Ahad, 11 Januari 2015

Apa aku buat 5 bulan lepas?

Fuh fuh fuh....ohhokk! (coughs sekejap sebab berhabuk dah blog ni) How do you feel today peeps?

What a lazy blogger I am.Biasala hidup ni ade naik turun dia, ada time aku rajin gile nak menaip nih hah tapi sometimes tu...I just want to hibernate macam beruang kutub.Jangan cakap nak update blog, nak makan pun pemalas. Hahaha oppsss! habisla saham I nih...whatever la kan...

Seingat aku last aku update blog nih dalam 5 bulan lepas. Lama gila kan? Aku pun dah final year sekarang. Dah nak masuk 3rd posting dah pun and my FINAL PRO tinggal tak sampai 7 bulan lagi. Dan aku sekarang masih menaip blog utk korang...hahaha memang tak sedar diri kan? Kita ni kalau nak study takleh tekun-tekun sangat sampai tak ingat dunia...sekali skala kena spent times doing things u like jugak kan...barulah HEPI!! pandai pulak aku nak nasihat korang~

Kenapa aku menghilang?

Hmmm...senang cakap aku macam serabut la dengan semua benda sampai aku rasa macam "i need to get things right first"...especially masa aku kat posting psychiatry .Aku ada macam-macam perasaan pasal psychiatry....

sampai  aku terpikir benda pelik-pelik...

Am i crazy?....

Aku ade personality disorder ke?....

Depression...(maybe tak sampai tahap MDD , setakat dysthymic tu boleh larh..)

OCD? YES!...Aku memang ade OCD yang teruk.Contoh la kan , macam aku rase aku dah lock kereta aku tapi still aku sanggup jalan jauh ke parking lot tuk check aku dah kunci ke belum? Tu kira OCD ke, tak cukup DSM lagi...criterias B tak fulfilled...safe~~

why  can't I be passionate about psychiatry?

Aku sampai tanya kawan aku, " ehh ko rase aku pelik ke? Macam patient ke?" Kawan aku pulak gi tokok tambah aku yer worriness..." eh beb! aku pun rase cam tu" ohhhhmaiiigadddd!!! This is serious things...

"Do I in need to see psychiatrist?"

But, i still can function very well meh.. ( Boleh la tu kan, aku pass exam & boleh gi kelas suma)

Maybe i shouldn't.Baik aku bukak Kaplan and tengok management dia so that aku boleh manage sendiri problem aku...Gila kau kalau aku nak kena amik antidepressant semua, stigmata ok? OR medically based said dia banyak side effect. So aku tak nak!

Sepanjang aku berpsychiatry, nothing much interesting to tell sebab aku personally memang tak minat LANGSUNG dengan psychiatry...Passion aku lebih kepada active management kat patient contoh macam medical, surgery, ortho....Aku suka gila!!! Hahaha...

Tapi banyak lesson yang aku belajar from psychiatry patient..

They are not guilty~ sebab mind dorang dah subconscious in which dorang tak tahu apa yang dorang buat tu salah..

Semua salah upbringing!~ being raised dengan suasana yang stress, parents problem, financial, jiran yang macam sampah!..Korang bayangkan la macam mana dorang nak survive and at last wayar putus...

Coping style poor~ Coping style? Semua org ada his or her own way to cater with problems...antara berkesan atau pun tidak je...but mostly patient memang ade poor coping style, tends to keep to themselves ataupun dorang mengarah masalah kepada jalan yang tak betul eg; drugs, alcohols

Family acceptance~Bila dah dilabel gila, anjing gila pun tak mau...apatah lagi family....kesian aku dgn sorang patient nih, dah 20 tahun dah duduk dalam wad sebab family tak nak terima dia...

Selalu kalau aku clerk patient lain mesti dia nak nyibuk...kesian kan? Aku pernah je clerk dia tapi sorry to say " i don't get what i want..." last2 aku yang pening... Tapi still la we need to be good to them sebab dorang istimewa~

Runtuhnya agama~ Paling tersentap bila aku tanya sorang patient yang masuk sebab methamphetamine induced psychosis. 

" Adik, solat macam mana kat rumah?" 
Saya tak solat pun dr... 
"Kenapa awak tak solat?" 
Dr, orang muda-muda macam kami nih, kalau solat tak rockla dr... 
"Gulpss! (Ak tersentap sekejap..speechless aku kena susun ayat nh nak tarbiah sikit budak nih...geram sangat...dah berkepal buku tangan!)"Adik tahu kan, solat dalam Islam tu wajib, jadi kita kena tunaikan..." 
Malas la dr....(Dalam hati, aku pun malas dengan ko!) Aku rasa macam tak bersemangat je nak nasihat budak nih sbb malas nih mmg takde ubat...(Aku tak cukup kuat lagi nak berdakwah aku rase la...)

Melayu Binasa~ Hampir 99.9% patient kat ward tu Melayu..Kenapa la korang rase? Kaum lain terkinja-kinja buat kerja bina hidup, Melayu meroyan hisap itu ini sampai gila...Seriously aku menyampah betul dgn anak muda yang tak tahu purpose hidup kat dunia.. K bai!
Thats all la rumusan yang aku dapat sepanjang aku dekat psychiatry...

Alhamdullilah aku pass exam...(walaupun time clinical exam dgn dr ak rasa macam hancur sbb patient tak cooperative)

Next time aku sambung...

Till then with love,






Sabtu, 20 September 2014

entry pasal JODOH part 2

Salam to all :-)

Entry aku kali neyh pasal jodoh tp bukan jodoh aku la tapi untuk sesiapa yang tengah cari jodoh...jeng3

Sebelum nih dah ada aku intro pasal jodoh nih...boleh click post aku yang lepas JODOH PART1

Aku pun termasuk jugak la tapi not now! Ada banyak lagi amanah lain yang aku kena pikul takut tak bersedia lagi...

But that's not the point for time being :P

Pernah dengaq agensi cari jodoh??

Aku takde la minah desperate sangat nak gi cari semua ni ....tapi yang kelakarnya ade orang distribute bussiness card time dalam kelas tapi story tu dah lama just sekarang rase macam nak share ngan korang

Baik kan aku  tolong korang nh...sila2 mendail pakcik nih...haha!

Tengok! Aku bagi iklan free lagi tau..


Selamat berjodohan!





Rabu, 3 September 2014

RINDU AWAK 200%

Salam to all!

Miss me?? berapa percent tu? Mesti sekarang tgh demam2 RINDU AWAK 200% drama akasia tu!

Review aku bersempena dgn episod last hari neyh >> Best jugak la aku bagi 7 bintang!

Gegirl2 kat luar semua mesti duk tergila2 kat watak Zill Faezrul lakonan Zul Ariffin tu kan? Untungla sapa ade Hubby macam dia...huhu ..Doa banyak2! hehe

Armel tu pulak manja je..i like!

sweet la overall!

Haha! entry aku bukan nak cita panjang2 pasal drama nih tapi pasal one of this drama's OST! Sedap sangat! memang layan la...

Tajuk dia: Kau tercipta by Lah VE
Cer korang tgk lirik dia....meaningful gila!! Yang nih aku bagi 200% markah!!!


Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Wahai bidadari ku
langkah lah duniaku..

Bawalah aku ke alam mimpimu
Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku
Tulusnya hatiku dalam mencintai mu
Semuanya untukmu...

Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...

o0o0o.. yeh yehhh

Bersyukur kita pada Yang Esa(terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaan selalu
Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu

Kau tercipta... 





Sesuai guna utk video kawen!! Siapla! memang aku kawen nanti angan2 macam tu la! haha...




Jumaat, 29 Ogos 2014

Last day of my elective life ^-^

Salam to all, today is thursday and it is the last day! walla! hepi + sedih sikit-sedih la..

Apa yang aku buat di hari-hari terakhir kat HSAH neyh??

Pagi aku gi ward medical macam biasa, clerk cases sambil tggu specialist datang nak ward round...

Bila dah last2 neyh, memang malas sikit nak buat lebih2 so aku just focus on physical examination...

Banyak pulak findings best, murmurs, hepatomegaly,splenomegaly...memang gi serang je patient...


Tiba-tiba, .....

Eh Kak Syira! Hari nih last kan? Kami dah kat surgery..nih mai turun tengok sat nak jumpa kakak sebelum balik... <Iffah & Dalilah>. Dorang nih budak-budak elektik dari egypt, baru nak masuk clinical year, so xde experience lagi la...
Sepanjang duk medical neyh, selalu jugak aku bawak dorang gi tengok patient, ajaq PE...bolehla mana-mana yang termampu...hehe

Dorang nak gi library..study..bagus kan? hehe

Aku? masih lagi kat ward tggu dr la....

Tunggu punya tunggu, lambatnya Dr.Z, takpe dia runs clinic dulu kowt...tp jantung ada nervous jugak takut dia tak round pagi neyh sbb....HAHA memang ada niat sebenarnya!

EVALUATION FORM! yes elective pun kena ada evaluation form..hebat kan UIA! Mai pakat join ghamai na...

So, dalam pukul 10.30pg baru dr naik ward so follows arpund mcm tu je la...

Dr mmg suka tanya soalan tp aku taknak share la ngan korang sbb aku salah jawab soalan simple pasal thyroid! so malu habaq mai!!

Dlam pukul 1 baru  habis round!

Dalam form, ade tulis... KNOWLEDGE, ATTITUDE > GOOD!

OKla tu kan? ALHAMDULILLAH!!

Alamak! aku dah janji dgn adik2 Egypt tu nak jumpa kat library sbb hari kan hari last aku, so kiranya nak jumpa dulu la...sayang jugak depa kat aku...

Sampai2 je library, terus nampak budak2 yg rajin tgh study nh...
habis salam2 semua...Iffah and Dalilah bg aku ngan member coklat! Aku suka gila and super terharu! DAH MACAM TAK PERNAH MAKAN COKLAT JE!

Aku tolong je mana-mana yang boleh, ajar dorang sikit-sikit la...sedap betoi coklat tu..Thanks la adik-adik..

