Jumaat, 17 April 2015

Chef time : Puding Kastard Jagung

Assalamualaikum.

Salam jumaat semua!

Lama aku tak update blog. Dah bersawang rasanya. Jumaat yang tenang nih, elok sangat kalau aku nak bukak slot chef time dengan korang. Resepi mudah-mudah je dan yang pasti tak payah nak berdapur mewah bagai. Setakat cukup dengan rice cooker je pun boleh masak!

Aku kan student, so kena adapt la hidup jauh dari rumah...

So kali ni, aku nak share resepi puding kastard jagung. Ideanya, firstly aku memang suka jamu orang makan. Sedap tak sedap belakang kira. So, aku buat puding nih pun bersempena study group aku. So penat-penat study boleh la jugak basahkan tekak ni kan??

Jom kita tengok bahan-bahannya~~

Bahan-bahannya

1 cawan/tin creamy jagung
1 cawan susu sejat
1 cawan tepung kastard
1 cawan air
1/2 gula
1/2 ts garam

p/s senang tak?

Cara-caranya

1. Masukkan semua; tepung kastard, susu sejat. air and gula...
2. Kacau sampai rasa macam pekat tu, masukkan creamy jagung korang..
 (Suka hati nak letak banyak mana)
3. Dah masak likat macam tu, masukkan dalam bekas comel-comel?
4. Biarlah sejuk dulu sebelum masuk dalam peti kan? Nanti rosak pulak peti korang..hehe

Siap dah punnn!


Sorry, aku takde gambar..semua dalam phone caza :)
Kat insta sendiri pulak!!

Selamat mencuba~~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan