Jumaat, 27 Mac 2015

Semangat tu kena ada!

Bila tengok countdown professional exam aku, rasa macam nak nangis! Yang aku tahu, masa berlalu tersangatla pantas mcm kereta api laju dekat jepun tu...mungkin nak kiamat dah...


Dan aku masih disini...blogging (malu)

Aku dah sudah dengan adegan bermalas-malasan. Aku nak berubah, sebab apa? aku nak buat yang terbaik gila untuk exam professional kali ini. Selalu dihina, dipandang serong time bed side teaching? yang tu perkara lepas so aku taknak dipandang macam tu lagi... ( satu posting tu je yang aku rasa tak selesa...dan aku dah cite pepanjang lebar dalam entry yang lepas.. )

Ehh benci betul fikir pasal benda tu! STRESS!!

Tengokla kepada sesiap yang pandang tanah rendah ke tanah kat aku, aku akan buktikan yang aku akan dapat distinction! Bi izinillah...

Bila kena marah, datang suatu motivation nak lawan balik kata-kata mereka yang caci nista kat aku (Aku memang exagerrated sikit, takde la cakap kau stupid ke ape? cuma yang nih? YOU PISSED ME OFF!)


Professional aku tinggal lagi 126 hari lagi je...Dan aku kena berusaha tahap nak mampuss supaya boleh jadi top10 lagi...kali nih nak aim top5 pulak! Yang top 10 tu time professional part 1...aku ingat lagi time tu memang study gila sampai bilik aku penuh dengan kertas buku-buku berselerak...senang cakap aku tidur atas timbunan nota-nota khazanah aku.

Tapi bila dah masuk clinical, kau tak lagi boleh study lepak-lepa kat bilik tapi tempat yang paling best untuk study adalah dekat ward yakni patient aku yang patience semua!!

Lecturer aku selalu cakap, 

Your best teacher is not us, your book or what but its your patient!!!

So hari ni is the new me!! dan aku nak study gila-gila untuk ALLAH SWT, femly aku, lecturer aku yang sangat dabommmm dan untuk masyarakat! ewahhh~~
 


Sapa-sapa yang duduk sungai petani dan sebagainya, nantikan kehadiran doktor tip top korang!!
( E-Houseman pun tak isi lagi tapi macam dah konpem je dapat HSAH!)

By the way besok aku ada CME Glandular Fever and SPA Briefing untuk interview!

Good night you all!! dah pukul 2.24 am dah sekarang ( blogging sekejap lepas siapkan case summary pediatrics!)


peringatan untuk semua


Tiada ulasan:

Catat Ulasan