Isnin, 18 Mei 2015

From a woman to women ~ Rhythm control method

Assalamualaikum

Minggu kedua aku di Obstetric & Gynaecology department

Bila dah final year, aku malas nak fikir untuk penuhkan logbook pun macam time dulu-ulu waktu 3rd year. Aim just to fulfill requirements for each procedure.

Sengsaranya OnG sebab banyak oncall but as per subjects itself, its much much better than paediatrics and medical la...

Back to discussion, tengok title from a women to a women tu...feminine sangatla kan? Bila kita tengok culture orang Melayu ni kan, bila cakap pasal merancang? seks? and so on memang orang akan pandang pelik... its like shuuuhh!! senyap2 sudahla...

Tapi dekat paper bersepah anak kena buang la, zina sana sini...tataula. Kalau refer indeks anak tak sah taraf memang sedih kalau korang baca...

Utusan Malaysia, 2011

"Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang)"


Banyak sebabnya kalau kita tengok. Kurangnya pendidikan agama tu la yang paling utama. Selebihnya lebih kepada kurangnya ilmu tentang pendidikan seks. Ada pros and cons jugak bila kerajaan anjurkan pendidikan seks bermula daripada sekolah rendah. Cetizen perlu faham yang budak-budak ni bukanlah diajar secara detail tentang what we are discussion now, tetapi lebih kepada reprodutive organ, how it works, fertilization, dan yang paling penting prevention of sexual transmitted disease (STD) macam HIV, syphlis, gonorrhea.

Kalau sentuh pasal contraception method pulak atau lebih senang kaedah pencegah kehamilan, ini pun penting jugak untuk kita cater kelahiran anak tak sah taraf, Aku tak bermaksud untuk menggalakkan pasangan yang belum berkahwin untuk terus bergelumang dengan dosa. Memang berdosa pun. Dari dosa zina ke dosa buang anak ..dan yang paling teruk bunuh anak sendiri nak tutup malu.

Propaganda syaitan semua tu.

Kaedah pencegah kehamilan ni ada banyak cara, samaada artificial; melalui ubat-ubatan dan kaedah klinikal ataupun secara natural.

INSYALLAH, next entry aku kupas pasal artificial method.

Sebab bagi aku personally, semua ubat memang dicipta untuk membantu tapi kena tahan la dengan side effects. So personally aku lebih pro untuk natural method sebab senang, mudah, takdenye side effect ni semua except FAIL METHOD tu .
 ( Haipp aku single lagi so jangan fikir yang bukan-bukan. Professional!)

Tengok balik natural method ni, ada yang namanya coitus interruptus in which withdrawal, expulsion of semen outside the vagina. Yang tu pandai-pandailah korang google la ye..

 Second things yang aku nak discuss lebih sikit tentang rhythm control menthod.
Method ni berdasarkan kalendar haid setiap wanita. Tapi kena ada syaratnya.

1) Kena pantau haid korang selama 3 bulan dan kira average hari untuk 3 bulan tersebut.

Contoh: Ana (bukan nama sebenar) ada kitaran haid 30 hari bagi setiap bulan. Bagi yang tak faham; macam ni kira hari 1st haid hinggalah hari 1st haid yang berikutnya.

So bila dah dapat purata hari tu...

Aku nak cerita sikit medical input untuk korang....bagi faham sikit..haha


Kitaran haid ada 2 part; ovarian cycle & endometrial cycle.

Dalam bab rhythm method ni, penting untuk korang tahu ovarian cycle. Dalam gambar tu ada follicular phase dan luteal phase kan??

Hanya 20% women out there akan follows gambar nih betul-betul maksudnya average kitaran haid dorang 28 hari. Yang lain kebanyakan 28 + 7 hari...

So, ceritanya begini...follicular phase ni tak tetap untuk semua perempuan. Ada yang panjang ada yang pendek. TETAPI, luteal phase bagi seluruh wanita di dunia adalah sama yakni 14 hari.

High fertility rate / Hari perempuan paling subur adalah 14 hari daripada tarikh akhir...

Hmmm...korang mesti pening kan?? Huhu

Takpe aku bagi contoh

Ana (bukan nama sebenar) mempunyai kitaran haid selama 30 hari kan?? So nak tahu bila masanya dia paling subur, ialah 30 - 14 hari = Hari ke-16 

So bagi yang nak merancang kehamilan, perlulah mengelakkan hubungan intim 5 hari sebelum hinggalah 5 hari selepas hari ke-16 tadi. So no coitus from day 11 until day 21.

Faham ke tidok???

Huhu harap fahamla...

Ada yang tanya kenapa?

Senang.. sperm mampu hidup selama 3 hari dan ovum selama 1 hari... so tambah dapat la 4 hari kan?? sebagai tempoh berjaga-jaga. extra 1 day tu pun penting jugak...

Huh penat aku mengajar korang...

Nanti aku bukan topic lain pulak ye...


Assalammualaikum

P/S dah waktu nak berbuka... 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan