Rabu, 9 Julai 2014

Chef time: Resepi Kuih cara

Salam Ramadan Kareem

Amacam puasa hari  ini? Sabar-sabar dah tak lama lagi je nak berbuka..

Dah try resepi kuih lompang yang aku share post lepas? Bagi yang belum berkesempatan boleh klik sini

So, kali ini aku nak share resepi kuih cara aku buat hari ini…ala yang kaler hijau2 pastu kita tangkup dua tu...haha bagi yang tak pernah try, jom kita try buat tengok!

Kalau nak masak kuih cara, yang paling penting kena ada acuannya…Aku pulak guna acuan tradisi arwah ‘nyang  sbb acuan nih memang tak melekat dan senang nak cuci…


Aku pernah jugak try acuan yang umi beli tapi lainlah dengan acuan lama, yang baru nih selalu pulak melekat walaupun aku dah sapu2 dengan minyak …So in the end aku stick kepada yang lama jugak…

Resepi Kuih Cara

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan
¼ sudu garam

*1 biji telur; nih ikut suka, boleh je kalau nak letak tapi aku kedekut sikit, tak letak pun sedap je
*pewarna hijau; depends korang nak kuih cara kaler hijau pekat ke tak? sikit-sikit sudah...


Bahan B
1 piring gula
1 piring minyak

Cara-cara membuatnya,
  1. Campurkan bahan A, kalau nak senang blends je… (Sorry, aku nak jimat tenaga sikit bulan puasa la katakan)
  2. Make sure, adunan tadi tu elok2 je…jangan cair sangat nanti lembik pulak..
  3. Panaskan acuan, api kena sederhana je nanti hangit pulak!
  4. Sapukan setiap lubang tu dengan minyak
  5. Masukkan adunan tadi dalam lubang-lubang tadi, jangan isi penuh sangat…
  6. Tutup acuan dengan tudung periuk, sekejap je pastu masukkan sedikit gula dekat tengah2 sebagai pemanih kuih cara korang 
  7. Tutup acuan sampai kuih cara masak lebih kurang 5 minit…dan sedia utuk dihidang.
Bolehla try kan? Jimat pun jimat tak payah nak ke bazar ramadan..buat sendiri je


Hasil aku buat petang tadi...tarra!






Till then with love, Selamat berbuka !











Selasa, 8 Julai 2014

Chef time: Resepi Kuih Lompang

Salam Ramadan Kareem 

FYI, aku sekarang tengah cuti before nak masuk final year tapi kali nih bukan pasal cuti tapi pasal memasak!

Yang pasal macam mana aku spend cuti aku next chapter kay!

Aku nih boleh la kalau nak memasak, bukan tak pandai langsung tau.Dulu time umi masih kerja, akula yang kena masuk dapuq hari2, masak macam-macam la untuk arwah ‘nyang dengan yang lain…Tapi sejak umi dah tak bekerja, so kerja aku memang makin ringan sesangat…

Itu cerita lebih kurang 10 tahun dulu…sekarang aku kalau masuk dapuq hanyak handle bab2 senang-senang je macam kerja-kerja menggoreng dengan buat kuih-muih…takut juga ilmu masak yang lain2 berkarat penat je dulu berguru dengan ‘nyang. Aku ingat lagi dulu arwah ‘nyang selalu marah aku masak tak sedap la, kurang itula inila… sampaila dah boleh buat macam2.. *claps diri sendiri J

So, bersempena dengan bulan Ramadan nih, aku nak berkongsi resepi kuih-muih dengan korang yang gemar memasak nh…Cara pun senang sebab aku paling menyampah bila tengok buku-buku resepi asyik guna gram je….ehhh ingat aku ada masa ke nak pakai penimbang semua…remeh la kerja-kerja menimbang nih…

Resepi  Kuih Lompang 
(bukan lempang kay!)

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 sudu kapur makan ( lepas tu korang cairkan=air kapur)

Bahan B
1 cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
2 cawan air

Bahan C
Kelapa parut
p/s tips nak dapatkan kelapa parut yang halus2, time korang parut tu mesti slow2 pastu kena static if pakai mesin la…

Make sure korang ada pengukus!

Cara nak membuatnya,
  1. Campurkan bahan A, masukkan dalm mangkuk dan ketepikan
  2. Campurkan bahan B, dan didihkan atas api.Korang kena jaga2 bia kita masak gula nih takut dia meruap so api tu kena slow tau!
  3. Bila dah mendidih bahan B, tapiskan dan tuangkan dalam mangkuk yang ada bahan A tadi tu…
  4. Gaulkan sampai tepung u tak berketul-ketul.Tips aku, aku prefer blends je lagi cepat dari kacau-kacau nih…Make sure adunan tadi tu tak cair sampai menitik2, elok-elok je kelikatan dia…
  5. Dalam masa yang sama, sediakan acuan dalam bekas pengukus dan biarkan dia panas sekejap…
  6. Selepas itu, masukkan je adunan tadi tu dalam bekas acuan selama 15 minit.
  7. Dah habis 15 minit, cer check kuih lompang tu masak ke tidak? Guna garpu yer, cucuk sikit kalau tak melekat tu masak dah!
  8. Kelapa parut tadi masukkan kedalam lubang yang terhasil tu dan siap utuk dihidang!





Senang je kan? Beginner memang susah sikit nak bagi ada lubang cantik-cantik...lama2 buat jadila tu, janji kuih lompang orang tak keras sampai tak boleh makan jadilah…ye tak?

Feel free kalau nak share tips atau kuih lompang yang korang buat…hehe

till then with love...Selamat berbuka !



Jumaat, 4 Julai 2014

Tips nak jawab soalan MCQ-negative marking

Salam Ramadhan to all :)

Mood aku lepas exam psychiatry=elated sbb aku nak holiday! boleh tahan jugak la soalan dia...even though exam nih just carry 10% mark utk final psychiatry posting tapi still banyak jugak la kan? Soalan multiple choice question tapi yang menyakitkan hati, korang pernah dengar tak pasal negative marking..Kalau jawab betul dapat 1 mark, salah tolak 1, dan tak jawab 0 tak dapat pape la.So aku yang dah berusia nih kira berpengalaman jugakla dalam bab-bab menembak nih...Dah nak masuk final year la katakan...hehe

Korang jangan lak risau pasal tips yang aku nak share nih..

 " boleh caye ke? dia takpe la terer?

bab2 shooting nh senang je, janji ade brain je..dengan logical thinking...Tapi  jangan la tak baca langsung, at least korang get through je notes and textbook...impossible la kalau kau tak bace buku tapi nak dapat DISTINCTION unless kau bela jin ke toyol ke kan? Nauzubillah...

Nak excel memang perlu knowledge okay, takde jalan lain dah...tapi kalau bab nak jawab MCQ nh simple2 pun cukup haha...

nih berdasarkan experience aku yang kalau nak kira dah beratus2 dah aku jawab MCQ sejak aku sekolah tapi yang paling tough time aku belajar medic nih la...no lies ok!

So boleh tgk tips aku nh...yang mana berkenan dan rasa reasonable boleh amik...yang merapu tu buang tepi ja...hak sendiri2 kay nak apply ke tak...


  • Pertama skali korang kena ade pensel dengan pemadam la kan? better pakai yg kayu punyer sbb lagi menyakinkan haha...Jangan lak guna pen hitam pulak sbb machine mmg ofcos tak dapat detect korang yer jawapan.
  • Sebelum nak start nanda2 tu, bace doa dulu...amik berkat.Kita kan dah usaha dan yang selebihnya serahkan kat ALLAH SWT.
  • Check pages cukup ke tak sebab aku pernah skax tu dorang lupa letak answer sheet...mmg spoil mood jugak la kan.Aku kan tengah bersemangt nak jawab exam tp hampeh....
  • Buka je first page, BISMILLAH dulu...hehe..dan jawab!
  • Bila nak jawab tu JANGAN TERAGAK-AGAK! JANGAN PFIKIR LAMA SANGAT! Sebab ap? Sebab nanti korang akan tends to ubah2 jawapan yang padahal mmg awalnya dah konpem sesangat nih....
  • Bila ade question yang "always", "not" tu selalunya la kan jawapan dia SALAH...saje dorng sengaja nak trick korang alert ke tak..haha aku memang da banyak kali kena dah...huhu (sebab tu markah pun cukup2 pass je)
  • Bab MCQ yang negative marking nh memang korang kena berhati gila2 sebab cuba bayang kalau korang dah konfem 4 jawapan nh..pastu gi la hentam 1 dan salah pulak tu...Dari markah 4, dah tolak jadik 3....kan rugi tu bebbb!!! Tapi aku kekadang mmg berani jugak menghentam nh kalau konfiden betoiii la...haha its all about experience! aceceee..
  • Bila dah habis tu kira berapa banyak lubang korang dah hitamkan...sebab kalau exam aku, MCQ nh kena pass means markah kena more than 50%..
    • Contoh ehh...Total soalan ada 25, 1 soalan ada 5 choice..so 25x5=125 markah kan??
    • So make sure korang jawab lebih daripada 62 pilihan jawapan dan make sure nh mmg konpem dan bukan hentam kayh...
    • So, bile dah lepas...boleh la korang hantam sesuka hati! yahooo!!
    • Jangan risau selalunya korang akan still pass haha!
  • Habis je jawab tu...antorla kertas! tapi sebelum masa habis tu tgk betul tak korang tanda nnt kan salah tanda memang 0 la jawabnya...
  • Dah2, send je la paper tu...dan jgn la asyik fikir macam mana mana performance kau? MCQ je...go on dgn next paper la...LIFE'S MUST GO ON EVEN KO RASA NAK TIKAM DIRI BERKALI-KALI!
Amacam tips aku? mmg nampak biasa tapi bagi aku nih la cara aku guna nak survive exam MBBS nh...

Doakan aku pass psychiatry!! Hoho..

At the same time kitaorang kena isi feedback form from department...yang paling tak tahan dia tanya,

"Do you want to further your study in psychiatry?" 

SORRY, i'm not interested

How do you find this posting?? "so-so"..

Haha, aku memang jenis yang bukan kaki ngampu..kalau aku cakap tak suka memang aku tak suka sungguh2...

Please be professional dan jangan disebabkan aku tak suka kau, kau nak blacklist aku pulak kan??

Memang tak adil la dunia!




End.

Till then with love <3








p/s: Broom2 aku nak balik kedah hari ni...bubbye! 

Khamis, 3 Julai 2014

TRYPOPHOBIA The most WEIRD and disgusting phobia!

Salam to all :)

It is really a new thing when you just come across this kind of phobia..

My warning please do not eat while you see this..

I come across to write the post when one of my friend tag me this kind of photos..

REALLY REALLY DISGUSTING!!

AND BE AWARE THAT IT IS NOT A SKIN DISEASE!

It just a phobia!! 

Trypophobia defined as phobia which involves the pathological fear, revulsion and disgust by objects with patterns of holes, such as beehives, ant hills and lotus seed heads

See the pictures and its just enough to make you vomit!


OMG!! ewww!

oho!

Cant see it anymore...chow!

Till then with love <3




10 jenis golongan yang solatnya tidak diterima ALLAH SWT

Salam Ramadhan hari yang ke-5,


Pengisisan Ramadhan..jom reflect dan nilai diri kita melalui solat harian...


10 Solat Yang Tidak Diterima Allah

 Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim) 


Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:


10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya. 

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya. 

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat). 

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak. 

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim 

9. Orang-orang yang suka makan riba’. 

10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.” 




Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.” 






Astagfirullah...Mohon kita dijauhi dan muhasabah balik...Masih sempat..

Happy iftar..

till then with love <3

Selasa, 1 Julai 2014

Hari sebelum ramadan 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak :) 

Huh, penat jugak puasa kali ni kan? Dah lama tak practice...haha... Korang puasa tak? Haha..jangan puasa yangyok sudah....

Sementara nak tunggu bukak puasa nih, aku nak share apa yang aku buat sehari sebelum 1 Ramadhan..


SEHARI BERSAMA AKU DI SUNGAI PANDAN!




Pada hari Sabtu yang lepas, (haha...tahan je la korang aku tengah nak buat karangan UPSR nih), aku dan kawan2ku telah pergi bersuka-ria, bermandi-manda dan berkelah di Hutan Lipur Sungai Pandan, Kuantan.

Sehari sebelum hari yang dijanjikan, ktaorng plan nak berpiknik bersama-sama....haha dan disebabkan semua pelahap semula jadi so memang kena bawak bekal la....

So, dengan brilliantnya kitaorng masak spageti , scramble egg utk sandwich dan sesungguhnya memang sangat sedap tak terkata lazatnya...

Haha...amacam ayat karangan aku? Memang fail la kan? Sorry that' not the real me! CHANGE!

OMG! Apa yg berlaku tadi? dramatik sungguh kau syira...sudah2 la tu....

Bagi yg bukan pemaustatin tetap kat Pahang nh...korang pernah dengar tak pasal Sungai Pandan?

Kalau aku nak bagi antara 5 bintang...bolehla dapat 2 bintang je....tahu kenapa? ?

Sebab nak masuk pun kena bayar? Dewasa kena RM2, kanak-kanak FREE kowt...haha aku tak ingat sebab tak pernah la pulak aku gi bawak anak2...haha...Hutan semulajadi kowt...share udara dan air bersama2 kasi free la kan bro!

Sape2 ade GPS ke GoogleMaps ke..klik je sini
Memang hutan la kan? Boleh tahanla facilities semua...ok la...dah takde tempat lain nak lepak dah....




Kitaorang bertolak dalam pukul 10 macam tu lepas masak semua...and syaza dengan bangga mempelawa nak jadik driver...so save la aku...haha penat kowt bawak keta nih so aku prefer jadik co-driver jek...

Kasi publisiti sikit kat driver aku...
Panas kowt sampai pejam2 kawan aku nih...
snap sebelum nak makan.....
abaikan muka aku yang bolat tu....
nih semua salah tudung!!
Hasil ayaq tangan...huahua!

ni la buddies aku sekalian; roza, syaza, wani....
syaza bajet jadik paris hilton ....
nak elak paparazi..wooott!



till then with love <3 
p/s: dah masuk time berbuka...selamat menjamu selera...terawih jangan lupa pulak!