Rabu, 20 Ogos 2014

Sashimi oh Sashimi


Holla! Assalammualaikum…

Korang pernah try tak makan sashimi? Errr…sedap ke? Bila aku tengok citer korea ker Nippon macam berselera je tengok dorang makan…cicah sos2 tu macam sedap je…macam best je…

Tapi tekak aku nih memang tak boleh masuk benda-benda yang raw nih..kalau korang blajar parasitology memang banyak betul penyakit datang dari sumber-sumber yang tak dimasak dengan betul…

Seram aku…so far memang bukan taste aku la masakan-masakan oriental nih sume…layan yang melayu2 sudah…tapi taktau la kalau2 mengidam yang macam tu pulak kan?

Nasi+gulai ikan+sambal belacan+ulam=walla! Superb sudaaa…

Bab sashimi nih aku jumpa secara kebetulan je sebenarnya…dapat idea secara tak sengaja bila aku belek-belek NST kat library HSAH…

Habis baca bab2 politik yang tengah hot sekarang “langkah-melangkah” yang mengarut, puas gelak-gelak baca katunn…terpandang satu gambar ikan yang kena kerat-kerat dengan label nama jepun…

APA NIH WOI???


Menarik nih nak baca sbb aku memang suka bab2 linguistik nih, vocabs baru la katakan!'

At least bila korang tgk, nanti takde la macam “ what the…?”

Manala tau ada rezeki lebih, holiday ke jepun boleh buat2 bijak sikit order guna nama-nama nih kan?
Senang je kan..."senaka please?" haha

Dahsyat tu… siap suma bahagian ada nama, boleh pulak ade yang high and low quality…bagi aku bahagian ikan yang sedap dekat part sirip tu bila goreng garing2…sedap2! Tapi kalau yang mentah-mentah nih bahagian isi la kowt kan…berbaloi la nak beli daripada makan tulang-tulang je…

So, unpredictable knowledge, nice to know kan…? Credit la to the awesome author!

Till then with love.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan