Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan

Rabu, 8 Julai 2015

Mudah mengungkapkan sabar tapi...

Assalamualaikum...

Sambil menunggu waktu berbuka sekejap lagi, jom kita tadabbur sedikit..di akhir-akhir Ramadhan yang berbaki lagi 8 hari ni..

Erti Sabar dengan ujian ALLAH Yang Maha Esa. Aku bukanlah orang yang tepat untuk berkongsi hadith mahupun potongan Al Furqan yang indah.Memang tidak laak langsung. Tapi aku punya pengalaman melalui detik-detik yang penuh menguji kesabaran aku. Alhamdulillah, aku masih disini, kuat untuk hari-hari yang mendatang.

Dikejutkan baru-baru ini, seorang sahabat aku ditimpa ujian yang bagi aku sungguh berat untuk ditanggung. Hanya ALLAH yang tahu betapa ranapnya hatinya mengetahui berita yang menyedihkan itu. Ujian itu tanda DIA ingat..sayang..dan selalu ada untuk kita.

Bertahun-tahun berpenat lelah..tapi apakan daya dia di uji sebegini berat. Tabahkanlah hatinya YA ALLAH.

Sememangnya mengungkapkan sabar mudah. Cukup mudah. Bersabarlah...

Tapi, jikalau di renung kembali...hanya yang telah melaluinya sahaja yang mampu mengungkapkan sabar kepada sahabat aku ini...

Aku hanya mampu mendoakan engkau tabah..sahabat...

Jumaat, 24 April 2015

Sayonara Pediatric...

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Hari ni last day aku dalam posting paediatric in med school. Selepas nih, dah takde dah nak main-main belajar semua sebab after this everything will be so serious. Yang tinggal hanyalah exam dan real life as houseman and doctor later.

To be honest, pediatrics bukanlah top favourite subject aku sepanjang aku dekat IIUM. Bukan sebab aku tak suka budak-budak tapi aku tak sanggup tengok dorang sakit. Setiap kali aku masuk wad, aku ada feeling yang " You shouldn't be here" . Sebab semua patient ada IV line mostly, sakit dan tak bermaya aku tengok. Aku ada perception yang budak-budak tak supposedly to fall ill. Tapi ini semua kan kehendak Yang Esa. Sakit, ajal, maut semua ditangan ALLAH S.WT.


Aku kena redha...


Tengok balik pengalaman aku di pediatric... selalu buat aku rasa sedih. Sedih tengok budak-budak yang innocent, baby yang kecik-kecik lagi dah kena warded buat aku rasa hiba yang amat.

Tapi beza pulak kalau aku pergi medical or other wards. Aku rasa energetic gila nak kacau dorang nak practice PE and do my clerking. Pakcik pun ada perasaan jugak.


Dan aku kena ubah mentaliti tak sihat macam nih.


Sakit...sejauh mana sakit itu membahagiakan orang? Ada ke? Sakit selalu bawa kepada konflik kan? Duit, masa, tenaga dan air mata...semua habis sebab sakit...


Tapi kalau kita fikir hikmah sakit di mata ALLAH. Kita akan lebih gembira sebab ALLAH pilih kita untuk merasainya. Ujian dan kesakitan tanda DIA sayangkan kita, mahu uji dan tingkatkan iman kita. DIA nak tahu sejauh mana kita berharap, kemana arah tuju kita bila dalam kesusahan? 
Ke bomohkah? Ke swastakah? Ke kembali kepadaNYA.

Ini sebagai ingatan untuk aku dan semua. Bila kita paham konsep sakit dan redha...Semuanya jadi rasional...

Aku ingat lagi 2 hari lepas, selepas seminar presentation....Dr. Mai (Doctor yang paling aku sayang sekarang :)...dulu aku macam tak berapa suka cara dia, tapi bukan lagi! ) ada cakap...,

"Awak rasa budak-budak tak patut meninggal sebab dia kecik lagi?"

Kitaorang semua cakap la...kesian dah la comel lagi tu...

"Dr. Mai ada cerita pasal one of her patient, yang dah terminally ill, 8 years old boys or girls (aku terlupa)...tengah shortness of breath panggil dia ke katil...."

"Dr..dr...saya takut la nak mati...... "(Air mata aku dah berlenang dengar...)

Kitaorang tanya dr, dr cakap apa dekat dia..taksanggupnya nak jawab...

"Saya cakap la, kalau awak mati boleh masuk syurga...nanti jangan lupa kat dr..tunggu dr..".

Aku kalau ditempat dr memang dah nangis tengok nasib budak nih..tapi dia lagi kuat dari kita semua...

"Dr cakap lagi...saya kalau budak-budak meninggal takpe lagi sebab confirm masuk syurga tapi pakcik-pakcik awak kat medical semua tu..saya tak berani nak jamin? Gulpss!"


Ye tak ye kan dr. Supposedly, aku kena bahagia untuk patient yang dipanggil awal mengadap ALLAH yang ESA. 

Mereka kuat. 

Kuat untuk bertahan. 

Sedangkan aku yang masuk tahun ke 25 bernafas diatas pinjamanNYA..belum tentu lagi nasibnya dimana...

Doakan kita semua. 

Bagi yang pergi dahulu..tunggu aku. 

Bagi yang belum...jom kita bersama-sama.

 Bagi yang berjuang melawannya..redhakanlah segala-galanya...

Jumpa di sana

INSYAALLAH....

Selasa, 7 April 2015

Tak kenal, maka tak cinta

Assalamualaikum

New post for April. Setelah mengadaptasikan kepada GST dan perubahan iklim dunia, akhirnya berkesempatan jugak untuk aku tulis entry kali ini.

Entry "cliche" seperti yang diatas bukanlah seperti yang korang karapkan. Kupasan pasal yang korang harapkan di entry lain INSYA'ALLAH.

Ingat tak? Ada satu entry tu aku cakap yang aku teramat berapi sekali? Cuba klik BERAPI!
Sebelum tu, aku memang culture shock jugaklah bila kena dapat layanan yang macam tu....

Tapi......



Sekarang......



Dah lain.......

Lain macam mana? Sebab aku dah faham kenapa dia buat macam tu. He/She just want us to be a safe doctor. Setelah beberapa kelas dengan dia, at last aku macam suka pulak cara dia fikir and what i can think is that, He/She is a very inspiring teacher to me!


Tu la, orang tua-tua kan dah cakap.....

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA?

Tapi kalau yang kahwin family arrange tu macam mana pulak?

Wait!!

Itu dah topic lain. Next time aku akan kupas-mengupas panjang lebar.

HAPPY TUESDAY!!


Jumaat, 27 Mac 2015

Semangat tu kena ada!

Bila tengok countdown professional exam aku, rasa macam nak nangis! Yang aku tahu, masa berlalu tersangatla pantas mcm kereta api laju dekat jepun tu...mungkin nak kiamat dah...


Dan aku masih disini...blogging (malu)

Aku dah sudah dengan adegan bermalas-malasan. Aku nak berubah, sebab apa? aku nak buat yang terbaik gila untuk exam professional kali ini. Selalu dihina, dipandang serong time bed side teaching? yang tu perkara lepas so aku taknak dipandang macam tu lagi... ( satu posting tu je yang aku rasa tak selesa...dan aku dah cite pepanjang lebar dalam entry yang lepas.. )

Ehh benci betul fikir pasal benda tu! STRESS!!

Tengokla kepada sesiap yang pandang tanah rendah ke tanah kat aku, aku akan buktikan yang aku akan dapat distinction! Bi izinillah...

Bila kena marah, datang suatu motivation nak lawan balik kata-kata mereka yang caci nista kat aku (Aku memang exagerrated sikit, takde la cakap kau stupid ke ape? cuma yang nih? YOU PISSED ME OFF!)


Professional aku tinggal lagi 126 hari lagi je...Dan aku kena berusaha tahap nak mampuss supaya boleh jadi top10 lagi...kali nih nak aim top5 pulak! Yang top 10 tu time professional part 1...aku ingat lagi time tu memang study gila sampai bilik aku penuh dengan kertas buku-buku berselerak...senang cakap aku tidur atas timbunan nota-nota khazanah aku.

Tapi bila dah masuk clinical, kau tak lagi boleh study lepak-lepa kat bilik tapi tempat yang paling best untuk study adalah dekat ward yakni patient aku yang patience semua!!

Lecturer aku selalu cakap, 

Your best teacher is not us, your book or what but its your patient!!!

So hari ni is the new me!! dan aku nak study gila-gila untuk ALLAH SWT, femly aku, lecturer aku yang sangat dabommmm dan untuk masyarakat! ewahhh~~
 


Sapa-sapa yang duduk sungai petani dan sebagainya, nantikan kehadiran doktor tip top korang!!
( E-Houseman pun tak isi lagi tapi macam dah konpem je dapat HSAH!)

By the way besok aku ada CME Glandular Fever and SPA Briefing untuk interview!

Good night you all!! dah pukul 2.24 am dah sekarang ( blogging sekejap lepas siapkan case summary pediatrics!)


peringatan untuk semua


Ahad, 11 Januari 2015

Apa aku buat 5 bulan lepas?

Fuh fuh fuh....ohhokk! (coughs sekejap sebab berhabuk dah blog ni) How do you feel today peeps?

What a lazy blogger I am.Biasala hidup ni ade naik turun dia, ada time aku rajin gile nak menaip nih hah tapi sometimes tu...I just want to hibernate macam beruang kutub.Jangan cakap nak update blog, nak makan pun pemalas. Hahaha oppsss! habisla saham I nih...whatever la kan...

Seingat aku last aku update blog nih dalam 5 bulan lepas. Lama gila kan? Aku pun dah final year sekarang. Dah nak masuk 3rd posting dah pun and my FINAL PRO tinggal tak sampai 7 bulan lagi. Dan aku sekarang masih menaip blog utk korang...hahaha memang tak sedar diri kan? Kita ni kalau nak study takleh tekun-tekun sangat sampai tak ingat dunia...sekali skala kena spent times doing things u like jugak kan...barulah HEPI!! pandai pulak aku nak nasihat korang~

Kenapa aku menghilang?

Hmmm...senang cakap aku macam serabut la dengan semua benda sampai aku rasa macam "i need to get things right first"...especially masa aku kat posting psychiatry .Aku ada macam-macam perasaan pasal psychiatry....

sampai  aku terpikir benda pelik-pelik...

Am i crazy?....

Aku ade personality disorder ke?....

Depression...(maybe tak sampai tahap MDD , setakat dysthymic tu boleh larh..)

OCD? YES!...Aku memang ade OCD yang teruk.Contoh la kan , macam aku rase aku dah lock kereta aku tapi still aku sanggup jalan jauh ke parking lot tuk check aku dah kunci ke belum? Tu kira OCD ke, tak cukup DSM lagi...criterias B tak fulfilled...safe~~

why  can't I be passionate about psychiatry?

Aku sampai tanya kawan aku, " ehh ko rase aku pelik ke? Macam patient ke?" Kawan aku pulak gi tokok tambah aku yer worriness..." eh beb! aku pun rase cam tu" ohhhhmaiiigadddd!!! This is serious things...

"Do I in need to see psychiatrist?"

But, i still can function very well meh.. ( Boleh la tu kan, aku pass exam & boleh gi kelas suma)

Maybe i shouldn't.Baik aku bukak Kaplan and tengok management dia so that aku boleh manage sendiri problem aku...Gila kau kalau aku nak kena amik antidepressant semua, stigmata ok? OR medically based said dia banyak side effect. So aku tak nak!

Sepanjang aku berpsychiatry, nothing much interesting to tell sebab aku personally memang tak minat LANGSUNG dengan psychiatry...Passion aku lebih kepada active management kat patient contoh macam medical, surgery, ortho....Aku suka gila!!! Hahaha...

Tapi banyak lesson yang aku belajar from psychiatry patient..

They are not guilty~ sebab mind dorang dah subconscious in which dorang tak tahu apa yang dorang buat tu salah..

Semua salah upbringing!~ being raised dengan suasana yang stress, parents problem, financial, jiran yang macam sampah!..Korang bayangkan la macam mana dorang nak survive and at last wayar putus...

Coping style poor~ Coping style? Semua org ada his or her own way to cater with problems...antara berkesan atau pun tidak je...but mostly patient memang ade poor coping style, tends to keep to themselves ataupun dorang mengarah masalah kepada jalan yang tak betul eg; drugs, alcohols

Family acceptance~Bila dah dilabel gila, anjing gila pun tak mau...apatah lagi family....kesian aku dgn sorang patient nih, dah 20 tahun dah duduk dalam wad sebab family tak nak terima dia...

Selalu kalau aku clerk patient lain mesti dia nak nyibuk...kesian kan? Aku pernah je clerk dia tapi sorry to say " i don't get what i want..." last2 aku yang pening... Tapi still la we need to be good to them sebab dorang istimewa~

Runtuhnya agama~ Paling tersentap bila aku tanya sorang patient yang masuk sebab methamphetamine induced psychosis. 

" Adik, solat macam mana kat rumah?" 
Saya tak solat pun dr... 
"Kenapa awak tak solat?" 
Dr, orang muda-muda macam kami nih, kalau solat tak rockla dr... 
"Gulpss! (Ak tersentap sekejap..speechless aku kena susun ayat nh nak tarbiah sikit budak nih...geram sangat...dah berkepal buku tangan!)"Adik tahu kan, solat dalam Islam tu wajib, jadi kita kena tunaikan..." 
Malas la dr....(Dalam hati, aku pun malas dengan ko!) Aku rasa macam tak bersemangat je nak nasihat budak nih sbb malas nih mmg takde ubat...(Aku tak cukup kuat lagi nak berdakwah aku rase la...)

Melayu Binasa~ Hampir 99.9% patient kat ward tu Melayu..Kenapa la korang rase? Kaum lain terkinja-kinja buat kerja bina hidup, Melayu meroyan hisap itu ini sampai gila...Seriously aku menyampah betul dgn anak muda yang tak tahu purpose hidup kat dunia.. K bai!
Thats all la rumusan yang aku dapat sepanjang aku dekat psychiatry...

Alhamdullilah aku pass exam...(walaupun time clinical exam dgn dr ak rasa macam hancur sbb patient tak cooperative)

Next time aku sambung...

Till then with love,






Jumaat, 22 Ogos 2014

MH17 #MalaysiaBerkabung #AlFatihah


Salam penghulu hari...

Hari ini 22 Ogos 2014 telah menyaksikan kembalinya sebahagian besar insan-insan yang ditunggu seluruh 

warga Malaysia sejak tragedi 17 Julai 2014...

1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam
2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam
4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam
5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam
6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha
7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh
8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha
9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian
10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian
11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha
12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha
13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian
14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam
15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam
17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian
18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam
19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam
20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam



36 hari...suatu penantian yang hebat dan penuh dengan kesunyian dan kesengsaraan...

36 hari... menyaksikan Malaysia dikejutkan dengan tragedi pesawat MH17 pergi meninggalkan kita...

Hari ini, jumaat yang tenang lagi suci...mereka kembali dengan jasad yang dirindui...

Tabahlah duhai hati...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita semua...

La tahzan wahai sahabat-sahabatku...

Biarpun berlainan agama, bangsa dan fahaman politik...

Marilah kita menzahirkan rasa dikacita sepanjang 36 hari melalui duka-duka kehidupan...

Semoga kau tenang di sana... Aminn

Al Fatihah..



Khamis, 3 Julai 2014

10 jenis golongan yang solatnya tidak diterima ALLAH SWT

Salam Ramadhan hari yang ke-5,


Pengisisan Ramadhan..jom reflect dan nilai diri kita melalui solat harian...


10 Solat Yang Tidak Diterima Allah

 Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim) 


Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:


10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya. 

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya. 

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat). 

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak. 

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim 

9. Orang-orang yang suka makan riba’. 

10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.” 




Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.” 






Astagfirullah...Mohon kita dijauhi dan muhasabah balik...Masih sempat..

Happy iftar..

till then with love <3