Jumaat, 27 Mac 2015

Semangat tu kena ada!

Bila tengok countdown professional exam aku, rasa macam nak nangis! Yang aku tahu, masa berlalu tersangatla pantas mcm kereta api laju dekat jepun tu...mungkin nak kiamat dah...


Dan aku masih disini...blogging (malu)

Aku dah sudah dengan adegan bermalas-malasan. Aku nak berubah, sebab apa? aku nak buat yang terbaik gila untuk exam professional kali ini. Selalu dihina, dipandang serong time bed side teaching? yang tu perkara lepas so aku taknak dipandang macam tu lagi... ( satu posting tu je yang aku rasa tak selesa...dan aku dah cite pepanjang lebar dalam entry yang lepas.. )

Ehh benci betul fikir pasal benda tu! STRESS!!

Tengokla kepada sesiap yang pandang tanah rendah ke tanah kat aku, aku akan buktikan yang aku akan dapat distinction! Bi izinillah...

Bila kena marah, datang suatu motivation nak lawan balik kata-kata mereka yang caci nista kat aku (Aku memang exagerrated sikit, takde la cakap kau stupid ke ape? cuma yang nih? YOU PISSED ME OFF!)


Professional aku tinggal lagi 126 hari lagi je...Dan aku kena berusaha tahap nak mampuss supaya boleh jadi top10 lagi...kali nih nak aim top5 pulak! Yang top 10 tu time professional part 1...aku ingat lagi time tu memang study gila sampai bilik aku penuh dengan kertas buku-buku berselerak...senang cakap aku tidur atas timbunan nota-nota khazanah aku.

Tapi bila dah masuk clinical, kau tak lagi boleh study lepak-lepa kat bilik tapi tempat yang paling best untuk study adalah dekat ward yakni patient aku yang patience semua!!

Lecturer aku selalu cakap, 

Your best teacher is not us, your book or what but its your patient!!!

So hari ni is the new me!! dan aku nak study gila-gila untuk ALLAH SWT, femly aku, lecturer aku yang sangat dabommmm dan untuk masyarakat! ewahhh~~
 


Sapa-sapa yang duduk sungai petani dan sebagainya, nantikan kehadiran doktor tip top korang!!
( E-Houseman pun tak isi lagi tapi macam dah konpem je dapat HSAH!)

By the way besok aku ada CME Glandular Fever and SPA Briefing untuk interview!

Good night you all!! dah pukul 2.24 am dah sekarang ( blogging sekejap lepas siapkan case summary pediatrics!)


peringatan untuk semua


Selasa, 24 Mac 2015

My Infused water..akhirnya~~

Infused water sekarang dah jadi favourite aku tau! Belum cuba, belum tahu tapi aku warning awal-awal dekat korang yang air yang berkhasiat nih memang selalunya tak sedap unless korang letak gula ke...which in this case MEMANG TAK PATUT la kan??

Ade ke infused water, nak letak gula? Jadi juice peram la kalau macam tu...

Hari tu, aku ada post pasal trend..hmmm trend ke sekarang nih..entahla, mungkin dah berkurun dah kut satu dunia buat dan aku macam labi-labi bau je tau pasal infused water nih semua.

Sesape yang terlepas entry lepas boleh baca post aku pasal  infused-water-untuk-kuruskan-badan.

Dan aku janji nak tunjukkan version yang aku buat kan??

Nah ambik! Tapi aku buat takdelah secantik dalam gambar yang aku curi dari Mr. Google tu..ala kadar je...Moderation is always the best!

Bahan-bahan yang aku guna! Semuanya berpatutan~
Dah siap potong pun!, Ikut style masing nak potong gaya macam mana pun...

Dah siap sumbat, masuk dalam peti!
Minum sejuk-sejuk macam nih, memang best!! 

Setakat tu saja pesan aku (peasan la sangat, niat nak menunjuk hasil je), setelah habis air korang sedut, buah-buah yang tinggal tu kalau diikutkan dah takde khasiat apa dah. So, depends sama ada nak makan ataupun nak buang. Kalau makan pun bagus sebab fibre dia banyak lagi...

Yang dah try tu boleh la share version korang pulak! 



Ahad, 22 Mac 2015

Infused water untuk kuruskan badan dan cantikkan kulit!

