Isnin, 16 Mac 2015

TOP 4 HIJABSTER!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah...errr? sebab aku baru lepas melantak maggi kari. Aikk? makan maggi je ke? Jawapan cliche...student life maa....kena jimat dan lagipun taklama lagi GST nak implement kan, so aku kena belajar mengikat perut sikit.

Cakap pasal hijabster, sejauh mana korang define hijabster tu? Popularity? Rating like? Bagi aku, hijabster nih defined by cara pemakaian tudung selain daripada yang common korang tengok. Sebelum aku share pasal TOP 4 HIJABSTER kat Malaysia, mai kita tengok evolusi tudung sejak zaman mak nenek kita, and you will be suprised betapa kita merupakan negara yang maju dari aspek style dan fashion semua nih. (claps)

Hebat zaman la nih! Berbelit-beli pakai tudung nohh...jangan belit sampai senyap sudah...

Gambar sekadar hiasan.
Orang zaman dulu-dulu, tudung memang gaya cenggini je...Zaman sekarang??



Tudung zaman hitam putih memang legend sebab dulu pun ada shawl-shawl nih semua cuma nenek-nenek kita selimpang macam tu je...orang cakap simple and sweet je.Senang sangat-sangat la...

Dulu lain sekarang pun lain....

Seingat aku, setakat umur 25 tahun nih...evolusi tudung dulu-dulu memang comel la, lipat bulat habaq mai, sampai lekat ke dahi tu..


Ala-ala macam nih la, YB kite!


Lepas zaman yang macam tu, datang pulak tudung bawal. Version macam-macam berbatu-batu berkilat nau! Siap bawal ada degree-degree kehalusannya dan aku ingat lagi yang umi aku pun dulu pernah beli bawal yang berbatu tu sampai RM150 ! Mahal ya amat!!


sekadar hiasan

sekadar hiasan


Habis bawal datang pulak stail WARDINA! yang pin kat kepala ala-ala pocong sikit tu...Aku tak berapa berkenan sangat la stail nih tapi bagi orang yang sesuai comel la kowt pakai..


Macam adik comel nih pakai!

Demam hijabista nih mula yang aku perasan bila pasaran shawl tumbuh bagai cendawan lepas kena siram baja...Punya la banyak style yang boleh digayakan...ikut suka korang nak lilit ke, letak sempoi ke alamatnya semua menjadi!


So aku dah lama dah usha-usha hijabster yang menjadi ikutan orang...Nih main personal aku je hokayy, pemerhatian korang mungkin tak sama macam aku.

1. NEELOFA through Neelofarhijab

Seriously, neelofa memang bawak trend yang terbaru untuk 2015, semuanya instant! chic and  basic katanya...cantik pulak tu tengok dia pakai tapi personally aku rasa tak sesuai dengan muka aku yang bulat nih..

Kalau cantik tu pakai apapun menjadi :P


Korang boleh follow instagram : Noorneelofa orNaelofarhijab



2. Datin Noorjuma through Aidijuma

Aku dok usha je Datin Juma style dia simple je, setakat tudung bawal je dia pakai tapi still nampak cantik!!

Dia pun dah keluarkan brand sendiri iaitu Aidijuma dan seriously aku admit yang ramai kawan aku Aidijuma fans! Dorang cakap bawal by Aidijuma nih banyak pilihan corak yang menarik~ 

Follow instagram : aidijuma

Check it out bawal tutorial yang aku curi dari Youtube !


Nak banyak lagi?? boleh klik channel dorang :)






3. Nonones/ Hani Sarif through Tudung Ruffles

Aku tak tahu nama sebenar dia tapi just accidentally found dekat instagram. Memang hijabster! And dia founder untuk tudung jenama ruffles. Nak cerita lebih pun takut tersalah info..so korang layan je la ehh...

Follow instagram : nonones



4. NurAmirah through ByNuramirah II

Kak migha nih buat pengetahuan korang senior aku time sekolah menengah lagi dan memang tak dinafikan dia memang cantik dari dulu lagi. Sekarang memang succesful gila sebab dah ada skincare sendiri!! Clap sikit! 

Follow instagram:bynuramirah11




Sekian wassalam..hehe lepas nih boleh la try satu persatu kayh!



Sabtu, 14 Mac 2015

Parking @ SEOUL GARDEN

Enough with membebel. Aku rasa sakit hati pulak sebab terpaksa delete ramp dekat twitter just because i got some info yang ada mata-mata. Aku dah block pun. And my twitter is privacy now.

Lepas incidence apa ntah ( aku tak mau ingat, sbb aku nak move on dan fikir yang baik-baik macam kawan aku)...my bestiess ajak makan kat seoul garden~~ wuwuwu... gila mahal! tapi mengenangkan lama tak lepaking dengan kengkawan aku... sanggup aku huluq dekat RM40 untuk sekali makan.

Money boleh cari tapi kawan? If kau asyik kedekut sakan, kawan pun hai hai bai bai la... sekali sekala. tapi lepas nih memang aku makan angin je la... 

Aku nak share gambar je sebab dah kepala otak dah jem nak type banyak-banyak.

Yang ni baru sikit.... baru mula makan~

Syaza looks so hot!! 

Comey kan bestiess aku? tertanya-tanya siapakah yang masih single? Haha

Candid~ 

cer tengok permainan syaza~ my drama queen ice cold pwincess friend.

My bestiess aka my roomates too~

Eh only 1 already taken, 2 still single la, just know it melalui sumber drpd tuan punya badan sendiri! Amal nak promote meat with coffee ape ntah~

Hana is so happy cuz her little boy in her tummy get to eat too~ Amal ? 

Hot ladies!

May ALLAH ease her journey so we can see her cute little boy! Makan banyak-banyak !

This one? call me if you want to get to know her? Tehehe

Taken already~

Nih geng single-mingle... my dearie Roza

See the different? low quality cam! its mine~

Amal cakap aku busuk! Haha ye ke?

no caption available

So funny! lepas kenyang gila, merapu selfie~

All of us in one pic~ that bangla/nepal took that... errrr?

hamboih-hamboih...senyuman tu kan sedekah...

practice senyum atas pelamin!

last one for tonight!!

After all, it was so much fun! Thanks to them I got my spirit back~ 

Good morning! Its 14th March 2015. and I want to sleep right now.

Aku tak boleh terima ini semua!

Assalamualaikum. 

Aku tengah berapi yang teramat. 

So, sekarang aku nak membebel pasal apa yang aku lalui sepanjang hari ini (semalam sebab time aku taip nih dah AM) . Eventhough tak kena direct dekat aku tapi aku macam tertanya-tanya why  
must I ...no! WE were being treated this way!

Tahu apa yang berlaku today? Horrible! yet boring dan aku tak dapat apa-apa pun yang melekat kat kepala aku right now. Aku membebel lagi.

Aku harap curahan aku dekat blog aku tidak dijadikan isu besar-besaran sebab aku bukan mengancam keselamatan negara pun. Jangan pulak nak buang  universiti pulak. Dan kisah yang bakal aku bebelkan ini tidak menjurus kepada nama-nama tertentu yakni yang boleh mengaibkan atau menutup periuk nasik whatever orang mana pun. Just to relieve my tension. 

I, hereby will not mention any name, description of the person or things related to his/her..

First and foremost! Korang kena paham aku jenis loud and bold people. Bukan  jenis orang yang macam nih... " Its okay...relakslah. You gonna be OKAY! Hello! I know that la...aku mesti akan okay tapi at the moment of time aku tengah berapi dan moody macam tu, aku hanya harap orang akan listen ataupun support kemarahan aku. 

contoh senangla aku bagi...

"Seorang mak kehilangan anaknya...meninggal accident ke whatever penyakit. And kau datang cakap... Sabarlah puan...sabar-sabar.... Weyh, ayam dekat reban pun tahu la erti sabar"

Pleaselah people....yang tu satu hal! aku letak tepi dulu...

Main point aku HOT is that today aku rasa mistreated ataupun senang cakap aku? bukan aku sorang la tapi classmates aku yang lain pun ada...whatever tapi aku rasa dorang okay je yakni sabar....tapi bukan aku. (Aku dah puas buat semak kat twitter so nak semak kat blog pulak...)

 Mistreated macam mana? 

Korang rasa okay ke kalau kena tengking macam budak sekolah walaupun korang nih dah boleh kira adult! Seriously aku memang tak boleh fit dengan teaching macam nih. Environment yang sangat stuffy...on that time macam korang nak jawab tapi korang takut nak mampuss sebab ada je yang tak kena dengan jawapan korang... Aku rasa macam dipandang rendah sangat. Cuba bayangkan kalau korang ada la sedikit ilmu la kan nak cakap...tiba-tiba kena tengking? Mahu tak thought block? Lagi pulak kena marah lepas tu...

I really hate that class so far aku dekat medical school. 

Korang nak cakap aku nih mengumpat ke whatsoever...Cakaplah tapi aku memang jenis yang kena tell somebody apa yang aku bukukan dalam hati.

Bukan aku tak pernah jumpa yang lebih garang tapi yang lain even though garang tapi motivated aku untuk keep on1 But not this one. Yang nih buatkan aku fikir yang " Buat apa aku baca, study lebih and at the end ada je yang kau nak marah.. " Seriously yesterday (bila aku taip nih dah pukul 12.45am dah) memang aku benci gila, rasa macam ...Bila nak habis kelas...?? Tapi aku still respect sebab dorang mualim aku yang pent mengajar. Aku admit yang dorang hebat but its just i dont like it.

Aku ada baki lagi 6 minggu lagi untuk semua nih dan aku kena hadapinya jugak. Cacilah, marahlah,, cekik ke nak cubit tampar ke... just give me that P that i will work suoer hard to get that and prove to you that " Dont look down on me" .. 

Aku nekad. This thing will end at this moment only. No more unless if it happen again in the future. ALLAH! Please forgive me~



Good night all..

Aku baru delete all the ramp on twitter sebab ada mata-mata. Thinking of block that person. 
Benci ahh! 


Rabu, 11 Mac 2015

Review : DIANZ VITAMIN C, E WITH WHITENING COLLAGEN



For the first time aku decide nak semakkan blog aku dengan review produk. Produk bagus kita kena la share-sharekan dan hebahkan kat semua supaya orang pun boleh cuba dan merasa effectnya..

Hari ini dengan sukarelanya tapa dibayar oleh owner pun, aku nak review produk supplement yang tenga hot macam pisang goreng. 

Sekarang kan berlambak kat pasaran produk vitamin C semua tapi yang mana paling bagus? Cerita pasal bagus ke tidak sesuatu produk nih bergantung kepada pengguna jugak. Sejauh mana korang mendisiplinkan diri nak guna sesuatu produk. Jangan main hentam kromo pulak. Dia suruh makan sekali sehari awak pergi telan 10 biji sehari. Memang la lain jadinya...


Jangan buat-buat tak faham pulak macam bebudak nih!


Back to the review< buat pengetahuan korang Dianz vitamin nih dikeluarkan oleh Dianpixy Enterprise hak milik 100% orang Malaysia! Boleh refer sini Website

Kelebihan DIANZ VITAMIN C, E WITH WHITENING COLLAGEN!


  • Produk Muslim 100% Halal
  • Tiada gelatin
  • Tiada bahan kimia 100% bahan asli
  • Kolagen berasaskan Ikan Talapia sesuai untuk mereka yang alah pada makanan laut
  • Satu-satunya produk yang menggabungkan Vitamin C & Vitamin E dalam 1 tablet
  • Mempunyai rasa masam manis dan boleh dikunyah serta dihisap.

Fungsi Dian'z Vitamin + Collagen 6000mg
  • 1000mg Vitamin C berasaskan oren untuk menghilangkan PARUT, JERAWAT, DAN JERAGAT
  • 1000mg Vitamin E berasaskan Maquiberry untuk melembapkan kulit dan mengecilkan pori
  • 2000mg Kolagen Asli ikan talapia untuk kulit ANJAL dan memperbaharui SEL KULIT
  • 2000mg Glutathione untuk PUTIHKAN KULIT menyeluruh


Surat pengesahan



TESTIMONI PENGGUNA




SOALAN YANG KORANG AKAN TANYA ??

CREDIT TO THE OWNER~

Apa sebenarnya fungsi Vit C & E ?
Bagus untuk memutihkan kulit,mengurangkan dan menghapuskan parut jerawat dan jeragat,membantu pertumbuhan sel baru.

Apa akan jadi kalau kita stop ambil vit C & E ni? ada efek buruk ke kat kulit kita?
Kalau stop tidak akan beri kepada anda seperti jerawat atau jeragat ...tetapi kulit yang putih dan bersih mungkin akan kembali kusam..sbb zat2 vitamin dalam badan telah berkurang..tnya knp diri anda...jika produk yg baik utk tubuh anda kenapa perlu berhenti ??

Berapa lama untuk melihat kesan selepas ambil vit C & E ni ?
Bergantung kepada metabolisme masing2...ada yang cepat ada yang lambat. So, jgn baru makan sebulan dah give up.

Boleh main campur2 x makan vitamin lain jika makan vitamin C & E nih?
Jarak kan pengambilan selama 3-4 jam, tp jgn ambil terlampau banyak jenis vitamin c, takut overdose nnt boleh sebabkan diarrhea pulak 

smile emoticon
Perlu ke pantang apa2 untuk ambil vitamin C & E ni ? seperti kafein,minuman bertin?Kalau nak jaga kulit mmg kena elakkan semua nih yea anda perlu elakkan

Vitamin C & E ni sesuai untuk semua peringkat umur ke?
Sesuai  untuk wanita yang sudah baligh.. kalau belum baligh masih kanak2. Agak tidak sesuai....hormon pun masih muda remaja.. 16tahun dan ke atas....selalunya umur 40an dah start ada jeragat...stil boleh makan....untuk pudarkan jeragat

Vitamin C & E ni untuk muka je ke?
Vitamin C ni bertindak sama rata pada keseluruhan badan kita jgk. Vitamin c & e ini akan cair.dan akan salur melalui darah..mana mungkin darah pergi kt muka je kan ? Takkan muka kita je nak putih licin cantik berseri kan? Badan kita pun juga nak putih cantik berseri juga. Betol x?




BERMINAT ?? Boleh whatsapp aku directly, ahaha promote business pun boleh kat blog sendiri..apa salahnya kan? Nanti aku cerita detail lagi...

Sambil menyelam~ promote business!

Chef time : Kek Buah special untuk my only ayah~

Assalamualaikum dunia!

Past entry aku dah citer pepanjang lebar pasal resipi kek coklat moist aku yang menjadi! Ahaha! 
Buat pengetahuan korang, aku buat dua kek kot in one day but for different reason la...

Entry aku pasal kek coklat tu sebab kek tu favourite adik aku yang belajar kat Maktab Mahmud. So alang-alang nak pergi melawat dia tu, aku pun dengan baik hatinya buat kek tu..
Refer entry aku yang nih kalau nak tahu lebih lanjut pasal resepi dia..

Bab-bab memasak kek nih, dulu punya cerita la kan, selalu aku buat memang nak cakap tak menjadi la tapi...... ok...tapi once bila korang dah dapat click the right technique tu suma, memang petik jari la nak buat kek nih...senang cakap~ kacanggg la~~

Haha..aku pun baru beginner dalm pembuatan kek yang tak seberapa cantik dan macho dan lawa berbanding dengan blog-blog resepi yang lain. INSYAALAH nanti aku improve bila kau dah ada kamera cantik-cantik tau!

Banyak pulak bebel. 

Straight to the point. Entry kali ini, aku nak share resepi kek buah or selalu korang dengar mixed fruit cake!Yang special sebab ini kek favourite ayah aku. Dia dah banyak kali tanya, bila kakak nak buatkan kek buah, asyik chocolate cake ja...

Sedih pulak aku dengar...haha..at last aku buat la jugak dan menjadi!

Bahan-bahan untuk kek 

Bahan A

1 buku buttercup
1 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila


Bahan B
4 biji telur

Bahan C diayak
200mg~ 1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder

BAHAN UTAMA! MIXED FRUIT! beli dalam paket je, kat kedai jual dalam kotak~


Cara-caranya
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter dan ayakkan tepung gandum sekeliling bagi mengelakkan kek melekat. Letakkan ke tepi
  2. Panaskan oven make sure panas biarkan suhu naik 180oC
  3. Masukkan bahan A dalam bowl dan putar kadar kelajuan sederhana sampai sebati (dia akan jadi pekat, ringan dan kaler putih ala-ala cream)
  4. Masukkan telur one by one..dan pukul kelajuan sederhana
  5. Lastly masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Make sure korang kaup balikkan supaya sebati dan pukul lebih kurang dalam 5 minit.
  6. Then masukkan mixed fruit korang...simpan sikit untuk tabur on tops!
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam dalam 45 minit ke sejam.
  8. Kek masak bila korang test pakai garpu..cucuk sikit licin je tak melekat...
Senang kan? Actually kalau korang perasan, bahan asas untuk kek sama je semuanya cuma kena alter tepung, main ingredients dengan telur~

My version

Banyak pulak tempat aku cucuk!

Eh! buah semua jatuh ke bawah pulak! Janji boleh suap mulut!!



SELAMAT MENCUBA!

Chef time : Kek Coklat Moist

Salam to all...

Update blog kali ini aku nak share resipi pulak. Almaklumlah, balik cuti kat rumah so banyak masa terluang dan aku nih memang kaki dapur tak kira la masak ke makan...tapi mostly makan la...

So resipi kali ini pasal Kek Coklat Moist tapi bakar tau. Kalau sesape yang bace entry aku yang lepas, aku ada share pasal kek coklat kukus yang senang dan confirm menjadi!
Sape yang tak sempat boleh klik entry ni Resipi kek coklat kukus

So bahan-bahannya (acecewahh ade gaya cef selebriti tak) tehehehe


Bahan-bahan untuk kek 

Bahan A

1 buku buttercup/ 1 cawan minyak 
2 cawan gula ising
1 sudu besar susu pekat manis <tak pakai pun takpe>
2 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila


Bahan B
4 biji telur

Bahan C diayak
300mg~ 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk coklat <Aku add milo jugak >
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder


Bahan untuk coklat moist topping!

1 cawan coklat bar yg potong kecil2
1/2 cawan susu pekat manis

sedikit coklat rice

Cara-caranya
  1. Sapukan acuan dengan sedikit butter dan ayakkan tepung gandum sekeliling bagi mengelakkan kek melekat. Letakkan ke tepi
  2. Panaskan oven make sure panas biarkan suhu naik 180oC
  3. Masukkan bahan A dalam bowl dan putar kadar kelajuan sederhana sampai sebati (dia akan jadi pekat, ringan dan kaler putih ala-ala cream)
  4. Masukkan telur one by one..dan pukul kelajuan sederhana
  5. Lastly masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Make sure korang kaup balikkan supaya sebati dan pukul lebih kurang dalam 5 minit.
  6. Masukkan dalam acuan dan bakar lebih kurang dalam dalam 45 minit ke sejam.
  7. Kek masak bila korang test pakai garpu..cucuk sikit licin je tak melekat...
Untuk coklat topping~ sama je macam kek kukus...campurkan kesemua bahan, guna technique double boiling yakni jangan cairkan on direct atas api...

Untuk hiasan yang lain, boleh la disesuaikan ikut suka hati korang. Family aku tak berapa suka whipping cream suma so pakai conventional method sajalah...

Nih version aku...

panas keluar dari oven! menjadi la!



uishhh!! jemput makan~~ messy kan coklat aku, tapi at last masuk mulut gak!




Selamat mencuba!!