Last2, kami duk selfie tengah-tengah hospital! yela masih dalam mode terharu dpt ole-ole from egypt!

Tahan je la korang tgk kami tayang-tayang coklat...hehe






Till then with love



Selasa, 26 Ogos 2014

Hati seorang


Senyap saja hati ini
Bila disapa masih menyepi
Masih bernyawakah hati
Mungkin sibuk menampal bocornya

Hati banyak berfikir
Bagaimana melapangkan sempit
Bukan risaukan diri
Tapi risaukan hati yang lain
Hati benci melukakan
Hati mahu riang

Hati yang kuning katanya banyak penyakit
Hati merah pula menahan amarah
Hati kelembapan ditemani kolam tangisan
Tapi hati yang kering
Tiada berpenghuni
Tetap sunyi sepi

Siapakah hati ini
Apa yang ditunggunya
Atas menyuruh bawah mengarah
Hati ke tengah
Bingung kepala otaknya
Memendam saja kerana lebih senang
Biar selesa sendiri

Bukan hati tidak mengerti
Sedihnya terperi sakit seorang
Dia mahu berkongsi
Menahan gelojak jiwa kemahuan
Tapi bukan kawalan hati
Hati malas pening gulana
Baik didiamkan saja
Sabar menunggu percaturanNYA

Hati sendiri akhirnya
menunggu yang ditungguinya
jauh direnung masa depannya
kesudahannya entah apa

26/8/2014

4.28pm

Isnin, 25 Ogos 2014

Gaza selamanya

Awan puas melihat kejamnya Israel
Puas menangisi perginya mujahidin kesayangan
Hingga kering sungguh poket kepolan bersihnya
Itulah awan rapuh jiwanya

Titis-titis air ke muka Gaza
Dibawah melangut diri menadah
Mengharap rahmat  dalam titisan
Sejuk air membasahi tubuh kesakitan
berkat Rahmat Yang Esa
Awan bersuara…sembuhlah duka

Awan bersuara,
Aku tahu benar, tahu sungguh
Suara hati Gaza penuh di pekung
Berat dugaan kehilangan cinta pinjaman
Ya Ilahi, berkatilah bumi anbiaku
Ya Ilahi, berkatilah Gazaku

Awan bersuara lagi
Tak mampu dia menjadi saksi lagi
Membendung resah di hati
Sungai darah mengalir tanpa henti
Merahnya tanah diisi mujahidin
Inikah pengakhirannya?

Awan bertanya lagi
Inikah pengakhirannya?
Senyap

Awan bersedih menurunkan hujan di langit
Katanya, aku putih cantik kepolan
Bersih menyeri kanvas Ilahi
Burung ciptaan boleh ku biar membelahi
Tapi untuk Gaza, hanya titisan cinta dapat kubasahi
Mengiring hati-hati kedukaan
Membersih merah darah kebencian
Aku benci Israel

Menjadi saksi semuanya
Ada yang menghiris hati
Ada yang luka berdarah
Awan tetap melihat
Titisnya turun menyuci semua

Awan sudah penat
Penat dengan janji munafik
Bersaksikan biru

Awan bersuara lagi…
Nyahkau pergi
Nyahkau Israel
Nyahkau Yahudi

Aku awan
Hanya akan menutupi yang ku sayangi
Hujan bedilan peluru
Mari berlawan dengan titisanku
Nyahkau lari Israel
Kupanggil sekutuku
Menyambar mu perit dihujung rambutmu
Membela orang kesayanganku
Gaza selamanya…

25/8/2014
6.30pm


Lidah penanggung


Kasihan kau lidah
sedangkan hati yang berbisik keras
tapi kau yang menanggungnya
Terlajak perahu boleh diundur
tapi terlajak kata memang binasa

Alangkah bergunanya lidah
Gunanya untuk melontarkan benih fikiran yang menguntungkan
Memerli apa yang tidak puas di pandangan jiwa
Gunanya juga untuk menepis semua serangan peribadi
Itulah gunanya dia

Baik dan buruk semuanya salahkan dia
Dialah yang dapat memuaskan nafsu-nafsu manusia
Hasad dengki, amarah, sinikal  semuanya dia
Alangkah malangnya lidah…

Bait-bait sayang puji pujian manis dari lidah
Hati pun gelak riang  katanya terima kasih
memekarkan layu, mencambahkan subur
mewarnakan jiwa, membahagiakan semua
Alahai lidah, baiknya lidah

Itulah dia kalau yang baiknya
Tapi, yang sebaliknya derita
Lidah penanggung

Kulihat lidah kasihan sungguh
Jenuh menjawab habis memikir
Banyak dosa difitnah si peminjam dunia
Hati ingin menipu tetapi lidah tetap jujur
Meronta membohong tapi tidak bagi lidah
Tetap dan benar
Jujur kepada penciptaNYA

Alangkah malangnya manusia
Mengikut dorongan iblis durjana
Hinggakan si lidah yang tidak berdosa
Di paksa menanggungnya
Sudah-sudahlah peminjam dunia
Tampalkan hatimu dengan ayat-ayatNYA
Kesiankan wahai si lidah
Lidah penanggung…

25/8/2014

3.23pm