Nak kurus?

Nak....

So, dah penat joging? Zumba? Kayuh basikal?

Tak pun, kita malas la nak joging-joging semua, nanti peluh kan tak selesa tu...

Kau memang pemalas, dah tu...cakap nak kurus..

Memang la tapi aku ada cara yang paling best dan senang gila nak kurus and plus nak sihat satu badan pun boleh...

Ape cara kau?

Slimming pills? Tak pun London body weight tu hah? Tak pun ke kau nak bengkung?

Ishhh...takmau aku amik pills yang pelik-pelik kat pasaran, belum tentu lagi sah ke tidak KKM kan?

Yang aku punya, dah la SENANG...JIMAT pulak tu.


Haha....sekian intro aku, sesekali berdrama!

So tengok title entry pun korang dah dapat agak kan apa cara kau nak kuruskan badan yang macam belon neyh...

Aku browse punya browse, came out dengan idea of infused water.
(Aku copy je resepi orang..mat Salleh sana dah buat nih dah lama..kite je yang terkinja-kinja lagi minum coke!)

Infused water tak susah cara penyediannya,  hanya perlukan bekas air, air sejuk/ air mineral, buah-buahan ataupun ingredients lain yang korang nak letak.

JANGAN SILA LETAK GULA ! AMARAN KERAS!

Senang kan??

Selain senang dan jimat, nampak cantik sangat...

Jom tengok sikit!

Aku tengok pun dah berselera!

Simple steps kan?
Resepi dia ada bermacam-macam mengikut khasiat yang tersendiri...

Tapi sebelum tu korang kena tahu makanan apa yang boleh dijadikan bahan resepi infused water korang. So, lepas nih boleh la korang alter sendiri kut citarasa masing-masing.


Pilih mana yang suka!




RESEPI INFUSED WATER IKUT KHASIAT TERSENDIRI!



Aku dah tak sabar nak buat...barang dah beli cuma tinggal nak potong-potong je.

Nantikan version aku! 


Sabtu, 21 Mac 2015

Cara nak dapatkan status GLITERRATI

Happy Saturday y'all!

Bila dah bery'all iolss, tandanya aku mengade! Haha, actually dah lama dah aku dapat status GLITERRATI. Bangun-bangun nak update blog and check MYNUFFNANG!

Opps, dah GLITERRATI aku ghupenya...

Tudiaaa!!!

Yang earning aku terpaksa rahsiakan untuk keselamatan diri, tak banyak pun! hehe

Yang baru nak start berblogging, mesti tertanya-tanya, apa yang GLITERRATI sangat tu?

Jom aku cerita, (rajin pulak aku ehhh...aku cerita sikit ehh, orang cakap pengenalan gitew)

Apa itu "Nuffnanger Eksklusif" @ GLITERRATI???

Seorang "Nuffnanger" merupakan blogger Nuffnang yang mempunyai TIADA iklan-iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara, atau sebarang rangkaian iklan yang disifatkan sebagai pesaing atas blog anda.

So, kalau korang nak tahu yang mana aku rasa mostly korang tahu la kan, berblogging nih boleh dijadikan sumber pendapatan.

Macam mana?

Korang boleh letakkan advertisement, tapi sebelum tu kena register dengan NUFFNANG sebab dorang la yang akan bagi korang duit!

So sistem dia ade NON-GLITERRATI and GLITERRATI. Yang aku perasan, dulu aku pun start dengan yang biasa-biasa jugka tapi bila readers makin ramai, tup tup status korang berubah!

Jadi GLITERRATI la pulak!

Macam mana nak jadi GLITERRATI?

Sit back and relax, keep typing sampai bila korang check...ehhhh dah gliterrati!

Boleh pulak?

Nuffnang kate,

Anda tidak perlu membuat permohonan, anda secara automatik akan menjadi ahli Glitterati Nuffnang selagi anda tidak mempunyai sebarang iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara atau sebarang rangkaian iklan yang kami sifatkan sebagai pesaing atas blog anda. Crawler kami akan secara automatik menyertakan blog anda dalam kelab dalam tempoh 7 hari.
Harap maklum bahawa sekiranya iklan daripada, ataupun memaut kepada, jaringan pesaing disertakan dalam blog anda pada bila-bila masa, crawler kami akan mengesannya dalam 4 hari dan anda akan dikeluarkan dari kelab secara automatik.
Apa yang bagus sangat?

