Khamis, 30 April 2015

Dukaku...La Tahzan wahai insan yang lemah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...aku masih mampu bernafas di saat ini...Hari-hari yang berlalu memang cukup mencabar bagiku...



Exam...




Exam yang sebelum nih bagi aku..aku cukup yakin yang "I definitely can do this!" 



Now...




Aku tak tahu dengan apa yang akan jadi dengan hari mendatang...

To make it simple...

I have ruined my own chance to pass this pediatric posting exam...



Terrible...

Ashamed of myself...

How am i going to face this?

Clueless...




My first experience...i was so blur and thought block. Sedih sangat sebab aku tak boleh jawab soalan examiner...disebabkan anxiety dan nervous yang melampau...


Feel derealization..is that me? 

Benda dah lepas...tapi mungkin senang bagi sahabat-sahabat aku...aku appreciate sangat bila depa try to calm me down...tapi aku baru nak adapt for this kind situation...sebab aku tak pernah kena seteruk macam nih...

Aku selalu fikir positif..Bukan aku tak study..aku dah baca tapi at that time..my brain just shut off like that...

Sedih sangat dengan performance teruk aku...

Sekarang yang tinggal bagiku hanyalah tawakkal kepada ALLAH SWT..Semua sudah tertulis...aku hanya mampu mengharapkan keajaiban untuk berlaku...



Aku takut untuk FAIL. Tapi aku kena redha. Mungkin ada salah dan silap aku dan ALLAH nak tunjuk di situ yang "Syahirah, lah tahzan...."



Bukan mudah untuk aku menahan air mata...Aku jenis yang kuat tapi bila menyentuh harapan ayah terhadap aku..aku jadi lemah...senang sangat nak menangis. Aku tak boleh bayangkan bila aku cium tangan ayahku besok...look at him straight in the eyes,,,mungkin aku akan menangis lagi.

Ayah seperti biasa...tenang. Cukup bagiku bila ayah dengar luahan aku..doakan aku dunia dan akhirat. Doa ayah yang aku harapkan sangat-sangat.



Aku kena kuat. Panjang lagi kehidupan aku.Mungkin ALLAH ada perancangan yang lain bagiku. Hikmah disebalik kedukaanku...mungkin ada bahagia disebaliknya.




Aku berharap.

Aku berdoa.

Semoga apa yang aku harapkan dan doakan dengan keizinanNYA.

La Tahzan..InnaALLAH hamaana..

Jumaat, 24 April 2015

Sayonara Pediatric...

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Hari ni last day aku dalam posting paediatric in med school. Selepas nih, dah takde dah nak main-main belajar semua sebab after this everything will be so serious. Yang tinggal hanyalah exam dan real life as houseman and doctor later.

To be honest, pediatrics bukanlah top favourite subject aku sepanjang aku dekat IIUM. Bukan sebab aku tak suka budak-budak tapi aku tak sanggup tengok dorang sakit. Setiap kali aku masuk wad, aku ada feeling yang " You shouldn't be here" . Sebab semua patient ada IV line mostly, sakit dan tak bermaya aku tengok. Aku ada perception yang budak-budak tak supposedly to fall ill. Tapi ini semua kan kehendak Yang Esa. Sakit, ajal, maut semua ditangan ALLAH S.WT.


Aku kena redha...


Tengok balik pengalaman aku di pediatric... selalu buat aku rasa sedih. Sedih tengok budak-budak yang innocent, baby yang kecik-kecik lagi dah kena warded buat aku rasa hiba yang amat.

Tapi beza pulak kalau aku pergi medical or other wards. Aku rasa energetic gila nak kacau dorang nak practice PE and do my clerking. Pakcik pun ada perasaan jugak.


Dan aku kena ubah mentaliti tak sihat macam nih.


Sakit...sejauh mana sakit itu membahagiakan orang? Ada ke? Sakit selalu bawa kepada konflik kan? Duit, masa, tenaga dan air mata...semua habis sebab sakit...


Tapi kalau kita fikir hikmah sakit di mata ALLAH. Kita akan lebih gembira sebab ALLAH pilih kita untuk merasainya. Ujian dan kesakitan tanda DIA sayangkan kita, mahu uji dan tingkatkan iman kita. DIA nak tahu sejauh mana kita berharap, kemana arah tuju kita bila dalam kesusahan? 
Ke bomohkah? Ke swastakah? Ke kembali kepadaNYA.

Ini sebagai ingatan untuk aku dan semua. Bila kita paham konsep sakit dan redha...Semuanya jadi rasional...

