Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mac 2015

Chef time : Kek Buah special untuk my only ayah~

Assalamualaikum dunia!

Past entry aku dah citer pepanjang lebar pasal resipi kek coklat moist aku yang menjadi! Ahaha! 
Buat pengetahuan korang, aku buat dua kek kot in one day but for different reason la...

Entry aku pasal kek coklat tu sebab kek tu favourite adik aku yang belajar kat Maktab Mahmud. So alang-alang nak pergi melawat dia tu, aku pun dengan baik hatinya buat kek tu..
Refer entry aku yang nih kalau nak tahu lebih lanjut pasal resepi dia..

Bab-bab memasak kek nih, dulu punya cerita la kan, selalu aku buat memang nak cakap tak menjadi la tapi...... ok...tapi once bila korang dah dapat click the right technique tu suma, memang petik jari la nak buat kek nih...senang cakap~ kacanggg la~~

Haha..aku pun baru beginner dalm pembuatan kek yang tak seberapa cantik dan macho dan lawa berbanding dengan blog-blog resepi yang lain. INSYAALAH nanti aku improve bila kau dah ada kamera cantik-cantik tau!

Banyak pulak bebel. 

Straight to the point. Entry kali ini, aku nak share resepi kek buah or selalu korang dengar mixed fruit cake!Yang special sebab ini kek favourite ayah aku. Dia dah banyak kali tanya, bila kakak nak buatkan kek buah, asyik chocolate cake ja...

Sedih pulak aku dengar...haha..at last aku buat la jugak dan menjadi!

Bahan-bahan untuk kek 

Bahan A

1 buku buttercup
1 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila


Bahan B
4 biji telur

Bahan C diayak
200mg~ 1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder

BAHAN UTAMA! MIXED FRUIT! beli dalam paket je, kat kedai jual dalam kotak~


Cara-caranya
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter dan ayakkan tepung gandum sekeliling bagi mengelakkan kek melekat. Letakkan ke tepi
  2. Panaskan oven make sure panas biarkan suhu naik 180oC
  3. Masukkan bahan A dalam bowl dan putar kadar kelajuan sederhana sampai sebati (dia akan jadi pekat, ringan dan kaler putih ala-ala cream)
  4. Masukkan telur one by one..dan pukul kelajuan sederhana
  5. Lastly masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Make sure korang kaup balikkan supaya sebati dan pukul lebih kurang dalam 5 minit.
  6. Then masukkan mixed fruit korang...simpan sikit untuk tabur on tops!
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam dalam 45 minit ke sejam.
  8. Kek masak bila korang test pakai garpu..cucuk sikit licin je tak melekat...
Senang kan? Actually kalau korang perasan, bahan asas untuk kek sama je semuanya cuma kena alter tepung, main ingredients dengan telur~

My version

Banyak pulak tempat aku cucuk!

Eh! buah semua jatuh ke bawah pulak! Janji boleh suap mulut!!



SELAMAT MENCUBA!

Chef time : Kek Coklat Moist

Salam to all...

Update blog kali ini aku nak share resipi pulak. Almaklumlah, balik cuti kat rumah so banyak masa terluang dan aku nih memang kaki dapur tak kira la masak ke makan...tapi mostly makan la...

So resipi kali ini pasal Kek Coklat Moist tapi bakar tau. Kalau sesape yang bace entry aku yang lepas, aku ada share pasal kek coklat kukus yang senang dan confirm menjadi!
Sape yang tak sempat boleh klik entry ni Resipi kek coklat kukus

So bahan-bahannya (acecewahh ade gaya cef selebriti tak) tehehehe


Bahan-bahan untuk kek 

Bahan A

1 buku buttercup/ 1 cawan minyak 
2 cawan gula ising
1 sudu besar susu pekat manis <tak pakai pun takpe>
2 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila


Bahan B
4 biji telur

Bahan C diayak
300mg~ 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk coklat <Aku add milo jugak >
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder


Bahan untuk coklat moist topping!

1 cawan coklat bar yg potong kecil2
1/2 cawan susu pekat manis

sedikit coklat rice

Cara-caranya
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter dan ayakkan tepung gandum sekeliling bagi mengelakkan kek melekat. Letakkan ke tepi
  2. Panaskan oven make sure panas biarkan suhu naik 180oC
  3. Masukkan bahan A dalam bowl dan putar kadar kelajuan sederhana sampai sebati (dia akan jadi pekat, ringan dan kaler putih ala-ala cream)
  4. Masukkan telur one by one..dan pukul kelajuan sederhana
  5. Lastly masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Make sure korang kaup balikkan supaya sebati dan pukul lebih kurang dalam 5 minit.
  6. Masukkan dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam dalam 45 minit ke sejam.
  7. Kek masak bila korang test pakai garpu..cucuk sikit licin je tak melekat...
Untuk coklat topping~ sama je macam kek kukus...campurkan kesemua bahan, guna technique double boiling yakni jangan cairkan on direct atas api...

Untuk hiasan yang lain, boleh la disesuaikan ikut suka hati korang. Family aku tak berapa suka whipping cream suma so pakai conventional method sajalah...

Nih version aku...

panas keluar dari oven! menjadi la!



uishhh!! jemput makan~~ messy kan coklat aku, tapi at last masuk mulut gak!




Selamat mencuba!!



Sabtu, 23 Ogos 2014

Chef time: Kek coklat kukus

Salam to all! and hepi weekends!

Lama aku tak mengupdate kan? nothing much and just get through my elective posting yg tinggal nak berapa hari je lagi...

Boring pulak weekend nh...macam teringin nak makan kek..

So, hari ini aku ad buat kek coklat moist yg resepinya ak amik dr kawan aku yg sgt suka memasak neyh..

Senang sangat bahan2 dia tak susah pun!


Senang kan???



Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk coklat < kalau nak setengah cawan pun boleh, takut gelap sgt la pulak kan?>
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila

Bahan B < ayak tau >
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder

Bahan C
2 biji telur

Bahan untuk coklat moist
1 cawan coklat bar yg potong kecil2
1/2 cawan susu pekat manis
seditkit coklat rice

Cara-caranya
1) Campurkan bahan A dalam satu bekas n masak atas api sederhana
2)Bila macam dah sebati...tutup api dan masukkan telur...
3) Masukkan bahan C, kacau jgn biar berketul..Kalau ketul2 tak hilang tapis je...
4) Masukkan dlm loyang
5) Kukus 30 minit
6) Masak!

Untuk coklat tu...cairkan tp jgn guna direct heat...pastu campurkan susu pekat manis dan tuang je atas kek tadi..

Nak cantik lagi..letak coklat rice...hehe ^-^ yummy!

tgk hasilnya yg aku buat!


yummehh!!

lembut sgt smpai nak potong pun tak cantik hehe... packing untuk adik kat asrama

Bonus aku belanja selfie dengan adik aku yang number 4, Mohd Najwan and he is still single :)






Till then with love
p/s happy sbb buat menjadi!




Rabu, 9 Julai 2014

Chef time: Resepi Kuih cara

Salam Ramadan Kareem

Amacam puasa hari  ini? Sabar-sabar dah tak lama lagi je nak berbuka..

Dah try resepi kuih lompang yang aku share post lepas? Bagi yang belum berkesempatan boleh klik sini

So, kali ini aku nak share resepi kuih cara aku buat hari ini…ala yang kaler hijau2 pastu kita tangkup dua tu...haha bagi yang tak pernah try, jom kita try buat tengok!

Kalau nak masak kuih cara, yang paling penting kena ada acuannya…Aku pulak guna acuan tradisi arwah ‘nyang  sbb acuan nih memang tak melekat dan senang nak cuci…


Aku pernah jugak try acuan yang umi beli tapi lainlah dengan acuan lama, yang baru nih selalu pulak melekat walaupun aku dah sapu2 dengan minyak …So in the end aku stick kepada yang lama jugak…

Resepi Kuih Cara

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan
¼ sudu garam

*1 biji telur; nih ikut suka, boleh je kalau nak letak tapi aku kedekut sikit, tak letak pun sedap je
*pewarna hijau; depends korang nak kuih cara kaler hijau pekat ke tak? sikit-sikit sudah...


Bahan B
1 piring gula
1 piring minyak

Cara-cara membuatnya,
  1. Campurkan bahan A, kalau nak senang blends je… (Sorry, aku nak jimat tenaga sikit bulan puasa la katakan)
  2. Make sure, adunan tadi tu elok2 je…jangan cair sangat nanti lembik pulak..
  3. Panaskan acuan, api kena sederhana je nanti hangit pulak!
  4. Sapukan setiap lubang tu dengan minyak
  5. Masukkan adunan tadi dalam lubang-lubang tadi, jangan isi penuh sangat…
  6. Tutup acuan dengan tudung periuk, sekejap je pastu masukkan sedikit gula dekat tengah2 sebagai pemanih kuih cara korang 
  7. Tutup acuan sampai kuih cara masak lebih kurang 5 minit…dan sedia utuk dihidang.
Bolehla try kan? Jimat pun jimat tak payah nak ke bazar ramadan..buat sendiri je


Hasil aku buat petang tadi...tarra!






Till then with love, Selamat berbuka !