Selasa, 26 Ogos 2014

Hati seorang


Senyap saja hati ini
Bila disapa masih menyepi
Masih bernyawakah hati
Mungkin sibuk menampal bocornya

Hati banyak berfikir
Bagaimana melapangkan sempit
Bukan risaukan diri
Tapi risaukan hati yang lain
Hati benci melukakan
Hati mahu riang

Hati yang kuning katanya banyak penyakit
Hati merah pula menahan amarah
Hati kelembapan ditemani kolam tangisan
Tapi hati yang kering
Tiada berpenghuni
Tetap sunyi sepi

Siapakah hati ini
Apa yang ditunggunya
Atas menyuruh bawah mengarah
Hati ke tengah
Bingung kepala otaknya
Memendam saja kerana lebih senang
Biar selesa sendiri

Bukan hati tidak mengerti
Sedihnya terperi sakit seorang
Dia mahu berkongsi
Menahan gelojak jiwa kemahuan
Tapi bukan kawalan hati
Hati malas pening gulana
Baik didiamkan saja
Sabar menunggu percaturanNYA

Hati sendiri akhirnya
menunggu yang ditungguinya
jauh direnung masa depannya
kesudahannya entah apa

26/8/2014

4.28pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan