Salam
Ramadan Kareem
FYI,
aku sekarang tengah cuti before nak masuk final year tapi kali nih bukan pasal
cuti tapi pasal memasak!
Yang
pasal macam mana aku spend cuti aku next chapter kay!
Aku
nih boleh la kalau nak memasak, bukan tak pandai langsung tau.Dulu time umi
masih kerja, akula yang kena masuk dapuq hari2, masak macam-macam la untuk
arwah ‘nyang dengan yang lain…Tapi sejak umi dah tak bekerja, so kerja aku
memang makin ringan sesangat…
Itu
cerita lebih kurang 10 tahun dulu…sekarang aku kalau masuk dapuq hanyak handle
bab2 senang-senang je macam kerja-kerja menggoreng dengan buat kuih-muih…takut
juga ilmu masak yang lain2 berkarat penat je dulu berguru dengan ‘nyang. Aku ingat
lagi dulu arwah ‘nyang selalu marah aku masak tak sedap la, kurang itula inila…
sampaila dah boleh buat macam2.. *claps diri sendiri J
So,
bersempena dengan bulan Ramadan nih, aku nak berkongsi resepi kuih-muih dengan
korang yang gemar memasak nh…Cara pun senang sebab aku paling menyampah bila
tengok buku-buku resepi asyik guna gram je….ehhh ingat aku ada masa ke nak
pakai penimbang semua…remeh la kerja-kerja menimbang nih…
Resepi Kuih Lompang
(bukan lempang kay!)
Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung beras
1 sudu kapur makan (
lepas tu korang cairkan=air kapur)
Bahan B
1 cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
2 cawan air
Bahan C
Kelapa parut
p/s tips nak dapatkan
kelapa parut yang halus2, time korang parut tu mesti slow2 pastu kena static if
pakai mesin la…
Make sure korang ada
pengukus!
Cara nak membuatnya,
- Campurkan bahan A, masukkan dalm mangkuk dan ketepikan
- Campurkan bahan B, dan didihkan atas api.Korang kena jaga2 bia kita masak gula nih takut dia meruap so api tu kena slow tau!
- Bila dah mendidih bahan B, tapiskan dan tuangkan dalam mangkuk yang ada bahan A tadi tu…
- Gaulkan sampai tepung u tak berketul-ketul.Tips aku, aku prefer blends je lagi cepat dari kacau-kacau nih…Make sure adunan tadi tu tak cair sampai menitik2, elok-elok je kelikatan dia…
- Dalam masa yang sama, sediakan acuan dalam bekas pengukus dan biarkan dia panas sekejap…
- Selepas itu, masukkan je adunan tadi tu dalam bekas acuan selama 15 minit.
- Dah habis 15 minit, cer check kuih lompang tu masak ke tidak? Guna garpu yer, cucuk sikit kalau tak melekat tu masak dah!
- Kelapa parut tadi masukkan kedalam lubang yang terhasil tu dan siap utuk dihidang!
Senang
je kan? Beginner memang susah sikit nak bagi ada lubang cantik-cantik...lama2
buat jadila tu, janji kuih lompang orang tak keras sampai tak boleh makan
jadilah…ye tak?
Feel
free kalau nak share tips atau kuih lompang yang korang buat…hehe
till then with love...Selamat
berbuka !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan