Memaparkan catatan dengan label feeling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label feeling. Papar semua catatan

Selasa, 26 Ogos 2014

Hati seorang


Senyap saja hati ini
Bila disapa masih menyepi
Masih bernyawakah hati
Mungkin sibuk menampal bocornya

Hati banyak berfikir
Bagaimana melapangkan sempit
Bukan risaukan diri
Tapi risaukan hati yang lain
Hati benci melukakan
Hati mahu riang

Hati yang kuning katanya banyak penyakit
Hati merah pula menahan amarah
Hati kelembapan ditemani kolam tangisan
Tapi hati yang kering
Tiada berpenghuni
Tetap sunyi sepi

Siapakah hati ini
Apa yang ditunggunya
Atas menyuruh bawah mengarah
Hati ke tengah
Bingung kepala otaknya
Memendam saja kerana lebih senang
Biar selesa sendiri

Bukan hati tidak mengerti
Sedihnya terperi sakit seorang
Dia mahu berkongsi
Menahan gelojak jiwa kemahuan
Tapi bukan kawalan hati
Hati malas pening gulana
Baik didiamkan saja
Sabar menunggu percaturanNYA

Hati sendiri akhirnya
menunggu yang ditungguinya
jauh direnung masa depannya
kesudahannya entah apa

26/8/2014

4.28pm

Isnin, 25 Ogos 2014

Gaza selamanya

Awan puas melihat kejamnya Israel
Puas menangisi perginya mujahidin kesayangan
Hingga kering sungguh poket kepolan bersihnya
Itulah awan rapuh jiwanya

Titis-titis air ke muka Gaza
Dibawah melangut diri menadah
Mengharap rahmat  dalam titisan
Sejuk air membasahi tubuh kesakitan
berkat Rahmat Yang Esa
Awan bersuara…sembuhlah duka

Awan bersuara,
Aku tahu benar, tahu sungguh
Suara hati Gaza penuh di pekung
Berat dugaan kehilangan cinta pinjaman
Ya Ilahi, berkatilah bumi anbiaku
Ya Ilahi, berkatilah Gazaku

Awan bersuara lagi
Tak mampu dia menjadi saksi lagi
Membendung resah di hati
Sungai darah mengalir tanpa henti
Merahnya tanah diisi mujahidin
Inikah pengakhirannya?

Awan bertanya lagi
Inikah pengakhirannya?
Senyap

Awan bersedih menurunkan hujan di langit
Katanya, aku putih cantik kepolan
Bersih menyeri kanvas Ilahi
Burung ciptaan boleh ku biar membelahi
Tapi untuk Gaza, hanya titisan cinta dapat kubasahi
Mengiring hati-hati kedukaan
Membersih merah darah kebencian
Aku benci Israel

Menjadi saksi semuanya
Ada yang menghiris hati
Ada yang luka berdarah
Awan tetap melihat
Titisnya turun menyuci semua

Awan sudah penat
Penat dengan janji munafik
Bersaksikan biru

Awan bersuara lagi…
Nyahkau pergi
Nyahkau Israel
Nyahkau Yahudi

Aku awan
Hanya akan menutupi yang ku sayangi
Hujan bedilan peluru
Mari berlawan dengan titisanku
Nyahkau lari Israel
Kupanggil sekutuku
Menyambar mu perit dihujung rambutmu
Membela orang kesayanganku
Gaza selamanya…

25/8/2014
6.30pm


Lidah penanggung


Kasihan kau lidah
sedangkan hati yang berbisik keras
tapi kau yang menanggungnya
Terlajak perahu boleh diundur
tapi terlajak kata memang binasa

Alangkah bergunanya lidah
Gunanya untuk melontarkan benih fikiran yang menguntungkan
Memerli apa yang tidak puas di pandangan jiwa
Gunanya juga untuk menepis semua serangan peribadi
Itulah gunanya dia

Baik dan buruk semuanya salahkan dia
Dialah yang dapat memuaskan nafsu-nafsu manusia
Hasad dengki, amarah, sinikal  semuanya dia
Alangkah malangnya lidah…

Bait-bait sayang puji pujian manis dari lidah
Hati pun gelak riang  katanya terima kasih
memekarkan layu, mencambahkan subur
mewarnakan jiwa, membahagiakan semua
Alahai lidah, baiknya lidah

Itulah dia kalau yang baiknya
Tapi, yang sebaliknya derita
Lidah penanggung

Kulihat lidah kasihan sungguh
Jenuh menjawab habis memikir
Banyak dosa difitnah si peminjam dunia
Hati ingin menipu tetapi lidah tetap jujur
Meronta membohong tapi tidak bagi lidah
Tetap dan benar
Jujur kepada penciptaNYA

Alangkah malangnya manusia
Mengikut dorongan iblis durjana
Hinggakan si lidah yang tidak berdosa
Di paksa menanggungnya
Sudah-sudahlah peminjam dunia
Tampalkan hatimu dengan ayat-ayatNYA
Kesiankan wahai si lidah
Lidah penanggung…

25/8/2014

3.23pm


Isnin, 4 Ogos 2014

Respect,manner & knowledge

Salam to all J

Lama kan aku tak post? Sorry sangat-sangat sebab aku sibuk dengan elective posting aku dekat HSAH.

FYI aku buat posting anaesthesiology and medical tapi skarang nih aku still lagi dekat anaest posting, masih tinggal seminggu ja lagi. Maybe korang akan cakap why aku buat anaest kan? WHY???? Dah la boring… keja stereotype pulak tu! Kaki dah lenguh dah ulang alik OT dengan ICU? 

haha for those yang fikir macam tu la…,

tapi bagi aku personally, everything yang aku belajaq ataupun yang aku lalui is a part of knowledge dan aku memang kena hormat ilmu-ilmu aku. 

Tak macam sesetengah orang yang always take for granted dan pemalas dan kuat mengeluh…sorry aku memang menyampah dengan orang macam nih.

< ok nak masuk part yampah-menyampah >sila buat-buat tahan je la 

Continue...

Please people…behave sikit! tak kisah la korang pandai melangit macam mana pun, ranking memanjang ja dok depan.... FYI sikit pun aku tak pandang tinggi kat orang-orang yang takda mannerism dan tak tahu nak respect ilmu…


Hah! Bunyi macam aku marah kan? Memang pun aku tengah nak meletup nih…general okay! Aku ulang general nasihat yang aku nak bagi nih, sapa-sapa yang terasa, dan terkena batang idung sendiri… sila-sila sedarkan diri anda tu yang we need to respect knowledge!

cool down and bai!



Selasa, 29 Julai 2014

H.A.R.I.R.A.Y.A

Selamat hari raya!!

Dah besar-besar macam nih, raya takdela happening sangat... N.O.R.M.A.L je!

Maaf zahir dan batin kalau aku ade menggores hati korang sampai berdarah..haha!

snap2!


Fam pic pagi-pagi raya!! 

Dengan umi~



Nah sebijik!



Teh mengucapkan selamat hari raya utk semua!!


Selfie dengan big bos of the house ! Teh!


Najwan


Ehh!! Raya la!! Bangun !!



Muka syokkk pekena bihun sup :)



Adik-adik mithali~~



till then la...nak pelahap lemang ketupat suma!


Jumaat, 4 Julai 2014

Tips nak jawab soalan MCQ-negative marking

Salam Ramadhan to all :)

Mood aku lepas exam psychiatry=elated sbb aku nak holiday! boleh tahan jugak la soalan dia...even though exam nih just carry 10% mark utk final psychiatry posting tapi still banyak jugak la kan? Soalan multiple choice question tapi yang menyakitkan hati, korang pernah dengar tak pasal negative marking..Kalau jawab betul dapat 1 mark, salah tolak 1, dan tak jawab 0 tak dapat pape la.So aku yang dah berusia nih kira berpengalaman jugakla dalam bab-bab menembak nih...Dah nak masuk final year la katakan...hehe

Korang jangan lak risau pasal tips yang aku nak share nih..

 " boleh caye ke? dia takpe la terer?

bab2 shooting nh senang je, janji ade brain je..dengan logical thinking...Tapi  jangan la tak baca langsung, at least korang get through je notes and textbook...impossible la kalau kau tak bace buku tapi nak dapat DISTINCTION unless kau bela jin ke toyol ke kan? Nauzubillah...

Nak excel memang perlu knowledge okay, takde jalan lain dah...tapi kalau bab nak jawab MCQ nh simple2 pun cukup haha...

nih berdasarkan experience aku yang kalau nak kira dah beratus2 dah aku jawab MCQ sejak aku sekolah tapi yang paling tough time aku belajar medic nih la...no lies ok!

So boleh tgk tips aku nh...yang mana berkenan dan rasa reasonable boleh amik...yang merapu tu buang tepi ja...hak sendiri2 kay nak apply ke tak...


  • Pertama skali korang kena ade pensel dengan pemadam la kan? better pakai yg kayu punyer sbb lagi menyakinkan haha...Jangan lak guna pen hitam pulak sbb machine mmg ofcos tak dapat detect korang yer jawapan.
  • Sebelum nak start nanda2 tu, bace doa dulu...amik berkat.Kita kan dah usaha dan yang selebihnya serahkan kat ALLAH SWT.
  • Check pages cukup ke tak sebab aku pernah skax tu dorang lupa letak answer sheet...mmg spoil mood jugak la kan.Aku kan tengah bersemangt nak jawab exam tp hampeh....
  • Buka je first page, BISMILLAH dulu...hehe..dan jawab!
  • Bila nak jawab tu JANGAN TERAGAK-AGAK! JANGAN PFIKIR LAMA SANGAT! Sebab ap? Sebab nanti korang akan tends to ubah2 jawapan yang padahal mmg awalnya dah konpem sesangat nih....
  • Bila ade question yang "always", "not" tu selalunya la kan jawapan dia SALAH...saje dorng sengaja nak trick korang alert ke tak..haha aku memang da banyak kali kena dah...huhu (sebab tu markah pun cukup2 pass je)
  • Bab MCQ yang negative marking nh memang korang kena berhati gila2 sebab cuba bayang kalau korang dah konfem 4 jawapan nh..pastu gi la hentam 1 dan salah pulak tu...Dari markah 4, dah tolak jadik 3....kan rugi tu bebbb!!! Tapi aku kekadang mmg berani jugak menghentam nh kalau konfiden betoiii la...haha its all about experience! aceceee..
  • Bila dah habis tu kira berapa banyak lubang korang dah hitamkan...sebab kalau exam aku, MCQ nh kena pass means markah kena more than 50%..
    • Contoh ehh...Total soalan ada 25, 1 soalan ada 5 choice..so 25x5=125 markah kan??
    • So make sure korang jawab lebih daripada 62 pilihan jawapan dan make sure nh mmg konpem dan bukan hentam kayh...
    • So, bile dah lepas...boleh la korang hantam sesuka hati! yahooo!!
    • Jangan risau selalunya korang akan still pass haha!
  • Habis je jawab tu...antorla kertas! tapi sebelum masa habis tu tgk betul tak korang tanda nnt kan salah tanda memang 0 la jawabnya...
  • Dah2, send je la paper tu...dan jgn la asyik fikir macam mana mana performance kau? MCQ je...go on dgn next paper la...LIFE'S MUST GO ON EVEN KO RASA NAK TIKAM DIRI BERKALI-KALI!
Amacam tips aku? mmg nampak biasa tapi bagi aku nih la cara aku guna nak survive exam MBBS nh...

Doakan aku pass psychiatry!! Hoho..

At the same time kitaorang kena isi feedback form from department...yang paling tak tahan dia tanya,

"Do you want to further your study in psychiatry?" 

SORRY, i'm not interested

How do you find this posting?? "so-so"..

Haha, aku memang jenis yang bukan kaki ngampu..kalau aku cakap tak suka memang aku tak suka sungguh2...

Please be professional dan jangan disebabkan aku tak suka kau, kau nak blacklist aku pulak kan??

Memang tak adil la dunia!




End.

Till then with love <3








p/s: Broom2 aku nak balik kedah hari ni...bubbye! 

Khamis, 3 Julai 2014

10 jenis golongan yang solatnya tidak diterima ALLAH SWT

Salam Ramadhan hari yang ke-5,


Pengisisan Ramadhan..jom reflect dan nilai diri kita melalui solat harian...


10 Solat Yang Tidak Diterima Allah

 Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim) 


Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:


10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya. 

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya. 

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat). 

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak. 

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim 

9. Orang-orang yang suka makan riba’. 

10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.” 




Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.” 






Astagfirullah...Mohon kita dijauhi dan muhasabah balik...Masih sempat..

Happy iftar..

till then with love <3

Selasa, 1 Julai 2014

Hari sebelum ramadan 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak :) 

Huh, penat jugak puasa kali ni kan? Dah lama tak practice...haha... Korang puasa tak? Haha..jangan puasa yangyok sudah....

Sementara nak tunggu bukak puasa nih, aku nak share apa yang aku buat sehari sebelum 1 Ramadhan..


SEHARI BERSAMA AKU DI SUNGAI PANDAN!




Pada hari Sabtu yang lepas, (haha...tahan je la korang aku tengah nak buat karangan UPSR nih), aku dan kawan2ku telah pergi bersuka-ria, bermandi-manda dan berkelah di Hutan Lipur Sungai Pandan, Kuantan.

Sehari sebelum hari yang dijanjikan, ktaorng plan nak berpiknik bersama-sama....haha dan disebabkan semua pelahap semula jadi so memang kena bawak bekal la....

So, dengan brilliantnya kitaorng masak spageti , scramble egg utk sandwich dan sesungguhnya memang sangat sedap tak terkata lazatnya...

Haha...amacam ayat karangan aku? Memang fail la kan? Sorry that' not the real me! CHANGE!

OMG! Apa yg berlaku tadi? dramatik sungguh kau syira...sudah2 la tu....

Bagi yg bukan pemaustatin tetap kat Pahang nh...korang pernah dengar tak pasal Sungai Pandan?

Kalau aku nak bagi antara 5 bintang...bolehla dapat 2 bintang je....tahu kenapa? ?

Sebab nak masuk pun kena bayar? Dewasa kena RM2, kanak-kanak FREE kowt...haha aku tak ingat sebab tak pernah la pulak aku gi bawak anak2...haha...Hutan semulajadi kowt...share udara dan air bersama2 kasi free la kan bro!

Sape2 ade GPS ke GoogleMaps ke..klik je sini
Memang hutan la kan? Boleh tahanla facilities semua...ok la...dah takde tempat lain nak lepak dah....




Kitaorang bertolak dalam pukul 10 macam tu lepas masak semua...and syaza dengan bangga mempelawa nak jadik driver...so save la aku...haha penat kowt bawak keta nih so aku prefer jadik co-driver jek...

Kasi publisiti sikit kat driver aku...
Panas kowt sampai pejam2 kawan aku nih...
snap sebelum nak makan.....
abaikan muka aku yang bolat tu....
nih semua salah tudung!!
Hasil ayaq tangan...huahua!

ni la buddies aku sekalian; roza, syaza, wani....
syaza bajet jadik paris hilton ....
nak elak paparazi..wooott!



till then with love <3 
p/s: dah masuk time berbuka...selamat menjamu selera...terawih jangan lupa pulak!

Rabu, 25 Jun 2014

Entry pasal JODOH part 1

Salam to all :)

Bersempena dengan entry aku pasal jodoh, sila pasang lagu cinta feveret sendiri ye, baru ade feelin gitu...
Aku layan lagu nih je...Dia by Sammy simorangkir klik sini

Ok? dah pasang ke belum? 

Bismillah....

Ehmm....JODOH ye...emmm JODOH KAN??

Susahnya nak start nh....

Okay... keep calm down  and write....

JODOH....sacred
JODOH....vague
JODOH....grey??
JODOH....hello?? JODOH? ape tu?

blehh3...haha...
JODOH=SOULMATE
Dah jumpa VS Belum Jumpa

Dah jumpa JODOH = one step complete :)
Belum JUMPA = aku habuk pun tak nampak nih?

Dah jumpa JODOH = kawin la kan? apa lagi..mission accomplish! start bina family la!
Belum JUMPA = Seghabut kepala otak aku...pk sal keja lagi nh...orang sibuk nanye...

Dah jumpa JODOH = upload2 pic kebahagian ku ...oh so sweet...!
Belum JUMPA = pls get rid of ur pics now!! rasa nak conteng2 ja!!

Dah jumpa JODOH = kahwin da and bakal jadik parents ...whoaa...so hepi:) update status twitter : mommy and daddy to be :) plus gambaq scan!
Belum JUMPA = please la i don't want to see this anymore!!!

Drama betul la aku nih!! 

HAVE YOU EVER WONDER WHY U DONT MEET YOUR JODOH YET?

HAVE YOU???

I DID! <3

What's the reason again!!

Because HE knows that i'm not ready yet! :)

And definitely, jgn sedih and depress sbb isu2 jodoh nh...it will come naturally...and just go on with your life...

Start prepare yourself for the better future :) 

Kan janji ALLAH tu pasti...

 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur: 26)

Please girls...keep calm and start improve yourself...


woot3!!

Menjelang ramadan :)


general <3


till then with love <3

to be continued




Isnin, 23 Jun 2014

Ads yg paling annoying

Salam to all :)

How are you today? 
I'm fine thank you...
how's the weather today??
So hot...how about you??

dear readers....aku tgh dalam mood psychiaty posting neyh so kena gila2 sikit...belajaq cakap soghang2...hehe

back to the post's title....ADS YANG PALING MENYAMPAH!!

Aku nh mmg pantang bila kita nak buffer video kan2...punyala x sabaq nak tgk next part alih2 muka dia jugak la nak kena pandang....

Aku mmg geram betulla dgn mat salih soghang nh...dok promote website hotel dya kowt....
Uolls pernah tgk ke muka dia nh?? hands up sapa2 yg feelin mcm aku!!


bagi free ads kat dia!!

sebab dia ja... dah membazir 5SECONDS!! urghhh!!

yepp!! annoying gila kan? tp apa la hak aku nak halang dia...dia bayaq so dya boleh advertise...whatever tp part of it dia membuatkan darah aku menyirapppp tak tentu pasal...

whatever??

so, aku mmg tgh layan lakorn.Haha apa popcorn?unicorn? lakorn la woii!!...xpernah dengaq ka?
drama thailand la readers.....

so kalau layan lakorn neyh mmg slalu park kat viki and at last jumpa mat saleh soghang yg aku dh describe lebih kat atas neyh...

till then with love <3 aku nak sambung tgk sanaeha sunya kaen ...korang kalau nak join leh klik sini