Rabu, 9 Julai 2014

Chef time: Resepi Kuih cara

Salam Ramadan Kareem

Amacam puasa hari  ini? Sabar-sabar dah tak lama lagi je nak berbuka..

Dah try resepi kuih lompang yang aku share post lepas? Bagi yang belum berkesempatan boleh klik sini

So, kali ini aku nak share resepi kuih cara aku buat hari ini…ala yang kaler hijau2 pastu kita tangkup dua tu...haha bagi yang tak pernah try, jom kita try buat tengok!

Kalau nak masak kuih cara, yang paling penting kena ada acuannya…Aku pulak guna acuan tradisi arwah ‘nyang  sbb acuan nih memang tak melekat dan senang nak cuci…


Aku pernah jugak try acuan yang umi beli tapi lainlah dengan acuan lama, yang baru nih selalu pulak melekat walaupun aku dah sapu2 dengan minyak …So in the end aku stick kepada yang lama jugak…

Resepi Kuih Cara

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan
¼ sudu garam

*1 biji telur; nih ikut suka, boleh je kalau nak letak tapi aku kedekut sikit, tak letak pun sedap je
*pewarna hijau; depends korang nak kuih cara kaler hijau pekat ke tak? sikit-sikit sudah...


Bahan B
1 piring gula
1 piring minyak

Cara-cara membuatnya,
  1. Campurkan bahan A, kalau nak senang blends je… (Sorry, aku nak jimat tenaga sikit bulan puasa la katakan)
  2. Make sure, adunan tadi tu elok2 je…jangan cair sangat nanti lembik pulak..
  3. Panaskan acuan, api kena sederhana je nanti hangit pulak!
  4. Sapukan setiap lubang tu dengan minyak
  5. Masukkan adunan tadi dalam lubang-lubang tadi, jangan isi penuh sangat…
  6. Tutup acuan dengan tudung periuk, sekejap je pastu masukkan sedikit gula dekat tengah2 sebagai pemanih kuih cara korang 
  7. Tutup acuan sampai kuih cara masak lebih kurang 5 minit…dan sedia utuk dihidang.
Bolehla try kan? Jimat pun jimat tak payah nak ke bazar ramadan..buat sendiri je


Hasil aku buat petang tadi...tarra!






Till then with love, Selamat berbuka !











Tiada ulasan:

Catat Ulasan