalau sendiri yang dapat memang wassalam la ye~~

Continue story aku, after exam medical habis semalam, terus besok tu aku pergi ke PCC IIUM nak dapatkan treatment yang sepatutnya.

Cik Nursyahirah? 

Ye saye....

Masuk bilik 1 kayh...

Tup tap...tup tap...saspens sikit ehh~~

Assalamualaikum (Eh! aku kenal doc neyh, doc postgraduate fammed )

Ade apa masalah?

Dgn sedihnya, DR.........saya ada pulsatile mass DR dekat kepala. (Muka memang macam nak nangis!!)

Hahaha...nih bukan mass la, vessel nih... (Okay, aku rase bodoh tetiba tapi bukan ke sama je..)

Tapi, DR saya ada headache belah left sided  plus rasa macam tarik mata belah kiri nih...

Okayyyy...so awak fikir apa? aneurysm?

Aku angguk-angguk kepala laju ja...(ye la DR!)

Ye la tapi awak punya dahla kecik je, baru seminggu kan? 

(Dalam hati, kalau kita found awal and treat awal lagi bagus kan, supaya mortality rate pun turun..., tapi siapa la aku nak berlawan kata-kata, telan je la)

Selain tu DR, saya rasa maybe nih giant cell arteritis, even though not like typical presentation tapi saya found one article on that case similar like me...

Okayy!!! Haha.. (DR gelakkan aku....sedih mak)

DR tanya soklan aku macam nak exam pulak!! 

So how you want to diganose GCA?

Aku blur? ESR?

Nope, its just to monitor kan~~ MRA la dik!! So awak nak ke saya refer awak untuk MRA?

Err....takpela DR, saya observe dulu la... (MRA? That is so damn serious thingy!)

Image result for MALU LAWAK
Sekadar hiasan~~
MALU NAK MAMPUSS!!  Ake realize that time yang aku ada HYPOCHONDRIASIS!!

Aku nak blah cepat-cepat, malu dowh!! Sorry DR for bothering your time! 

Its okay, dah banyak kali dah ~~~

Dalam pada macam tu pun aku, still risau weyh!! sebab kecik bagi dia , gedabak bagi aku...

That the end of my "mass".

Nak sleep sebab penat study group!!

Till then with love!!











Sabtu, 14 Februari 2015

What is wrong with me?

Assalamualaikum.  

This is how I feel right now. E. M. P. T. Y & L.A.Z.Y


Aku memang ada masalah besar sekarang. Aku rasa macam serba tak kena. Macam kosong dan kosong.Nothing best in this world. Hari-hari aku melalui rutin yang sama dan masa pulak berlalu macam paip air yang bocor. Aku rasa macam its going to be the end very soon. Just very soon. The way its going to end, I will let Him to decide. 


Betapa malasnya aku. Betap kerasnya hati aku. Aku rasa macam bukan aku yang dulu.Aku yang dulu hanya aku yang tahu. Aku yang sekarang kosong. Kosong dengan kata-kata, kosong pemikiran dan aku rasa macam purposeless. What is this world actually?Why I need to face this?


Korang semua tak payah risau pasal aku, sebab aku bukan buat suicide note! Aku masih tahu haramnya hukum bunuh diri dan aku tak pernah terlintas langsung nak buat benda haram macam tu.Aku masih ada mak bapak, adik-adik dan kawan-kawan yang aku sayang.Cuma, aku rasa pelik dengan hidup aku.Aku macam puppet! Macam anak wayang kulit tu...Bergoyang sana-sini hidup untuk keselesaan orang lain.Korang rasa aku ni sakit apa?


Sakit sebab hidup dalam hipokrit...


Hipokrit? Sejauh mana korang define hipokrit tu? ataupun nak lebih jahat lagi munafik!Aku tak rasa aku hipokrit tapi lebih kepada berkorban hidup untuk orang lain.Maksud aku, hidup aku bukan untuk diri aku seorang.Setiap apa yang aku lakukan adalah untuk orang lain.


What the $%&# are you saying?


Aku minta maaf kalau aku merapu meraban but its my blog and I'm free to write anything I like.I feel like I need to see doctor right now. Really not okay!


Tata

Ahad, 11 Januari 2015

Apa aku buat 5 bulan lepas?

Fuh fuh fuh....ohhokk! (coughs sekejap sebab berhabuk dah blog ni) How do you feel today peeps?

What a lazy blogger I am.Biasala hidup ni ade naik turun dia, ada time aku rajin gile nak menaip nih hah tapi sometimes tu...I just want to hibernate macam beruang kutub.Jangan cakap nak update blog, nak makan pun pemalas. Hahaha oppsss! habisla saham I nih...whatever la kan...

Seingat aku last aku update blog nih dalam 5 bulan lepas. Lama gila kan? Aku pun dah final year sekarang. Dah nak masuk 3rd posting dah pun and my FINAL PRO tinggal tak sampai 7 bulan lagi. Dan aku sekarang masih menaip blog utk korang...hahaha memang tak sedar diri kan? Kita ni kalau nak study takleh tekun-tekun sangat sampai tak ingat dunia...sekali skala kena spent times doing things u like jugak kan...barulah HEPI!! pandai pulak aku nak nasihat korang~

Kenapa aku menghilang?

Hmmm...senang cakap aku macam serabut la dengan semua benda sampai aku rasa macam "i need to get things right first"...especially masa aku kat posting psychiatry .Aku ada macam-macam perasaan pasal psychiatry....

sampai  aku terpikir benda pelik-pelik...

Am i crazy?....

Aku ade personality disorder ke?....

Depression...(maybe tak sampai tahap MDD , setakat dysthymic tu boleh larh..)

OCD? YES!...Aku memang ade OCD yang teruk.Contoh la kan , macam aku rase aku dah lock kereta aku tapi still aku sanggup jalan jauh ke parking lot tuk check aku dah kunci ke belum? Tu kira OCD ke, tak cukup DSM lagi...criterias B tak fulfilled...safe~~

why  can't I be passionate about psychiatry?

Aku sampai tanya kawan aku, " ehh ko rase aku pelik ke? Macam patient ke?" Kawan aku pulak gi tokok tambah aku yer worriness..." eh beb! aku pun rase cam tu" ohhhhmaiiigadddd!!! This is serious things...

"Do I in need to see psychiatrist?"

But, i still can function very well meh.. ( Boleh la tu kan, aku pass exam & boleh gi kelas suma)

Maybe i shouldn't.Baik aku bukak Kaplan and tengok management dia so that aku boleh manage sendiri problem aku...Gila kau kalau aku nak kena amik antidepressant semua, stigmata ok? OR medically based said dia banyak side effect. So aku tak nak!

Sepanjang aku berpsychiatry, nothing much interesting to tell sebab aku personally memang tak minat LANGSUNG dengan psychiatry...Passion aku lebih kepada active management kat patient contoh macam medical, surgery, ortho....Aku suka gila!!! Hahaha...

Tapi banyak lesson yang aku belajar from psychiatry patient..

They are not guilty~ sebab mind dorang dah subconscious in which dorang tak tahu apa yang dorang buat tu salah..

Semua salah upbringing!~ being raised dengan suasana yang stress, parents problem, financial, jiran yang macam sampah!..Korang bayangkan la macam mana dorang nak survive and at last wayar putus...

Coping style poor~ Coping style? Semua org ada his or her own way to cater with problems...antara berkesan atau pun tidak je...but mostly patient memang ade poor coping style, tends to keep to themselves ataupun dorang mengarah masalah kepada jalan yang tak betul eg; drugs, alcohols

Family acceptance~Bila dah dilabel gila, anjing gila pun tak mau...apatah lagi family....kesian aku dgn sorang patient nih, dah 20 tahun dah duduk dalam wad sebab family tak nak terima dia...

Selalu kalau aku clerk patient lain mesti dia nak nyibuk...kesian kan? Aku pernah je clerk dia tapi sorry to say " i don't get what i want..." last2 aku yang pening... Tapi still la we need to be good to them sebab dorang istimewa~

Runtuhnya agama~ Paling tersentap bila aku tanya sorang patient yang masuk sebab methamphetamine induced psychosis. 

" Adik, solat macam mana kat rumah?" 
Saya tak solat pun dr... 
"Kenapa awak tak solat?" 
Dr, orang muda-muda macam kami nih, kalau solat tak rockla dr... 
"Gulpss! (Ak tersentap sekejap..speechless aku kena susun ayat nh nak tarbiah sikit budak nih...geram sangat...dah berkepal buku tangan!)"Adik tahu kan, solat dalam Islam tu wajib, jadi kita kena tunaikan..." 
Malas la dr....(Dalam hati, aku pun malas dengan ko!) Aku rasa macam tak bersemangat je nak nasihat budak nih sbb malas nih mmg takde ubat...(Aku tak cukup kuat lagi nak berdakwah aku rase la...)

Melayu Binasa~ Hampir 99.9% patient kat ward tu Melayu..Kenapa la korang rase? Kaum lain terkinja-kinja buat kerja bina hidup, Melayu meroyan hisap itu ini sampai gila...Seriously aku menyampah betul dgn anak muda yang tak tahu purpose hidup kat dunia.. K bai!
Thats all la rumusan yang aku dapat sepanjang aku dekat psychiatry...

Alhamdullilah aku pass exam...(walaupun time clinical exam dgn dr ak rasa macam hancur sbb patient tak cooperative)

Next time aku sambung...

Till then with love,