Assalamualaikum
Salam Jumaat.
Hari ni last day aku dalam posting paediatric in med school. Selepas nih, dah takde dah nak main-main belajar semua sebab after this everything will be so serious. Yang tinggal hanyalah exam dan real life as houseman and doctor later.
To be honest, pediatrics bukanlah top favourite subject aku sepanjang aku dekat IIUM. Bukan sebab aku tak suka budak-budak tapi aku tak sanggup tengok dorang sakit. Setiap kali aku masuk wad, aku ada feeling yang " You shouldn't be here" . Sebab semua patient ada IV line mostly, sakit dan tak bermaya aku tengok. Aku ada perception yang budak-budak tak supposedly to fall ill. Tapi ini semua kan kehendak Yang Esa. Sakit, ajal, maut semua ditangan ALLAH S.WT.
Aku kena redha...
Tengok balik pengalaman aku di pediatric... selalu buat aku rasa sedih. Sedih tengok budak-budak yang innocent, baby yang kecik-kecik lagi dah kena warded buat aku rasa hiba yang amat.
Tapi beza pulak kalau aku pergi medical or other wards. Aku rasa energetic gila nak kacau dorang nak practice PE and do my clerking. Pakcik pun ada perasaan jugak.
Dan aku kena ubah mentaliti tak sihat macam nih.
Sakit...sejauh mana sakit itu membahagiakan orang? Ada ke? Sakit selalu bawa kepada konflik kan? Duit, masa, tenaga dan air mata...semua habis sebab sakit...
Tapi kalau kita fikir hikmah sakit di mata ALLAH. Kita akan lebih gembira sebab ALLAH pilih kita untuk merasainya. Ujian dan kesakitan tanda DIA sayangkan kita, mahu uji dan tingkatkan iman kita. DIA nak tahu sejauh mana kita berharap, kemana arah tuju kita bila dalam kesusahan?
Ke bomohkah? Ke swastakah? Ke kembali kepadaNYA.
Ini sebagai ingatan untuk aku dan semua. Bila kita paham konsep sakit dan redha...Semuanya jadi rasional...
Aku ingat lagi 2 hari lepas, selepas seminar presentation....Dr. Mai (Doctor yang paling aku sayang sekarang :)...dulu aku macam tak berapa suka cara dia, tapi bukan lagi! ) ada cakap...,
"Awak rasa budak-budak tak patut meninggal sebab dia kecik lagi?"
Kitaorang semua cakap la...kesian dah la comel lagi tu...
"Dr. Mai ada cerita pasal one of her patient, yang dah terminally ill, 8 years old boys or girls (aku terlupa)...tengah shortness of breath panggil dia ke katil...."
"Dr..dr...saya takut la nak mati...... "(Air mata aku dah berlenang dengar...)
Kitaorang tanya dr, dr cakap apa dekat dia..taksanggupnya nak jawab...
"Saya cakap la, kalau awak mati boleh masuk syurga...nanti jangan lupa kat dr..tunggu dr..".
Aku kalau ditempat dr memang dah nangis tengok nasib budak nih..tapi dia lagi kuat dari kita semua...
"Dr cakap lagi...saya kalau budak-budak meninggal takpe lagi sebab confirm masuk syurga tapi pakcik-pakcik awak kat medical semua tu..saya tak berani nak jamin? Gulpss!"
Ye tak ye kan dr. Supposedly, aku kena bahagia untuk patient yang dipanggil awal mengadap ALLAH yang ESA.
Mereka kuat.
Kuat untuk bertahan.
Sedangkan aku yang masuk tahun ke 25 bernafas diatas pinjamanNYA..belum tentu lagi nasibnya dimana...
Doakan kita semua.
Bagi yang pergi dahulu..tunggu aku.
Bagi yang belum...jom kita bersama-sama.
Bagi yang berjuang melawannya..redhakanlah segala-galanya...
Jumpa di sana
INSYAALLAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan