Memaparkan catatan dengan label infused water untuk kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label infused water untuk kurus. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2015

My Infused water..akhirnya~~

Infused water sekarang dah jadi favourite aku tau! Belum cuba, belum tahu tapi aku warning awal-awal dekat korang yang air yang berkhasiat nih memang selalunya tak sedap unless korang letak gula ke...which in this case MEMANG TAK PATUT la kan??

Ade ke infused water, nak letak gula? Jadi juice peram la kalau macam tu...

Hari tu, aku ada post pasal trend..hmmm trend ke sekarang nih..entahla, mungkin dah berkurun dah kut satu dunia buat dan aku macam labi-labi bau je tau pasal infused water nih semua.

Sesape yang terlepas entry lepas boleh baca post aku pasal  infused-water-untuk-kuruskan-badan.

Dan aku janji nak tunjukkan version yang aku buat kan??

Nah ambik! Tapi aku buat takdelah secantik dalam gambar yang aku curi dari Mr. Google tu..ala kadar je...Moderation is always the best!

Bahan-bahan yang aku guna! Semuanya berpatutan~
Dah siap potong pun!, Ikut style masing nak potong gaya macam mana pun...

Dah siap sumbat, masuk dalam peti!
Minum sejuk-sejuk macam nih, memang best!! 

Setakat tu saja pesan aku (peasan la sangat, niat nak menunjuk hasil je), setelah habis air korang sedut, buah-buah yang tinggal tu kalau diikutkan dah takde khasiat apa dah. So, depends sama ada nak makan ataupun nak buang. Kalau makan pun bagus sebab fibre dia banyak lagi...

Yang dah try tu boleh la share version korang pulak! 



Ahad, 22 Mac 2015

Infused water untuk kuruskan badan dan cantikkan kulit!

Nak kurus?

Nak....

So, dah penat joging? Zumba? Kayuh basikal?

Tak pun, kita malas la nak joging-joging semua, nanti peluh kan tak selesa tu...

Kau memang pemalas, dah tu...cakap nak kurus..

Memang la tapi aku ada cara yang paling best dan senang gila nak kurus and plus nak sihat satu badan pun boleh...

Ape cara kau?

Slimming pills? Tak pun London body weight tu hah? Tak pun ke kau nak bengkung?

Ishhh...takmau aku amik pills yang pelik-pelik kat pasaran, belum tentu lagi sah ke tidak KKM kan?

Yang aku punya, dah la SENANG...JIMAT pulak tu.


Haha....sekian intro aku, sesekali berdrama!

So tengok title entry pun korang dah dapat agak kan apa cara kau nak kuruskan badan yang macam belon neyh...

Aku browse punya browse, came out dengan idea of infused water.
(Aku copy je resepi orang..mat Salleh sana dah buat nih dah lama..kite je yang terkinja-kinja lagi minum coke!)

Infused water tak susah cara penyediannya,  hanya perlukan bekas air, air sejuk/ air mineral, buah-buahan ataupun ingredients lain yang korang nak letak.

JANGAN SILA LETAK GULA ! AMARAN KERAS!

Senang kan??

Selain senang dan jimat, nampak cantik sangat...

Jom tengok sikit!

Aku tengok pun dah berselera!

Simple steps kan?
Resepi dia ada bermacam-macam mengikut khasiat yang tersendiri...

Tapi sebelum tu korang kena tahu makanan apa yang boleh dijadikan bahan resepi infused water korang. So, lepas nih boleh la korang alter sendiri kut citarasa masing-masing.


Pilih mana yang suka!




RESEPI INFUSED WATER IKUT KHASIAT TERSENDIRI!



Aku dah tak sabar nak buat...barang dah beli cuma tinggal nak potong-potong je.

Nantikan version aku!