 Korang akan dibayar lagi tinggi berbanding yang NONs!
Kos per klik bagi gliterrati adalah 0.25 sen berbanding 0.15 sen je bagi yang ahli biasa. Jadi cuba bayangkan yang korang akan dapat lebih 20-40% lebih banyak daripada biasa! Tak ke banyak tu~ Jom keyboard warrior sekalian!!

 Proses nak cash out money lagi cepat!
Gliterrati hanya mengambil masa 30 hari untuk dapatkan cek tapi kalau NONs boleh ambil sampai 2 bulan! Berjanggut la korang tunggu.

Dapat peluang berADVERTORIAL!

Dapat layanan istimewa bila korang join NUFFNANG activities!

Nuffnang akan bagi kuota 70% tempat duduk kepada Gliterrati members! So boleh la korang bawak kengkawan semua party! Tapi sadly aku belum sempat join lagi activities, invitation berlambak!
Busy kan?

Boleh join contest!

Hadiah lebih 70% diperuntukkan untuk Gliterrati! Banak chance korang boleh menang!


IMOTIV!


Add caption

Moh le kite berblogging!

HAPPY 8TH BIRTHDAY!

~nuffnang~

Pandangan aku berkenaan GST?

Panas betul cerita GST nih, daripada start kerajaan umumkan sampailah detik-detik akhir sebelum April. Apa yang korang tahu mengenai GST? Aku? Memang totally blur about it tapi aku kena ambil tahu jugak sebab tak lama lagi aku pun akan merasai bahana GST nih bila dah start ada pendapatan sendiri.

GST?

Aku pun check website rasmi kerajaan pasal GST semua nih....

Tertanya-tanya aku GST nih sebenarnya apa? Kenapa orang riuh sangat pasal cukai-memukai (aku macam takde perasaan sangat sebab business yang ku kerjakan takde la besar mana) 


GST /CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan

So?

Yang aku faham, bagi setiap peringkat penghasilan sampailah pemprosesan semuanya kan dikenakan cukai. So berganda gila jumlah yang perlu dibayar... Dan aku tak nampak untung apa pun kepada pengguna dan pembekal.

Tahu siapa yang untung?

Korang jawab sendiri la...

Kita baca lagi ok...dan aku akan bedah bagi setiap klausa di bawah...

Pelbagai manfaat bahawa CBP boleh menawarkan kepada pengguna perniagaan dan Malaysia adalah:
  • Meningkatkan taraf hidup

    Hasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
Yang ini aku setuju sekiranya sampai ke saluran yang betul. Institusi kesihatan ( which is my very concerns area) memang perlukan dana-dana daripada kerajaaan untuk ubat-ubatan, menaiktaraf hospital, penyediaan pakar-pakar..AKU SETUJU!

Tapi kalau bab infrastruktur kemudahan awam semua, aku kurang besetuju...sebab apa? kawasan pertumbuhan dan dana-dana yang disalurkan lebih kepada kawasan yang berprestasi tinggi dan tumpuan orang. Yang pedalaman? kampung? Mungkin ada tapi bantuan tak setimpal mana berbanding di bandar.

  • Mengurangkan kos perniagaan

    Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Yang ini pulak, kalau orang berniaga kesian la jawapnya...No comment sebab bukan terlibat secara langsung!
  • Pembangunan negara

    CBP adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
Macam yang aku cakap tadi la kan? The superior must do their work and the lower one jangan makan rasuah. I don't mean to hurt anyone. 
  • Keadilan dan kesaksamaan

    CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
Adil? Hanya dorang yang boleh define adil tu? Ketelusan?
  • Meningkatkan sistem penyampaian

    CBP akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.
  • Meningkatkan daya saing global

    Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.
  • Meningkatkan pematuhan

    SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.
  • Mengurangkan kerenah birokrasi

    SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.
  • Harga adil kepada pengguna

    CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.
Yang bab berpatutan tu, I like sangat! Like gila! Sampai boleh jadi gila la aku... Senang cerita, kalau dah naik semua barang, apa kata naikkan gaji ataupun bagi duit percuma / kupon lunch dinner untuk orang susah macam kami....

  • Lebih telus

    CBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.
Telus kata kau, teluslah berGST!


Apa pandangan korang?

Semalam penuh facebook aku pasal isu harga tiket bas naik dengan melambung gila. Belum lagi GST, dah naik...Kalau naik seringgit dua takpe jugak tapi naik sampai dekat RM10 ...

Kawan aku ada la buat lawak pulak time-time cenggini.

Eh, sheera kau tahu kenapa naik harga sekarang?

Aku? Tu la pasal bukan ke pengankutan tak dikenakan GST...

Kau nih..(dia cakap).. dorang semua bijak, naikkan awal-awal so nanati tak boleh naikkan dah...

Sungai petani? RM 44.46

Korang nila-nilakanlah sendiri..Aku dan buta tengok!

Bagi yang bekerja, takpe kut sebab ada stable income tapi bagi student macam mana pulak?

Tahu apa yang aku harapkan??

BIASISWA NAIK 100%

Boleh ke?

Tolong jawabkan...

p/s Tulisan aku takda yang menghasut ataupun menghina sesiapa, hanya sekadar pandangan rakyat marhaein!

Lets see what happen !!




Selasa, 17 Mac 2015

Jenis-jenis ruam & its medical terms

Assalamualaikum!

Setelah beberapa post mengarut sebelum neyh, entry kali ini aku tujukan khas untuk para ibu-ibu bapak-bapak kat luar sana dengan harapan (ewahhh.... hehe) dapat membantu kalian menguruskan anak-anak yang banyaknya.

Cerita pasal budak kecik, time kecik lah banyak penyakit nak serang. Salah satunya yakni concern aku dalam entry kali ini ialah RUAM! Medically, called rash. Tambah-tambah pulak aku posting paediatric sekarang so mahu tak mahu kena penuhkan ilmu di dada nih ha! Tapi bukan bermaksud aku nak bagi lecture ke apa cuma nak bagi pendedahan kat parents semua yang bila anak anda naik ruam kat badan, cepat-cepatlah bawak jumpa doktor. 

Jenis-jenis ruam yang selalu korang dengar macam demam campak, kayap, cacar air je kan? Aku pun kalau dalam kalau tak belajar medic nih setakat tu je la ruam yang aku tahu hado kat dunia nih. Padahal, banyak ya amat sampai nak menulis pun tak larat..

So pengenalan kepada jenis-jenis ruam ye ibu-ibu sekalian dan diingatkan kebanyakan ruam disebabkan oleh virus dan bukanlah bakteria. So bila virus nih treatment banyak yang supportive je sebab dia self limiting.

1. DEMAM CAMPAK @ MEASLES

Demam campak nih disebabkan virus yang bernama PARAMYXOVIRUS. Memang berjangkit nih dan melalui 'respiratory droplet'. Patient selalu akan datang dengan 3C; CONJUNCTIVITIS, CORYZA & COUGH. Apa yang bahaya sangat berkenaan measles? Kesannya, pesakit boleh mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan telinga.Kaedah rawatan hanyalah 'supportive' sahaja.







2. DEMAM CACAR AIR/ CHICKEN POX @ VARICELLA

Varicella  disebabkan oleh virus herpes-3 yang menyebabkan berlakunya ruam yang ada berlainan fasa. Fasa pertama ialah ruam-ruam merah/red spots, diikuti dengan papules, vesicles, pustules dan akhirnya crusted lesion. Sorry la sebaba aku campur-campur english dan malay! (I'll improve later ok)Bahayanya chicken pox ini  boleh menyebabkan skin infection, purpura fulminant, zoster dan cerebral ataxia. Complications dia banyak lagi tapi aku sebut yang common je la okay!




3. KAYAP @ SHINGLE
Zoster ataupun shingle nih berpunca pulak daripada reactivation of dormant varicella. Selalulanya akan terjadi selepas demam cacar air/ varicella. Ia disebabkan oleh virus herpes-3. Complications seperti stroke, cerebral angiitis and opthalmic zoster boleh berlaku. Rawatan daripada antivirus acyclovir boleh diberi beserta treatment supportive yang lain.










4. ERYTHEMA INFECTIOSUM @ SLAPPED CHEEK








5. ROSEOLA INFANTUM







6. RUBELLA





Yang last-last nih nanti aku update!

