Ahad, 31 Mei 2015

Doctor, housewife or Both?

Assalamualaikum...

Malam ni sebelum aku sambung study macam biasa, terfikir pulak kata-kata MO Dr. Nor tadi dekat ward...

You all ni mesti semua tak nak buat OnG kan? Ye la semua nak jadi housewife, take care suami...anak-anak Sape yang tak nak kan?

Habis tu sapa yang nak jadi OnG specialist? Nanti you all beranak nanti demand nak dr. perempuan...tapi kalau dah semua female doctor nak jadi physician, last-last you all nak bersalin pun takde doctor?

Aku hanya mampu tunduk sebab betul semua apa yang doctor cakap. Terkena batang hidung sendiri. Aku rasa every woman have this kind of dream...live for the sake of ALLAH! Yes that is the first one and so on...live for their family, tengok anak-anak membesar bersama, jaga makan pakai suami senang cakap uswatu hasanah la..

Itu impian seorang wanita. Aku tak nafikan. Sungguh.

Even aku dah plan ahead betahun-tahun akan depan, macam mana aku nak lead my life. Even though minat juga yang surgical based macam surgery tapi bila aku fikirkan balik, walau cabang mana pun aku pursue my master, aku still kan help other people.Banyak lagi caranya kan? Taknak selfish...

Tapi berbalik dengan kata-kata Dr, Nor, kalau dah takda specialty dalam bahagian tu..yang fardhu kifayah dah jadi wajib keatas aku...

Dalam maksud doctor.

Aku nak refute. Tapi bukan refute yang isu fardhu ain, kalau dah terdesak memang semuanya akan jadi lain.

Pursuing your master (pandai pulak aku cakap, degree pun belm lepas..huhu) kena consider banyak aspect. If single at that time..senang. Tapi kalau dah berkeluarga memang complicated and susah sikit. Tapi semua ni depends dekat partner if supportive ke tidak. Things will get worse kalau both are doctors and ada anak. Some senior aku gilir-gilir amik master untuk take care anak. Other options will be like one will take the surgical based and yang others tu amik yang medical based ataupun yang ringan-ringan sikit. Tapi aku respect bila both pursue part yang difficult and hard to pass macam OnG. 

Itu kes kalau both are doctors. Yang senang sikit if partner come from non medical based. Tapi tolerance level setiap orang tu berbeza. Ada di awal perkahwinan, semuanya okay..boleh saje. Tapi suami isteri mana boleh tahan kalau busy memanjang....Tapi yang penting tu communication. (Acece..pandai aku nasihat korang..experience pun takdak..)

So tanya pendapat personal aku, I can be both kalau di izinkan ALLAH, and encik bakal suami.. (Boleh ke tidak ni? )

Sekian...

Macam pro pulak kan bagi nasihat :P

Sabtu, 30 Mei 2015

MoodRepublik @Kuantan


Assalamualaikum...

Penat hadoi sebab event yang satu ni...

MOOD REPUBLIK datang Kuantan!!




Bukan selalu ye akak2 adik2 sekalian.Aku ni pun first time pegi event tu..Mak aiii ramai sangat orang! Kalau jalan tu berlaga siku lah...

Plan aku memang cantik la.. keluar pagi-pagi untuk settle masalah gigi ni yang berlubang. Nasib baik UTC tu dekat je dengan Zenith Hotel. Jalan kaki je la. Ingat aku larat nak cari parking. Orang selautan kut...

Apa yang aku sambar?

Ni ha!!

Instant shawl!
Ni je yang mampu..ahaha. Tu pun ketaq tangan huluq!
Tapi kain dia memang lembut hokay!



Terpaksa edit atas sebab-sebab keselamatan...opps!

Tengok shawl ja tau...haha (sorry la semua gambar selfie i) ahaha :P



Sekian sudah photobomb aku untuk entry kali ini..bukan senang..jarang-jarang aku buat perangai tak senonoh gini..tahan je la ye :)

Jom study pulak!


Isnin, 18 Mei 2015

From a woman to women ~ Rhythm control method

Assalamualaikum

Minggu kedua aku di Obstetric & Gynaecology department

Bila dah final year, aku malas nak fikir untuk penuhkan logbook pun macam time dulu-ulu waktu 3rd year. Aim just to fulfill requirements for each procedure.

Sengsaranya OnG sebab banyak oncall but as per subjects itself, its much much better than paediatrics and medical la...

Back to discussion, tengok title from a women to a women tu...feminine sangatla kan? Bila kita tengok culture orang Melayu ni kan, bila cakap pasal merancang? seks? and so on memang orang akan pandang pelik... its like shuuuhh!! senyap2 sudahla...

Tapi dekat paper bersepah anak kena buang la, zina sana sini...tataula. Kalau refer indeks anak tak sah taraf memang sedih kalau korang baca...

Utusan Malaysia, 2011

"Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang)"


Banyak sebabnya kalau kita tengok. Kurangnya pendidikan agama tu la yang paling utama. Selebihnya lebih kepada kurangnya ilmu tentang pendidikan seks. Ada pros and cons jugak bila kerajaan anjurkan pendidikan seks bermula daripada sekolah rendah. Cetizen perlu faham yang budak-budak ni bukanlah diajar secara detail tentang what we are discussion now, tetapi lebih kepada reprodutive organ, how it works, fertilization, dan yang paling penting prevention of sexual transmitted disease (STD) macam HIV, syphlis, gonorrhea.

Kalau sentuh pasal contraception method pulak atau lebih senang kaedah pencegah kehamilan, ini pun penting jugak untuk kita cater kelahiran anak tak sah taraf, Aku tak bermaksud untuk menggalakkan pasangan yang belum berkahwin untuk terus bergelumang dengan dosa. Memang berdosa pun. Dari dosa zina ke dosa buang anak ..dan yang paling teruk bunuh anak sendiri nak tutup malu.

Propaganda syaitan semua tu.

Kaedah pencegah kehamilan ni ada banyak cara, samaada artificial; melalui ubat-ubatan dan kaedah klinikal ataupun secara natural.

INSYALLAH, next entry aku kupas pasal artificial method.

Sebab bagi aku personally, semua ubat memang dicipta untuk membantu tapi kena tahan la dengan side effects. So personally aku lebih pro untuk natural method sebab senang, mudah, takdenye side effect ni semua except FAIL METHOD tu .
 ( Haipp aku single lagi so jangan fikir yang bukan-bukan. Professional!)

Tengok balik natural method ni, ada yang namanya coitus interruptus in which withdrawal, expulsion of semen outside the vagina. Yang tu pandai-pandailah korang google la ye..

 Second things yang aku nak discuss lebih sikit tentang rhythm control menthod.
Method ni berdasarkan kalendar haid setiap wanita. Tapi kena ada syaratnya.

1) Kena pantau haid korang selama 3 bulan dan kira average hari untuk 3 bulan tersebut.

Contoh: Ana (bukan nama sebenar) ada kitaran haid 30 hari bagi setiap bulan. Bagi yang tak faham; macam ni kira hari 1st haid hinggalah hari 1st haid yang berikutnya.

So bila dah dapat purata hari tu...

Aku nak cerita sikit medical input untuk korang....bagi faham sikit..haha


Kitaran haid ada 2 part; ovarian cycle & endometrial cycle.

Dalam bab rhythm method ni, penting untuk korang tahu ovarian cycle. Dalam gambar tu ada follicular phase dan luteal phase kan??

Hanya 20% women out there akan follows gambar nih betul-betul maksudnya average kitaran haid dorang 28 hari. Yang lain kebanyakan 28 + 7 hari...

So, ceritanya begini...follicular phase ni tak tetap untuk semua perempuan. Ada yang panjang ada yang pendek. TETAPI, luteal phase bagi seluruh wanita di dunia adalah sama yakni 14 hari.

High fertility rate / Hari perempuan paling subur adalah 14 hari daripada tarikh akhir...

Hmmm...korang mesti pening kan?? Huhu

Takpe aku bagi contoh

Ana (bukan nama sebenar) mempunyai kitaran haid selama 30 hari kan?? So nak tahu bila masanya dia paling subur, ialah 30 - 14 hari = Hari ke-16 

So bagi yang nak merancang kehamilan, perlulah mengelakkan hubungan intim 5 hari sebelum hinggalah 5 hari selepas hari ke-16 tadi. So no coitus from day 11 until day 21.

Faham ke tidok???

Huhu harap fahamla...

Ada yang tanya kenapa?

Senang.. sperm mampu hidup selama 3 hari dan ovum selama 1 hari... so tambah dapat la 4 hari kan?? sebagai tempoh berjaga-jaga. extra 1 day tu pun penting jugak...

Huh penat aku mengajar korang...

Nanti aku bukan topic lain pulak ye...


Assalammualaikum

P/S dah waktu nak berbuka... 








Jumaat, 15 Mei 2015

Believe in HIM only...

Assalamualaikum...

Believe in HIM only and HE is the BEST PLANNER after all...

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Segala yang berlaku dengan ke-izinanNYA jua.Alhamdulillah, aku pass exam paediatric yang lepas.Risaunya dan takutnya aku hanya DIA yang mengetahui.

Entry lepas yang menyedihkan pasal exam aku banyak mengajar aku untuk study lebih lagi. 

Sebelum result keluar, aku dah redha dengan perancangan ALLAH, andai kata aku lulus ..ALHAMDULILLAH dan sekiranya aku gagal, mungkin petunjuk bagi kekhilafan aku yang lepas...

Perjuangan sebenar tinggal 2 bulan je lagi dan bersediakah aku? 

Believe in HIM selalu...

Peace be upon you....

Rabu, 6 Mei 2015

Peringatan buat ladies!!

Assalamualaikum...

Post fresh dari aku untuk korang

Ceritanya panas lagi, baru 4 jam yang lepas terjadi dekat aku sendiri...
Aku dalam bas on the way balik dari sungai petani ke kuantan. Initially, memang perempuan yang duduk sebelah tapi dia turun dekat ipoh. 

So datangla PAKCIK INDIA TAK GUNA ni (aku bukan racist, suka hatila korang nak cakap apa)..
Mula-mula tu senyap ja...tapi tiba-tiba aku rasa ada tangan duk merayap.Terkejut aku!! Aku tampaq sekali tangan PAKCIK TAK GUNA tu! Tak kisahla kau tua ke apa ke? Memang tak patut pun! Dah tahu duduk sebelah perempuan, tangan tu janganla over pulak! Memang nak makan tangan la pulak kan??

Time aku kena tu pun dah nak sampai Kuantan. Memang celik je la mata ni. Panas membara.
Memang salah orang kau kacau aku. Aku bukan macam perempuan lembik kat luar tu. 

Dah nak sampai terminal tu, kau buat-buat tanya pulak " Bas masuk terminal? " Time tu memang rasa macam nak sembur je ...

Sabar-sabar...

Laju je kau nak keluar bas kan?? Memang takla..

Aku kejar je dia " Eh, pakcik!!! Nak pergi mana tu!!! Tadi dalam bas, pakcik raba saya kan??"
(Sapa yang kenal aku, tahula suara tinggi mana yang aku guna) Memang tengah panas!!

Dengar je, pakcik-pakcik teksi, drebar bas datang...kecoh jugakla tadi...

PAKCIK INDIA tu kena penumbuk segala...terkejut aku! Dlam fikiran aku memang nak kena report polis. Sebab benda macam ni kena ajar sikit , nanti banyak lagi perempuan yang bakal kena dengan jantan-jantan tak guna ni.

"Tolongla adik...pakcik orang susah..anak kecik-kecik lagi...tolongla adik.."

Ehh...time ni baru nak mintak tolong. 

" Eh pakcik, kalau pakcik ada anak, pakcik tak marah ke orang buat macam tu dekat anak pakcik?? "

"Pakcik jangan ingat saya senyap dalam bas saya ok..saya bukan maca perempuan yang senyap-senyap..kalau orang raba biar je..."

"Saya nak report polis biar semua orang tahu dan takde yang kena lagi lepas ni"

Pakcik tu sujud merayu depan aku...jangan bawak ke lokap....

Kesian pulak aku...

"Saya gantung dirila...tolongla adik..."

"Memang patut pun pakcik gantung diri. Elok sangatla pakcik buat macam tu??"

Pakcik-pakcik teksi yang kat tepi dah geram dah aku tengok..aku?? 

Memang ingat nak ke balai ja...

Call ayah, line takdak la pulak...

Last-last aku tanya..

"Mana IC pakcik!!! Bawak sini saya nak tengok!!!"

Pak cik jangan ingat boleh lepas. Sekarang zaman media sosial semua...Sekejap je kalau saya nak bagi satu MALAYSIA tahu pakcik orangnya macam mana...

Aku dahla nak exam final. Sibuk pulak tu. Ingat aku ada masa nak naik turun court semua! 

Dah...

Aku nak ingatkan dekat perempuan-perempuan dekat luar sana!

DARE TO SPEAK OUT!

Tak kisahla korang kecik manapun...

ORANG "GS" macam nih memang kita kena ajar...biar malu sikit dekat masyarakat!

Aku taknak upload IC! Biar ALLAH balas balik apa dia buat dekat aku...

Tapi PAKCIK "S" alamatnya dekat TAMAN PENGGIRAN TERLA...KUALA TERLA.

Pandai-pandaila kau teruskan hidup tu!



Khamis, 30 April 2015

Dukaku...La Tahzan wahai insan yang lemah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...aku masih mampu bernafas di saat ini...Hari-hari yang berlalu memang cukup mencabar bagiku...



Exam...




Exam yang sebelum nih bagi aku..aku cukup yakin yang "I definitely can do this!" 



Now...




Aku tak tahu dengan apa yang akan jadi dengan hari mendatang...

To make it simple...

I have ruined my own chance to pass this pediatric posting exam...



Terrible...

Ashamed of myself...

How am i going to face this?

Clueless...




My first experience...i was so blur and thought block. Sedih sangat sebab aku tak boleh jawab soalan examiner...disebabkan anxiety dan nervous yang melampau...


Feel derealization..is that me? 

Benda dah lepas...tapi mungkin senang bagi sahabat-sahabat aku...aku appreciate sangat bila depa try to calm me down...tapi aku baru nak adapt for this kind situation...sebab aku tak pernah kena seteruk macam nih...

Aku selalu fikir positif..Bukan aku tak study..aku dah baca tapi at that time..my brain just shut off like that...

Sedih sangat dengan performance teruk aku...

Sekarang yang tinggal bagiku hanyalah tawakkal kepada ALLAH SWT..Semua sudah tertulis...aku hanya mampu mengharapkan keajaiban untuk berlaku...



Aku takut untuk FAIL. Tapi aku kena redha. Mungkin ada salah dan silap aku dan ALLAH nak tunjuk di situ yang "Syahirah, lah tahzan...."



Bukan mudah untuk aku menahan air mata...Aku jenis yang kuat tapi bila menyentuh harapan ayah terhadap aku..aku jadi lemah...senang sangat nak menangis. Aku tak boleh bayangkan bila aku cium tangan ayahku besok...look at him straight in the eyes,,,mungkin aku akan menangis lagi.

Ayah seperti biasa...tenang. Cukup bagiku bila ayah dengar luahan aku..doakan aku dunia dan akhirat. Doa ayah yang aku harapkan sangat-sangat.



Aku kena kuat. Panjang lagi kehidupan aku.Mungkin ALLAH ada perancangan yang lain bagiku. Hikmah disebalik kedukaanku...mungkin ada bahagia disebaliknya.




Aku berharap.

Aku berdoa.

Semoga apa yang aku harapkan dan doakan dengan keizinanNYA.

La Tahzan..InnaALLAH hamaana..

Jumaat, 24 April 2015

Sayonara Pediatric...

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Hari ni last day aku dalam posting paediatric in med school. Selepas nih, dah takde dah nak main-main belajar semua sebab after this everything will be so serious. Yang tinggal hanyalah exam dan real life as houseman and doctor later.

To be honest, pediatrics bukanlah top favourite subject aku sepanjang aku dekat IIUM. Bukan sebab aku tak suka budak-budak tapi aku tak sanggup tengok dorang sakit. Setiap kali aku masuk wad, aku ada feeling yang " You shouldn't be here" . Sebab semua patient ada IV line mostly, sakit dan tak bermaya aku tengok. Aku ada perception yang budak-budak tak supposedly to fall ill. Tapi ini semua kan kehendak Yang Esa. Sakit, ajal, maut semua ditangan ALLAH S.WT.


Aku kena redha...


Tengok balik pengalaman aku di pediatric... selalu buat aku rasa sedih. Sedih tengok budak-budak yang innocent, baby yang kecik-kecik lagi dah kena warded buat aku rasa hiba yang amat.

Tapi beza pulak kalau aku pergi medical or other wards. Aku rasa energetic gila nak kacau dorang nak practice PE and do my clerking. Pakcik pun ada perasaan jugak.


Dan aku kena ubah mentaliti tak sihat macam nih.


Sakit...sejauh mana sakit itu membahagiakan orang? Ada ke? Sakit selalu bawa kepada konflik kan? Duit, masa, tenaga dan air mata...semua habis sebab sakit...


Tapi kalau kita fikir hikmah sakit di mata ALLAH. Kita akan lebih gembira sebab ALLAH pilih kita untuk merasainya. Ujian dan kesakitan tanda DIA sayangkan kita, mahu uji dan tingkatkan iman kita. DIA nak tahu sejauh mana kita berharap, kemana arah tuju kita bila dalam kesusahan? 
Ke bomohkah? Ke swastakah? Ke kembali kepadaNYA.

Ini sebagai ingatan untuk aku dan semua. Bila kita paham konsep sakit dan redha...Semuanya jadi rasional...

Aku ingat lagi 2 hari lepas, selepas seminar presentation....Dr. Mai (Doctor yang paling aku sayang sekarang :)...dulu aku macam tak berapa suka cara dia, tapi bukan lagi! ) ada cakap...,

"Awak rasa budak-budak tak patut meninggal sebab dia kecik lagi?"

Kitaorang semua cakap la...kesian dah la comel lagi tu...

"Dr. Mai ada cerita pasal one of her patient, yang dah terminally ill, 8 years old boys or girls (aku terlupa)...tengah shortness of breath panggil dia ke katil...."

"Dr..dr...saya takut la nak mati...... "(Air mata aku dah berlenang dengar...)

Kitaorang tanya dr, dr cakap apa dekat dia..taksanggupnya nak jawab...

"Saya cakap la, kalau awak mati boleh masuk syurga...nanti jangan lupa kat dr..tunggu dr..".

Aku kalau ditempat dr memang dah nangis tengok nasib budak nih..tapi dia lagi kuat dari kita semua...

"Dr cakap lagi...saya kalau budak-budak meninggal takpe lagi sebab confirm masuk syurga tapi pakcik-pakcik awak kat medical semua tu..saya tak berani nak jamin? Gulpss!"


Ye tak ye kan dr. Supposedly, aku kena bahagia untuk patient yang dipanggil awal mengadap ALLAH yang ESA. 

Mereka kuat. 

Kuat untuk bertahan. 

Sedangkan aku yang masuk tahun ke 25 bernafas diatas pinjamanNYA..belum tentu lagi nasibnya dimana...

Doakan kita semua. 

Bagi yang pergi dahulu..tunggu aku. 

Bagi yang belum...jom kita bersama-sama.

 Bagi yang berjuang melawannya..redhakanlah segala-galanya...

Jumpa di sana

INSYAALLAH....