Aku ingat lagi 2 hari lepas, selepas seminar presentation....Dr. Mai (Doctor yang paling aku sayang sekarang :)...dulu aku macam tak berapa suka cara dia, tapi bukan lagi! ) ada cakap...,

"Awak rasa budak-budak tak patut meninggal sebab dia kecik lagi?"

Kitaorang semua cakap la...kesian dah la comel lagi tu...

"Dr. Mai ada cerita pasal one of her patient, yang dah terminally ill, 8 years old boys or girls (aku terlupa)...tengah shortness of breath panggil dia ke katil...."

"Dr..dr...saya takut la nak mati...... "(Air mata aku dah berlenang dengar...)

Kitaorang tanya dr, dr cakap apa dekat dia..taksanggupnya nak jawab...

"Saya cakap la, kalau awak mati boleh masuk syurga...nanti jangan lupa kat dr..tunggu dr..".

Aku kalau ditempat dr memang dah nangis tengok nasib budak nih..tapi dia lagi kuat dari kita semua...

"Dr cakap lagi...saya kalau budak-budak meninggal takpe lagi sebab confirm masuk syurga tapi pakcik-pakcik awak kat medical semua tu..saya tak berani nak jamin? Gulpss!"


Ye tak ye kan dr. Supposedly, aku kena bahagia untuk patient yang dipanggil awal mengadap ALLAH yang ESA. 

Mereka kuat. 

Kuat untuk bertahan. 

Sedangkan aku yang masuk tahun ke 25 bernafas diatas pinjamanNYA..belum tentu lagi nasibnya dimana...

Doakan kita semua. 

Bagi yang pergi dahulu..tunggu aku. 

Bagi yang belum...jom kita bersama-sama.

 Bagi yang berjuang melawannya..redhakanlah segala-galanya...

Jumpa di sana

INSYAALLAH....

Khamis, 23 April 2015

PARTY & PRESENTATION

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sebab sekarang masih mampu lagi ketuk-ketuk keyboard nih untuk korang even though mata aku dah macam panda beranak kembar...(Bahana  tidur 3 jam je semalam semuanya sebab yang kat bawah nih)

Alhamdulillah lagi sebab aku BERJAYA harungi hari ni (22/4) dengan jayanya...

Apa yang special sangat hari ni kan?

Sebenarnya aku ada presentation. 

Yes...A PRESENTATION.

Walaupun dah present dah kali ke berapa entah...terlalu banyak tapi this one is different sebab supervisor aku nih  garang banyak-banyak and unexpected.That one seriously make me scare gila sebab most of orang yang present dengan dia memang akan kena tengking whatsoever!

Huh!

Long story, ceritanya aku memang dah tahu yang aku akan present time minggu last posting...
Mulanya, aku memang tak prepare langsung! LANGSUNG! Sebabnya aku ingat sepatutnya kau present jumaat nih. Tapi, nak dijadikan cerita, aku salah tengok jadual 
(maybe power spec aku dah naik kut..huhu)

Class rep aku, 2 hari lepas tanya,

"Sheera, present topic seminar Rabu ni kan? Dah confirm dengan Dr?

Aku, " Eh, taklah Izzah, sheera hari jumaat nih"

"Oh ye ke? Rasa macam group sheera yang present"

Aku dalam hati ( Eh, Izzah nih..aku hari jumaat la..konfiden habiss)

Last-last Izzah datang kat aku dengan jadual seketul depan aku. 

Ohhhhemmmmgieee!! Betullah aku present Rabu nih...dan aku tak prepare apa-apa pun lagi...

NERVOUS & SERABUT

Satu je yang aku fikir
PADAN MUKA KAU! BUAT LAST MINUTE!

So semalam memang aku all out la! Kawan-kawan sibuk dekat ward tapi aku pulak dengan laptop, googlescholar nak buat seminar.That is so sad and pathetic.Orang study untuk exam next week tapi aku prepare slide seminar...

At first aku memang buat slide tu based kefahaman dan requirement from Dr. sendiri yang dia nak itu dan ini..

Forgot to mention topic seminar aku ..CHRONIC ILLNESS IN CHILDREN

Buat punya buat, dalam petang tu aku dah siap dah...konfiden macam lengkap la

Tapi, saja aku nak tanya presenter group lepas apa expectation dr, grang ke tak...apa yang nak dihighlightkan...

And turn out to be kawan aku mentioned memang banyak beza dengan slide yang aku prepare..

 

 

Betapa nervousnya aku kan??

Ohhhhemmmmgieee!!

Do I need to redo it again??

Aku tanya roomate aku...and guessed what she said...

"Sheera, kite tak tahu slide awak nih nak cite apa sebenarnya? Too general...

Ohhhhemmmmgieee!!

Ok! Fine

I'll redo it ALL again...

Last night and end up aku tidur pkul 3 pagi...

So hari presentation, by the way prior to that kitaorang ada PARTY celebrate birthday lecturers including my supervisor too...

Share sikit moment party even though aku memang tak so into it..nervous!!

Hasil kreativiti bakal-bakal doctors


Lauk tak masuk lagi nih....

Ad hoc speech by birthday girl!

My inspiring new lecturer giving advice and thought... I'm touched! huhu


Only Dr. Aye Aye got to blow the candles...she was so so happy!!

Birthday card checked!

My "dalam hati ada taman" supervisor and very inspiring senior!

Mestila kena ada picture together! Spot me!
I'm tersepit!!


Tengah-tengah makan tu...

Dr cakap, sape present petang nih? Saya tidur la petang ni sebab y'all jamu banyak sangat makanan nih ha!!



Aku dengar tu..SUPER LEGA! Dr, please eat A LOT!!!

Haha...

Yang pastinya aku tak berselera sangat sbb lebih kepada nervous...

So masa yang ditunggu pun tiba...

Aku 4th presenter...

And suprisingly member sebelum aku yang present, sedikit pun Dr tak tinggikan suara...

Burden dekat aku makin tinggi la...

So, sampai turn aku....bla3 bla3 aku present....which aku memang overconfident...

Yang peliknya, Dr tak mencelah pun weyh!!

It can be either she like it or she doesn't care...

But, that's doesnt matter janji dia tak marah-marah...

Fuhhh!! Aku rasa effect happiness party tu masih ada :)

 SAFE landed kali ni...Alhamdulillah

And she did gave me 8/10..which i thanked her A LOT!!

HAPPY BIRTHDAY!!!

Good night to my entry PARTY AND PRESENTATION!

(Sorry, aku buat strory telling pulak)


Jumaat, 17 April 2015

Chef time : Puding Kastard Jagung

Assalamualaikum.

Salam jumaat semua!

Lama aku tak update blog. Dah bersawang rasanya. Jumaat yang tenang nih, elok sangat kalau aku nak bukak slot chef time dengan korang. Resepi mudah-mudah je dan yang pasti tak payah nak berdapur mewah bagai. Setakat cukup dengan rice cooker je pun boleh masak!

Aku kan student, so kena adapt la hidup jauh dari rumah...

So kali ni, aku nak share resepi puding kastard jagung. Ideanya, firstly aku memang suka jamu orang makan. Sedap tak sedap belakang kira. So, aku buat puding nih pun bersempena study group aku. So penat-penat study boleh la jugak basahkan tekak ni kan??

Jom kita tengok bahan-bahannya~~

Bahan-bahannya

1 cawan/tin creamy jagung
1 cawan susu sejat
1 cawan tepung kastard
1 cawan air
1/2 gula
1/2 ts garam

p/s senang tak?

Cara-caranya

1. Masukkan semua; tepung kastard, susu sejat. air and gula...
2. Kacau sampai rasa macam pekat tu, masukkan creamy jagung korang..
 (Suka hati nak letak banyak mana)
3. Dah masak likat macam tu, masukkan dalam bekas comel-comel?
4. Biarlah sejuk dulu sebelum masuk dalam peti kan? Nanti rosak pulak peti korang..hehe

Siap dah punnn!


Sorry, aku takde gambar..semua dalam phone caza :)
Kat insta sendiri pulak!!

Selamat mencuba~~



Selasa, 7 April 2015

Tak kenal, maka tak cinta

Assalamualaikum

New post for April. Setelah mengadaptasikan kepada GST dan perubahan iklim dunia, akhirnya berkesempatan jugak untuk aku tulis entry kali ini.

Entry "cliche" seperti yang diatas bukanlah seperti yang korang karapkan. Kupasan pasal yang korang harapkan di entry lain INSYA'ALLAH.

Ingat tak? Ada satu entry tu aku cakap yang aku teramat berapi sekali? Cuba klik BERAPI!
Sebelum tu, aku memang culture shock jugaklah bila kena dapat layanan yang macam tu....

Tapi......



Sekarang......



Dah lain.......

Lain macam mana? Sebab aku dah faham kenapa dia buat macam tu. He/She just want us to be a safe doctor. Setelah beberapa kelas dengan dia, at last aku macam suka pulak cara dia fikir and what i can think is that, He/She is a very inspiring teacher to me!


Tu la, orang tua-tua kan dah cakap.....

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA?

Tapi kalau yang kahwin family arrange tu macam mana pulak?

Wait!!

Itu dah topic lain. Next time aku akan kupas-mengupas panjang lebar.

HAPPY TUESDAY!!