Isnin, 16 Mac 2015

TOP 4 HIJABSTER!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah...errr? sebab aku baru lepas melantak maggi kari. Aikk? makan maggi je ke? Jawapan cliche...student life maa....kena jimat dan lagipun taklama lagi GST nak implement kan, so aku kena belajar mengikat perut sikit.

Cakap pasal hijabster, sejauh mana korang define hijabster tu? Popularity? Rating like? Bagi aku, hijabster nih defined by cara pemakaian tudung selain daripada yang common korang tengok. Sebelum aku share pasal TOP 4 HIJABSTER kat Malaysia, mai kita tengok evolusi tudung sejak zaman mak nenek kita, and you will be suprised betapa kita merupakan negara yang maju dari aspek style dan fashion semua nih. (claps)

Hebat zaman la nih! Berbelit-beli pakai tudung nohh...jangan belit sampai senyap sudah...

Gambar sekadar hiasan.
Orang zaman dulu-dulu, tudung memang gaya cenggini je...Zaman sekarang??



Tudung zaman hitam putih memang legend sebab dulu pun ada shawl-shawl nih semua cuma nenek-nenek kita selimpang macam tu je...orang cakap simple and sweet je.Senang sangat-sangat la...

Dulu lain sekarang pun lain....

Seingat aku, setakat umur 25 tahun nih...evolusi tudung dulu-dulu memang comel la, lipat bulat habaq mai, sampai lekat ke dahi tu..


Ala-ala macam nih la, YB kite!


Lepas zaman yang macam tu, datang pulak tudung bawal. Version macam-macam berbatu-batu berkilat nau! Siap bawal ada degree-degree kehalusannya dan aku ingat lagi yang umi aku pun dulu pernah beli bawal yang berbatu tu sampai RM150 ! Mahal ya amat!!


sekadar hiasan

sekadar hiasan


Habis bawal datang pulak stail WARDINA! yang pin kat kepala ala-ala pocong sikit tu...Aku tak berapa berkenan sangat la stail nih tapi bagi orang yang sesuai comel la kowt pakai..


Macam adik comel nih pakai!

Demam hijabista nih mula yang aku perasan bila pasaran shawl tumbuh bagai cendawan lepas kena siram baja...Punya la banyak style yang boleh digayakan...ikut suka korang nak lilit ke, letak sempoi ke alamatnya semua menjadi!


So aku dah lama dah usha-usha hijabster yang menjadi ikutan orang...Nih main personal aku je hokayy, pemerhatian korang mungkin tak sama macam aku.

1. NEELOFA through Neelofarhijab

Seriously, neelofa memang bawak trend yang terbaru untuk 2015, semuanya instant! chic and  basic katanya...cantik pulak tu tengok dia pakai tapi personally aku rasa tak sesuai dengan muka aku yang bulat nih..

Kalau cantik tu pakai apapun menjadi :P


Korang boleh follow instagram : Noorneelofa orNaelofarhijab



2. Datin Noorjuma through Aidijuma

Aku dok usha je Datin Juma style dia simple je, setakat tudung bawal je dia pakai tapi still nampak cantik!!

Dia pun dah keluarkan brand sendiri iaitu Aidijuma dan seriously aku admit yang ramai kawan aku Aidijuma fans! Dorang cakap bawal by Aidijuma nih banyak pilihan corak yang menarik~ 

Follow instagram : aidijuma

Check it out bawal tutorial yang aku curi dari Youtube !


Nak banyak lagi?? boleh klik channel dorang :)






3. Nonones/ Hani Sarif through Tudung Ruffles

Aku tak tahu nama sebenar dia tapi just accidentally found dekat instagram. Memang hijabster! And dia founder untuk tudung jenama ruffles. Nak cerita lebih pun takut tersalah info..so korang layan je la ehh...

Follow instagram : nonones



4. NurAmirah through ByNuramirah II

Kak migha nih buat pengetahuan korang senior aku time sekolah menengah lagi dan memang tak dinafikan dia memang cantik dari dulu lagi. Sekarang memang succesful gila sebab dah ada skincare sendiri!! Clap sikit! 

Follow instagram:bynuramirah11




Sekian wassalam..hehe lepas nih boleh la try satu persatu kayh!