Rabu, 11 Mac 2015

Chef time : Kek Buah special untuk my only ayah~

Assalamualaikum dunia!

Past entry aku dah citer pepanjang lebar pasal resipi kek coklat moist aku yang menjadi! Ahaha! 
Buat pengetahuan korang, aku buat dua kek kot in one day but for different reason la...

Entry aku pasal kek coklat tu sebab kek tu favourite adik aku yang belajar kat Maktab Mahmud. So alang-alang nak pergi melawat dia tu, aku pun dengan baik hatinya buat kek tu..
Refer entry aku yang nih kalau nak tahu lebih lanjut pasal resepi dia..

Bab-bab memasak kek nih, dulu punya cerita la kan, selalu aku buat memang nak cakap tak menjadi la tapi...... ok...tapi once bila korang dah dapat click the right technique tu suma, memang petik jari la nak buat kek nih...senang cakap~ kacanggg la~~

Haha..aku pun baru beginner dalm pembuatan kek yang tak seberapa cantik dan macho dan lawa berbanding dengan blog-blog resepi yang lain. INSYAALAH nanti aku improve bila kau dah ada kamera cantik-cantik tau!

Banyak pulak bebel. 

Straight to the point. Entry kali ini, aku nak share resepi kek buah or selalu korang dengar mixed fruit cake!Yang special sebab ini kek favourite ayah aku. Dia dah banyak kali tanya, bila kakak nak buatkan kek buah, asyik chocolate cake ja...

Sedih pulak aku dengar...haha..at last aku buat la jugak dan menjadi!

Bahan-bahan untuk kek 

Bahan A

1 buku buttercup
1 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila


Bahan B
4 biji telur

Bahan C diayak
200mg~ 1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder

BAHAN UTAMA! MIXED FRUIT! beli dalam paket je, kat kedai jual dalam kotak~


Cara-caranya
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter dan ayakkan tepung gandum sekeliling bagi mengelakkan kek melekat. Letakkan ke tepi
  2. Panaskan oven make sure panas biarkan suhu naik 180oC
  3. Masukkan bahan A dalam bowl dan putar kadar kelajuan sederhana sampai sebati (dia akan jadi pekat, ringan dan kaler putih ala-ala cream)
  4. Masukkan telur one by one..dan pukul kelajuan sederhana
  5. Lastly masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Make sure korang kaup balikkan supaya sebati dan pukul lebih kurang dalam 5 minit.
  6. Then masukkan mixed fruit korang...simpan sikit untuk tabur on tops!
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam dalam 45 minit ke sejam.
  8. Kek masak bila korang test pakai garpu..cucuk sikit licin je tak melekat...
Senang kan? Actually kalau korang perasan, bahan asas untuk kek sama je semuanya cuma kena alter tepung, main ingredients dengan telur~

My version

Banyak pulak tempat aku cucuk!

Eh! buah semua jatuh ke bawah pulak! Janji boleh suap mulut!!



SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan