Jumaat, 27 Februari 2015

7 soalan yang paling dibenci bila berusia 25 tahun

Assalamualaikum and selamat bercuti!!

Sebut pasal cuti, asal aku balik kampung je....banyak la soalan yang datang bertubi-tubi oleh makcik, pakcik, sepupu sepapat aku...tak larat nak menjawab. Range soalan tu bermacam-macam, ada yang siap mintak consultation lagi (yang tu aku boleh menahan sabar dan amarah lagi, sebab dah memang kerja...jawab je la mana-mana yang boleh). Tapi, bila sampai soalan yang cepucemas dan konpem takde jawapan yang tepat dan betul nih yang selalu buat aku berpeluh-peluh, nak memikir. Kritikal sungguh!! Cara senang nak menjawab, sengih kambing je la... nak buat camno~~

Ada la lebih kurang macam aku, tapi without that braces..haha

Back to the discussion, 7 soalan yang paling aku benci bila nak menjangkau usia 25 tahun~~ Semua soalan ini di jamin 100% bersangkut-paut yakni berurutan sampailah the moment of awkward~~ KRIK KRIK KRIK! Seriously at the time, rasa nak blah je..




Anak dah berapa?
OMG!!!
Terkejut mak!! Soalan yang tak boleh diterima akal. Aku pakai macam makcik-makcik ke? Yang pastinya orang yang tanya aku soalan macam nih sama ada saudara jauh-mauh aku ataupun dia rabun, salah orang nak tanya. Der!! Bila masa aku dah kawin...Anak sendiri belum!! Anak kucing ade la...berlambak wokeyhhh!!




Kerja kat mana?

Bila dah start tanya macam nih, maksudnya dorang suma tak ambil peduli pun kat aku. And that's how i know whether they love me or not. Supposedly, kalau dah nama saudara-mara takkan la taktau aku masih study tak habis-habis. Tahu ape aku jawab, "saya belajar lagi mokcik" (muka buat-buat, tanda nyampah~~)





 Bila nak habis belajar?


Errr....Bosannnnn...menjawab soalan yang sama daripada orang yang sama...





Tak penat ke belajar?


Soalan ke macam tu? Eh tak payah tanya la...Kalau masuk kelas menjahit pun penat nih kan nak finish degree..ntah pape~~





Lepas belajar, nak buat apa?


Kan dah kena..tapi aku tak da la sampai hati macam tu sekali. Terpendam dalam hati je la... Lepas belajar, nak kerja la sayang-sayang oiii!!!




Dahtu, bila nak kahwin?


Kahwin?? YES soalan yang paling ditunggu abad ini... Kalau tunggu pun bukan ada jawapan..kalau ada jawapan nanti tak payah-payah nak tanya, diri sendiri  yang akan pi habaq~ stress dowh fikir pasal kawin tambah-tambah kau anak perempuan tunggal. Macam speechless!!




Takde sape-sape ke?
ZZZZ~~ Do i need to tell you that??
Senang cakap, aku penat nak menjawab soalan yang dah memang terang lagi nyata jawapannya. Aku sendiri pun belum cukup matang dan bersedia nak melalui semua benda nih. I need to think of my responsibility to my parents first before me. Dan aku rasa yang lain-lain aku letak tepi dulu. 

Tired of being 25 years old. But life will never fail to excite you. Surprise will come when its ready. Dan pihak-pihak yang menyanya, seriously aku tak marah langsung cuma penat. Penat dengan soalan yang berulang-ulang kali. Bosan kan? Aku appreciate bila korang tanya means korang care...but sometimes silence is better that anything!



Till then with love, 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan