Isnin, 16 Mac 2015

TOP 4 HIJABSTER!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah...errr? sebab aku baru lepas melantak maggi kari. Aikk? makan maggi je ke? Jawapan cliche...student life maa....kena jimat dan lagipun taklama lagi GST nak implement kan, so aku kena belajar mengikat perut sikit.

Cakap pasal hijabster, sejauh mana korang define hijabster tu? Popularity? Rating like? Bagi aku, hijabster nih defined by cara pemakaian tudung selain daripada yang common korang tengok. Sebelum aku share pasal TOP 4 HIJABSTER kat Malaysia, mai kita tengok evolusi tudung sejak zaman mak nenek kita, and you will be suprised betapa kita merupakan negara yang maju dari aspek style dan fashion semua nih. (claps)

Hebat zaman la nih! Berbelit-beli pakai tudung nohh...jangan belit sampai senyap sudah...

Gambar sekadar hiasan.
Orang zaman dulu-dulu, tudung memang gaya cenggini je...Zaman sekarang??



Tudung zaman hitam putih memang legend sebab dulu pun ada shawl-shawl nih semua cuma nenek-nenek kita selimpang macam tu je...orang cakap simple and sweet je.Senang sangat-sangat la...

Dulu lain sekarang pun lain....

Seingat aku, setakat umur 25 tahun nih...evolusi tudung dulu-dulu memang comel la, lipat bulat habaq mai, sampai lekat ke dahi tu..


Ala-ala macam nih la, YB kite!


Lepas zaman yang macam tu, datang pulak tudung bawal. Version macam-macam berbatu-batu berkilat nau! Siap bawal ada degree-degree kehalusannya dan aku ingat lagi yang umi aku pun dulu pernah beli bawal yang berbatu tu sampai RM150 ! Mahal ya amat!!


sekadar hiasan

sekadar hiasan


Habis bawal datang pulak stail WARDINA! yang pin kat kepala ala-ala pocong sikit tu...Aku tak berapa berkenan sangat la stail nih tapi bagi orang yang sesuai comel la kowt pakai..


Macam adik comel nih pakai!

Demam hijabista nih mula yang aku perasan bila pasaran shawl tumbuh bagai cendawan lepas kena siram baja...Punya la banyak style yang boleh digayakan...ikut suka korang nak lilit ke, letak sempoi ke alamatnya semua menjadi!


So aku dah lama dah usha-usha hijabster yang menjadi ikutan orang...Nih main personal aku je hokayy, pemerhatian korang mungkin tak sama macam aku.

1. NEELOFA through Neelofarhijab

Seriously, neelofa memang bawak trend yang terbaru untuk 2015, semuanya instant! chic and  basic katanya...cantik pulak tu tengok dia pakai tapi personally aku rasa tak sesuai dengan muka aku yang bulat nih..

Kalau cantik tu pakai apapun menjadi :P


Korang boleh follow instagram : Noorneelofa orNaelofarhijab



2. Datin Noorjuma through Aidijuma

Aku dok usha je Datin Juma style dia simple je, setakat tudung bawal je dia pakai tapi still nampak cantik!!

Dia pun dah keluarkan brand sendiri iaitu Aidijuma dan seriously aku admit yang ramai kawan aku Aidijuma fans! Dorang cakap bawal by Aidijuma nih banyak pilihan corak yang menarik~ 

Follow instagram : aidijuma

Check it out bawal tutorial yang aku curi dari Youtube !


Nak banyak lagi?? boleh klik channel dorang :)






3. Nonones/ Hani Sarif through Tudung Ruffles

Aku tak tahu nama sebenar dia tapi just accidentally found dekat instagram. Memang hijabster! And dia founder untuk tudung jenama ruffles. Nak cerita lebih pun takut tersalah info..so korang layan je la ehh...

Follow instagram : nonones



4. NurAmirah through ByNuramirah II

Kak migha nih buat pengetahuan korang senior aku time sekolah menengah lagi dan memang tak dinafikan dia memang cantik dari dulu lagi. Sekarang memang succesful gila sebab dah ada skincare sendiri!! Clap sikit! 

Follow instagram:bynuramirah11




Sekian wassalam..hehe lepas nih boleh la try satu persatu kayh!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan