Selasa, 8 Julai 2014

Chef time: Resepi Kuih Lompang

Salam Ramadan Kareem 

FYI, aku sekarang tengah cuti before nak masuk final year tapi kali nih bukan pasal cuti tapi pasal memasak!

Yang pasal macam mana aku spend cuti aku next chapter kay!

Aku nih boleh la kalau nak memasak, bukan tak pandai langsung tau.Dulu time umi masih kerja, akula yang kena masuk dapuq hari2, masak macam-macam la untuk arwah ‘nyang dengan yang lain…Tapi sejak umi dah tak bekerja, so kerja aku memang makin ringan sesangat…

Itu cerita lebih kurang 10 tahun dulu…sekarang aku kalau masuk dapuq hanyak handle bab2 senang-senang je macam kerja-kerja menggoreng dengan buat kuih-muih…takut juga ilmu masak yang lain2 berkarat penat je dulu berguru dengan ‘nyang. Aku ingat lagi dulu arwah ‘nyang selalu marah aku masak tak sedap la, kurang itula inila… sampaila dah boleh buat macam2.. *claps diri sendiri J

So, bersempena dengan bulan Ramadan nih, aku nak berkongsi resepi kuih-muih dengan korang yang gemar memasak nh…Cara pun senang sebab aku paling menyampah bila tengok buku-buku resepi asyik guna gram je….ehhh ingat aku ada masa ke nak pakai penimbang semua…remeh la kerja-kerja menimbang nih…

Resepi  Kuih Lompang 
(bukan lempang kay!)

Bahan-bahannya:

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 sudu kapur makan ( lepas tu korang cairkan=air kapur)

Bahan B
1 cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
2 cawan air

Bahan C
Kelapa parut
p/s tips nak dapatkan kelapa parut yang halus2, time korang parut tu mesti slow2 pastu kena static if pakai mesin la…

Make sure korang ada pengukus!

Cara nak membuatnya,
  1. Campurkan bahan A, masukkan dalm mangkuk dan ketepikan
  2. Campurkan bahan B, dan didihkan atas api.Korang kena jaga2 bia kita masak gula nih takut dia meruap so api tu kena slow tau!
  3. Bila dah mendidih bahan B, tapiskan dan tuangkan dalam mangkuk yang ada bahan A tadi tu…
  4. Gaulkan sampai tepung u tak berketul-ketul.Tips aku, aku prefer blends je lagi cepat dari kacau-kacau nih…Make sure adunan tadi tu tak cair sampai menitik2, elok-elok je kelikatan dia…
  5. Dalam masa yang sama, sediakan acuan dalam bekas pengukus dan biarkan dia panas sekejap…
  6. Selepas itu, masukkan je adunan tadi tu dalam bekas acuan selama 15 minit.
  7. Dah habis 15 minit, cer check kuih lompang tu masak ke tidak? Guna garpu yer, cucuk sikit kalau tak melekat tu masak dah!
  8. Kelapa parut tadi masukkan kedalam lubang yang terhasil tu dan siap utuk dihidang!





Senang je kan? Beginner memang susah sikit nak bagi ada lubang cantik-cantik...lama2 buat jadila tu, janji kuih lompang orang tak keras sampai tak boleh makan jadilah…ye tak?

Feel free kalau nak share tips atau kuih lompang yang korang buat…hehe

till then with love...Selamat berbuka !



Jumaat, 4 Julai 2014

Tips nak jawab soalan MCQ-negative marking

Salam Ramadhan to all :)

Mood aku lepas exam psychiatry=elated sbb aku nak holiday! boleh tahan jugak la soalan dia...even though exam nih just carry 10% mark utk final psychiatry posting tapi still banyak jugak la kan? Soalan multiple choice question tapi yang menyakitkan hati, korang pernah dengar tak pasal negative marking..Kalau jawab betul dapat 1 mark, salah tolak 1, dan tak jawab 0 tak dapat pape la.So aku yang dah berusia nih kira berpengalaman jugakla dalam bab-bab menembak nih...Dah nak masuk final year la katakan...hehe

Korang jangan lak risau pasal tips yang aku nak share nih..

 " boleh caye ke? dia takpe la terer?

bab2 shooting nh senang je, janji ade brain je..dengan logical thinking...Tapi  jangan la tak baca langsung, at least korang get through je notes and textbook...impossible la kalau kau tak bace buku tapi nak dapat DISTINCTION unless kau bela jin ke toyol ke kan? Nauzubillah...

Nak excel memang perlu knowledge okay, takde jalan lain dah...tapi kalau bab nak jawab MCQ nh simple2 pun cukup haha...

nih berdasarkan experience aku yang kalau nak kira dah beratus2 dah aku jawab MCQ sejak aku sekolah tapi yang paling tough time aku belajar medic nih la...no lies ok!

So boleh tgk tips aku nh...yang mana berkenan dan rasa reasonable boleh amik...yang merapu tu buang tepi ja...hak sendiri2 kay nak apply ke tak...


  • Pertama skali korang kena ade pensel dengan pemadam la kan? better pakai yg kayu punyer sbb lagi menyakinkan haha...Jangan lak guna pen hitam pulak sbb machine mmg ofcos tak dapat detect korang yer jawapan.
  • Sebelum nak start nanda2 tu, bace doa dulu...amik berkat.Kita kan dah usaha dan yang selebihnya serahkan kat ALLAH SWT.
  • Check pages cukup ke tak sebab aku pernah skax tu dorang lupa letak answer sheet...mmg spoil mood jugak la kan.Aku kan tengah bersemangt nak jawab exam tp hampeh....
  • Buka je first page, BISMILLAH dulu...hehe..dan jawab!
  • Bila nak jawab tu JANGAN TERAGAK-AGAK! JANGAN PFIKIR LAMA SANGAT! Sebab ap? Sebab nanti korang akan tends to ubah2 jawapan yang padahal mmg awalnya dah konpem sesangat nih....
  • Bila ade question yang "always", "not" tu selalunya la kan jawapan dia SALAH...saje dorng sengaja nak trick korang alert ke tak..haha aku memang da banyak kali kena dah...huhu (sebab tu markah pun cukup2 pass je)
  • Bab MCQ yang negative marking nh memang korang kena berhati gila2 sebab cuba bayang kalau korang dah konfem 4 jawapan nh..pastu gi la hentam 1 dan salah pulak tu...Dari markah 4, dah tolak jadik 3....kan rugi tu bebbb!!! Tapi aku kekadang mmg berani jugak menghentam nh kalau konfiden betoiii la...haha its all about experience! aceceee..
  • Bila dah habis tu kira berapa banyak lubang korang dah hitamkan...sebab kalau exam aku, MCQ nh kena pass means markah kena more than 50%..
    • Contoh ehh...Total soalan ada 25, 1 soalan ada 5 choice..so 25x5=125 markah kan??
    • So make sure korang jawab lebih daripada 62 pilihan jawapan dan make sure nh mmg konpem dan bukan hentam kayh...
    • So, bile dah lepas...boleh la korang hantam sesuka hati! yahooo!!
    • Jangan risau selalunya korang akan still pass haha!
  • Habis je jawab tu...antorla kertas! tapi sebelum masa habis tu tgk betul tak korang tanda nnt kan salah tanda memang 0 la jawabnya...
  • Dah2, send je la paper tu...dan jgn la asyik fikir macam mana mana performance kau? MCQ je...go on dgn next paper la...LIFE'S MUST GO ON EVEN KO RASA NAK TIKAM DIRI BERKALI-KALI!
Amacam tips aku? mmg nampak biasa tapi bagi aku nih la cara aku guna nak survive exam MBBS nh...

Doakan aku pass psychiatry!! Hoho..

At the same time kitaorang kena isi feedback form from department...yang paling tak tahan dia tanya,

"Do you want to further your study in psychiatry?" 

SORRY, i'm not interested

How do you find this posting?? "so-so"..

Haha, aku memang jenis yang bukan kaki ngampu..kalau aku cakap tak suka memang aku tak suka sungguh2...

Please be professional dan jangan disebabkan aku tak suka kau, kau nak blacklist aku pulak kan??

Memang tak adil la dunia!




End.

Till then with love <3








p/s: Broom2 aku nak balik kedah hari ni...bubbye! 

Khamis, 3 Julai 2014

TRYPOPHOBIA The most WEIRD and disgusting phobia!

Salam to all :)

It is really a new thing when you just come across this kind of phobia..

My warning please do not eat while you see this..

I come across to write the post when one of my friend tag me this kind of photos..

REALLY REALLY DISGUSTING!!

AND BE AWARE THAT IT IS NOT A SKIN DISEASE!

It just a phobia!! 

Trypophobia defined as phobia which involves the pathological fear, revulsion and disgust by objects with patterns of holes, such as beehives, ant hills and lotus seed heads

See the pictures and its just enough to make you vomit!


OMG!! ewww!

oho!

Cant see it anymore...chow!

Till then with love <3




10 jenis golongan yang solatnya tidak diterima ALLAH SWT

Salam Ramadhan hari yang ke-5,


Pengisisan Ramadhan..jom reflect dan nilai diri kita melalui solat harian...


10 Solat Yang Tidak Diterima Allah

 Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim) 


Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:


10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya. 

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya. 

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat). 

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak. 

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim 

9. Orang-orang yang suka makan riba’. 

10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.” 




Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.” 






Astagfirullah...Mohon kita dijauhi dan muhasabah balik...Masih sempat..

Happy iftar..

till then with love <3

Selasa, 1 Julai 2014

Hari sebelum ramadan 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak :) 

Huh, penat jugak puasa kali ni kan? Dah lama tak practice...haha... Korang puasa tak? Haha..jangan puasa yangyok sudah....

Sementara nak tunggu bukak puasa nih, aku nak share apa yang aku buat sehari sebelum 1 Ramadhan..


SEHARI BERSAMA AKU DI SUNGAI PANDAN!




Pada hari Sabtu yang lepas, (haha...tahan je la korang aku tengah nak buat karangan UPSR nih), aku dan kawan2ku telah pergi bersuka-ria, bermandi-manda dan berkelah di Hutan Lipur Sungai Pandan, Kuantan.

Sehari sebelum hari yang dijanjikan, ktaorng plan nak berpiknik bersama-sama....haha dan disebabkan semua pelahap semula jadi so memang kena bawak bekal la....

So, dengan brilliantnya kitaorng masak spageti , scramble egg utk sandwich dan sesungguhnya memang sangat sedap tak terkata lazatnya...

Haha...amacam ayat karangan aku? Memang fail la kan? Sorry that' not the real me! CHANGE!

OMG! Apa yg berlaku tadi? dramatik sungguh kau syira...sudah2 la tu....

Bagi yg bukan pemaustatin tetap kat Pahang nh...korang pernah dengar tak pasal Sungai Pandan?

Kalau aku nak bagi antara 5 bintang...bolehla dapat 2 bintang je....tahu kenapa? ?

Sebab nak masuk pun kena bayar? Dewasa kena RM2, kanak-kanak FREE kowt...haha aku tak ingat sebab tak pernah la pulak aku gi bawak anak2...haha...Hutan semulajadi kowt...share udara dan air bersama2 kasi free la kan bro!

Sape2 ade GPS ke GoogleMaps ke..klik je sini
Memang hutan la kan? Boleh tahanla facilities semua...ok la...dah takde tempat lain nak lepak dah....




Kitaorang bertolak dalam pukul 10 macam tu lepas masak semua...and syaza dengan bangga mempelawa nak jadik driver...so save la aku...haha penat kowt bawak keta nih so aku prefer jadik co-driver jek...

Kasi publisiti sikit kat driver aku...
Panas kowt sampai pejam2 kawan aku nih...
snap sebelum nak makan.....
abaikan muka aku yang bolat tu....
nih semua salah tudung!!
Hasil ayaq tangan...huahua!

ni la buddies aku sekalian; roza, syaza, wani....
syaza bajet jadik paris hilton ....
nak elak paparazi..wooott!



till then with love <3 
p/s: dah masuk time berbuka...selamat menjamu selera...terawih jangan lupa pulak!

Sabtu, 28 Jun 2014

Siri mengenal masalah mental part 1

Salam to all :)

Cuaca hari nih memang panas kan? dengan jerebu lagi...memang tak sihat la utk aku keluar bersuka-ria...

Hari nih masuk hari ke-5 aku dekat psychiatry posting dan dengan bangganya hari nih aku tak tido langsung kat kelas...memang pelik la kalau aku tak tido kan? previous class mmg membute je...tak boleh nak buat apa dah...

Punca aku tak tido dalam kelas firstly sebab seat depan aku betul-betul Dr. Kartini...whoa! memang cari nahas la kalau aku tido kan? Hari nih kitaorang ada seminar pasal somatization disorder presented by students@kawan2 aku jugak and they did a very good job! Memang best and Dr.Kartini pun puji jugak...hehe bangga aku dengan dorg...

So, hari ini aku nak bagi kelas free kat korang? tak nak sudah tp gerenti menyesal punya la... Sebab apa?? sebabnya... berkemungkinan di akhir lecture aku nh korang akan tahu yang sebenarnya korang memang ada masalah mental...hah!! MASALAH MENTAL OKAY! Bukan gila! lain tu...Kita bercakap tentang kesihatan mental...ecece bunyi dah macam pegawai kesihatan dah aku...

Tajuk hari ini bertepatan dgn apa yg aku belajaq...berkongsi ilmu tu kan bagus...

Membebel lak kan? Ok back to the bussiness, aku nak share pasal firstly somatization disorder.

Sory la aku campuq2 melayu dengan english..buat-buat paham je la ye...

SOMATIZATION DISORDER


The manifestation of psychological distress by the presentation of bodily symptoms

Maksudnya, macam nih, aku bagi contoh;

Makcik A, 40 years old presented with complaints of unresolved abdominal pain, diarrhea, vomiting. Investigation done was uneventful. So, she seek psychiatrist for second opinion. On further questioning, actually she had marital disharmony and had to take care of her sick mother.STRESS KAN??

<cerita nih rekaan semata-mata utk tujuan pembelajaran>

So, kita boleh tgk makcik nh mcm ade surgical problems kan? Tp despite all, still unresolved. Lepas korek2 history rupanya ada masalah lain. 

Patient ada masalah mental dan badan dia yg tunjuk symptoms. Otherwise, dia takde hallucination, delusion or something else...

Penyakit nih common in female, less educated people and onset selalu before 30 years old






CONVERSION DISORDER


English dictionary oxford: 
Psychiatry The manifestation of a mental disturbance as a physical disorder or disease:
Cara senang nak faham and taknak bagi confuse dengan somatization disorder macam nh...
Patient have psychological problem but manifested as physical symptoms like motor symptoms and sensory.
Okay, peeps contohnya macam nh;Pakcik B, 54 years old Chinese admitted to medical ward for history of sudden bilateral lower limb weakness.The diagnosis made was Gullain Barre and he was given Ig. Surprisingly, he recovered after 1 day. On next 2 month, same thing happened again and the medical team doubt the diagnosis and refer to psychiatrist.After having along talk, the patient actually have history of fighting with her wife and he told that the symptoms usually happened suddenly while he arguing with the wife.
Nampak tak, patient tiba2 tak boleh jalan dan symptoms tu sekejap je and no prolonged.This one kita panggil conversion disorder. Tapi kena ingat, mesti exclude other IMPORTANT MEDICAL CAUSES first sebelum diagnosed as CD.



Setakat tu je...aku dah ngantuk and thanks sebab sanggup baca...

ESOK AKU NAK PERGI PICNIC ! SILA JELES! 

PLEASE JANGAN JEREBU PULAK!

Till then with love <3






p/s: Nanti aku continue part 2  lepas aku balik picnic :P











Rabu, 25 Jun 2014

All about thriller movie!

Salam to all :)

My 3rd day psychiatry posting....and i can tell you the best way to excel this posting is by watching movies...

Boleh dikatakan most of my lecturer include some clips from the film to show the examples of disorders...

Honestly, aku memang penakut jugakla kalau bab2 nak tengok citer thriller....bloody here and there....pheww...berpeluh tengok!! bantal pulak bersepah2 sbb nak cover muka!!

Kalau nak tgk sorang2 memang takla..kena ajak teman jugak...

Tapi, in a postive way....plot citer2 macam nh mmemang best kalau nak compare dgn cintan-cintun yg memang stereo tu kan...

Mesti ending unexpected punya!!

Lets take a look on my list of thriller movie...nh semua yg aku pernah tgk la...and mmg best!!

  1. Shutter island  



Trailer shutter island!! Leonardo looked anxious kan? keep hallucinating.....mmg best gila citer nh!

Citer nh mula2, mmg nampak mcm biasa ja sbb leonardo nh act as a marshall trying to solve problem in this island....Storyline tu nampak mcm dia dtg dgn assistant dia....and once arrive, he started his investigation la....bla2 but yg pelik everyone mcm pelik la semua...included the director.....yg marshall nh selalu nampak bayangan wife dia and actually there is story behind that....the wife is already dead LOL! Mmg director nh awesome sbb buatkan aku percaya yg mmg ade komplot dlm hospital gila tu....dia pandai alihkan perhatian kita kat marshall yg sebenarnya the main highlight!! Dia schizo kowt!!! Better korang tengok baru feel la kan...kalau aku cerita macam merapu la pulak...

     2. The purge



Watch the trailer... kalau korg boleh analyze, dorg nh dah macam ada bipolar disorder!

Owh....this story nh kalau tgk cover film....mmg nampak cam gempak la...sbb lain dari yg lain....Cuba la korang bayangkan....at one night everything ILLEGAL becomes LEGAL!! korang nak bunuh jiran yg memekak? silakan.....whoa!!! time nh nak test who owns the best security!!

yg serang2 nh kalau tgk mmg sah ada bipolar disorder!!

at one point, aku tak puas hati bila dekat nak ending...habis macam tu je...kena lagi thriller mati here and there baru best!!!

Nasib baik tak tengok kat wayang....rugi2!

    
 3. The passenger


Watch the trailer>>>


At first, citer nh a little bit slow la....tp have a nice plot...twist here and there sbb anne hathaway mula2 dipotraykan mcm gila la...hallucinating....tp at the end...dia dh mati rupanya and everyone yg comeout in her vision actually trying to lead her way to the light....best2!


To be continued!

Till then with love <3