Ahad, 12 Julai 2015

Menjelang syawal dan aku masih di sini...

Assalamualaikum...

Dah 25 Ramadhan dan aku masih terpacak setia dekat kuantan ni. Buat apa lagi taktau..huhu. Tahun nih raya memang suram la sebab nervous nak exam. 

Sambil tunggu nak buka puasa ni, meleleh sebak aku melayan lagu raya...hadoii la. Nak balik.....

Bebudak study group aku nih pun dah macam malas nak bergroup-group dah...dah pakat balik sorang-sorang. 

Sobs2..

Jomla kita layan sampai meleleh ayaq mata cheq..

SELAMAT BERBUKA uhukkk-uhukkk!


Khamis, 9 Julai 2015

Bila Malaysia bankrap...

Assalamualaikum...Salam 22 Ramadhan

Santai-santai ja post ni...

Dengan macam-macam yang berlaku kepada negara kita ni, kadang-kadang aku terfikir apa yang akan berlaku bila Malaysia bankrap? Apa akan jadi? Seriously tak boleh nak bayangkan...

Macam GREECE ke? sampai rakyat nak keluar duit pun tak boleh?

Macam AFGANISTAN ke? Kuasa besar take over?

Takut pulak bila aku fikir balik..

Kalau benarlah apa yang digembar-gemburkan kat berita mahupun media sosial tu...dengan izin ALLAH kebenaran tu akan terpancar jugak..

Bila Malaysia bankrap berdasarkan mimpi aku yang korang jangan amik serious..Saja nak share sebab bagi aku dasyat sangat dan nampak macam real..hoho

Semalam aku tidur awal, Takde nya sebelum tidur tu aku selak Malaysiakini ke Malaysianinsider ke kalau korang nak kata aku bias..yang aku ingat aku ada solat istikharah je atas sebab-sebab yang lain dan tak bekaitan pun..

Mimpinya macam nih...

HEBOH satu MALAYSIA! NAJIB larikan diri hilang entah ke mana dengan kes-kes yang tak selesai lagi tu. Even MPs pun tak tahu dia pergi mana dan memang kacau bilau la. Aku ingat aku tgk tv time tu dan live session semua anggota kabinet berkumpul..

Dalam diam-diam tu sebenarnya ada kuasa jahat luar nak take over Malaysia..So dorang datang serang la..Aku? terpisah dengan family aku..yang aku ingat aku dikurung dalam satu bangunan nih dengan semua yang kat dalamnya perempuan.Aku mengintai ke luar tingkap tgk ramai gila askar pakai baju hijau ala-ala macam tentera Jepun tu. Ramai jugak sampai aku rasa dia import rakyat negara dia jugak datang kat Malaysia..Macam NEW WORLD jugakla. 

Yang kelakarnya, bantal yang aku peluk aku sempat lagi bawak haha... ok2 aku sambung cerita. Lepas tu igt ok la..sebab dorang tak pukul ke apa ke....tapi..

Datang satu kapal terbang ni ala-ala macam ni..

Sekadar hiasan..
Lepas tu ada kawan aku in which aku tak ingat sapa pun dia.." Weyh! ni kapal chemical weapon..beracun ni..lari sembunyikan diri tutup hidung semua"Aku pun pekup la muka semua.Ynag aku ingat, apa benda la gas ni..nak bagi kami mati ke..huhutragik kan? Lama jugakla dia sembur...Yang aku ingat feeling time tu sakit kepala dengan sakit gigi yang amat. Rupa-rupanya, gas tu nak jadikan gigi kitaorang buruk la lepas tu luruh....haha (Aku rasa mimpi aku ni nak suruh aku gosok gigi lebih kerap)..

So lepas tu dia blah.Fuhhh! Lega la.Entah macam mana, askar-askar kat luar tu boleh lak buat parti. Tpai yang peliknya aku mengintai menari macam ala-ala Bhangra tu ...haha (mengarut-mengarut)...

Lepas tu dia mai lagi korang tau...sekali lagi sakit gigi aku! Tak guna betul la.Sibukla kami nak tutup tingkap pintu semua..seram weyh..sebab setiap askar dorang berdiri keliling bangunan tu takut kami lari. Tapi dorang yang kena asap kat luar tu takpe pulak..hmm sbb gigi dah rongak kut...

Aku terdengar satu suara.." Sudah-sudahla tu..dah cukup dah.." (Ehh cakap Melayu ? ahahaha..)

Baik pulak dia..usha sikit muka..hmm boleh tahan..

Rupa-rupanya ada yang nak memberontak. Yehaa that's mean aku boleh free...

And memang aku free pun lepas tu..FREE FROM MY WEIRD YET SCARY DREAM.

Sekian, semoga terhibur.

p/s: Entry ini hanya sekadar bacaan santai dan takda kena mengena dengan nama-nama yang disebutkan di atas.

Tapi! Bila aku bangun tu terus tanya roomate.." Weyh, Najib dah resign ke belum??" Haha

Aku share doa ni..sumber ig @ctdk

Rabu, 8 Julai 2015

Mudah mengungkapkan sabar tapi...

Assalamualaikum...

Sambil menunggu waktu berbuka sekejap lagi, jom kita tadabbur sedikit..di akhir-akhir Ramadhan yang berbaki lagi 8 hari ni..

Erti Sabar dengan ujian ALLAH Yang Maha Esa. Aku bukanlah orang yang tepat untuk berkongsi hadith mahupun potongan Al Furqan yang indah.Memang tidak laak langsung. Tapi aku punya pengalaman melalui detik-detik yang penuh menguji kesabaran aku. Alhamdulillah, aku masih disini, kuat untuk hari-hari yang mendatang.

Dikejutkan baru-baru ini, seorang sahabat aku ditimpa ujian yang bagi aku sungguh berat untuk ditanggung. Hanya ALLAH yang tahu betapa ranapnya hatinya mengetahui berita yang menyedihkan itu. Ujian itu tanda DIA ingat..sayang..dan selalu ada untuk kita.

Bertahun-tahun berpenat lelah..tapi apakan daya dia di uji sebegini berat. Tabahkanlah hatinya YA ALLAH.

Sememangnya mengungkapkan sabar mudah. Cukup mudah. Bersabarlah...

Tapi, jikalau di renung kembali...hanya yang telah melaluinya sahaja yang mampu mengungkapkan sabar kepada sahabat aku ini...

Aku hanya mampu mendoakan engkau tabah..sahabat...

Jumaat, 26 Jun 2015

Review : SECRET SKIN KAWAII COLLAGEN :)

Assalamualaikum!

Salam 1 Malaysia...haha (sorry bermuka-muka pulak, konpem orang tak baca dah post yg bawah kan?)

Lebih afdhal..Salam 9 Ramadhan. Semoga kuat untuk habiskan puasa tahun ni...

Sambil-sambil tu jom aku nak review lagi satu produk collagen by Zofea Beauty.

Ni diaa....

SECRET SKIN KAWAII COLLAGEN




Apa yang best pasal SSK ni? Original own review...


  1. Sebab dia collagen. Effect systemic gitu taklah nanti macam iklan terlaja laris tu "Eww..macam dayang senandonggg".Personally aku dah kecewa dengan produk yang apply direct to skin ni. Sedih mak...serious bahaya kalau korang terkena. Memang dia kan rosakkan lagi ade. So saranan aku better korang pergi jumpa dermatologist and jangan memandai beli dan tertipu dengan testimoni macam " LICIN & GEBU MACAM EMMA MAEMBONG!" Haha...BOLEH REFER entry yg lepas huhu KLIK SINI BAHAYA MERCURY
  2. Senang. Yang ni paling best.SSK ni boleh direct masuk je dalam mulut and kumap ataupun korang nak bancuh dengan air sejuk. Manis pulak tu..so takyah risau payau ke hapa..
  3. Walaupun slow sikit effect dia tapi dekat nak masuk 2nd jar tu dah boleh nampak dah yang jerawat susah nak hinggap. Memang takde. Betul! Cuma problem aku pasal parut je..huhu
  4. Berbaloi. Sebabnya, kalau korang beli SSK ni ade 2 set. Set JIHAN ataupun Set HARLINA.Aku guna set HARLINA je..haha Tu pun ok dah effect dia. Kalau nak vavoom lagi belilah SET JIHAN gitew....sebab ad maxx extra effect.
  5. Ada free gift! Sapa yang taknak free gift? Memang menipu la tu..tak baik bulan puasa menipu tau. Haha...Time aku beli tu dapat extra whitening collagen soap yang aku guna sampai sekarang. Best sabun tu tapi aku nak nasihatkan kat korang bila dah beli tu jangan la setiap setengah jam nak cuci muka pulak, nanti kering kulit muka tu. Ni petua nenek moyang aku~~

Apa kelebihan Kawaii Collagen White ??


  • Kulit terlihat makin putih setiap kali bangun daripada tidur. 
  • Kulit makin halus & berseri-seri 
  • Kulit makin licin & tegang. Bukan muka sahaja tapi seluruh badan


KANDUNGAN SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN!
1,600,000mg
36x Anti-Oxidant
14x Stem Cell
20x Super Fruits
Pitera Rich Extract

Bahan-bahan utama:


Wild Blueberry Stem Cell, Blueberry Stem Cell, Raspberry Stem Cell, Green Apple Stem Cell, Apple Stem Cell, Snow Lotus Stem Cell, Green Tea Stem Cell, Tomato Stem Cell, Swiss Red Grape Stem Cell, Grape Stem Cell, Argan Fruit Stem Cell, Rosella Stem Cell, Cranberry Stem Cell, Blackberry Stem Cell Trehalose, Chondrus Crispus, Pure L-glutathione, Hydrolyzed Peptide Tilapia Collagen, Phyto Hyaluronic Acid, Pitera Extract, Pearl Powder, Biotin,Acaiberry, , Strawberry, Pamogranate, Avocado, Grape Seed Extract, Perilla Seed Extract, Mangosteen Extract, Vitamin D3, Viamin C, Kiwi, Co-Enzyme Q10, Astaxanthin, Omega 3, Papaya, Lemon.




Cara Pengambilan:
  1. 1 sachet sehari sebelum tidur
  2. Boleh dicampur dan dibancuh dengan air kosong ataupun jus
  3. Boleh juga dikemam di bawah lidah (cara ini lebih cepat tindak balasnya berbanding dengan bancuh)
  4. Minum ketika perut masih lagi kosong
  5. Pantangnya adalah dilarang minum minuman berkafien atau bergas semasa mengambil produk ini
Mulakan pengambilan pada minggu pertama 2 (dua) sachet sekaligus setiap hari, 2 (dua) sachet dicurahkan dlm mulut dan dikemam sebelum tidur selepas perut kosong. Biarkan cair bersama air liur atau boleh dibancuh dengan sedikit air dan minum. 
Pada minggu kedua ambil 1 sachet sehari sahaja.  
Bolehkah SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN diambil sebelum sarapan pagi?.   
Disarankan untuk ambil sebelum tidur malam kerana badan kita bertindak balas semasa tidur malam.


SET JIHAN

 

Perubahan Jihan MUSE
Haha, spammer! Whatsapp aku ..price nego~~



SET HARLINA




Wife angkasawan pun guna tau! 

Sapa nak? Mai whataspp ~ price nego lagi ni...

Sekian review aku untuk kali ini...Selamat berbuka!

Khamis, 25 Jun 2015

Chef time : Kuih Kosui ala student

Assalamualaikum !

Salam 8 Ramadhan semua. Lama jugak aku tak post pasal resepi kan? Ada orang tanya, rajinnya masak, nak exam ni cik kak oii... Haha style aku kalau stress aku  masak. Sapa tak takut exam tinggal lagi berapa hari je lagi. Bukan sebarang exam la kekakak sayang semua, kalau setakat exam amik lesen tu cikai je...Exam untuk jadi doketot tu Alahai...

Tapi, entry kali ini bukan untuk curahan stress saya ok. So, kali ni aku nak kongsi resepi kuih kosui ala-ala student pemalas macam aku, dan untuk korang-korang yang nak terasa tu  :P

Credit entry ini untuk umiku yang tersayang sebab layan phone call aku menanya resepi :)



Kuih Kosui ala student



Bahan-Bahannya
1 cawan tepun gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula (dilarutkan)
2 cawan air
1 sk garam
1sk kapur yang dilarut (boleh beli kat kedai ni..)
1/2 sk pewarna hijau/ esen pandan


Cara-caranya~ Masukkan je semua bahan-bahan tu. Haha senang tak. Kalau korang ada blender lagi senang. Kita blend je semua :)


Dah pun siap and masukkan dalam bekas. Kukus la lepas tu kan..takkan nak makan terus. Haha.
Banyaknya aku gelak. Annoying tak?






Rupa dia bila dah sejuk

P/S : Korang jangan terkejut pulak lepas siap kukus nampak macam lembik semacam. Tapi nanti bila sejuk dia jadi cantik macam kat atas ni..hihi lembut mcm downy! 



Selamat mencuba!!

Version aku. Ada orang tu cakap macam buah melaka? Huhu...ye ke? sedih kak...







Jumaat, 12 Jun 2015

WAJIB BACA! Bahayanya produk yang ada mercury!



Asslamualaikum...

Goodnight mungkin ada yang dah tidur TETAPI 

WAJIB BACA 

KALAU NAK SELAMAT!!

Huhu...

Post seram habis! Mercuri in skincare product bukan benda baru..dah berkurun dah jadi isu tapi masalahnya ramai yang masih sanggup memperjudikan kulit sendiri sebab nak flawless cepat!

Seriously better menyesal sekarang sebelum terlambat! Nasihat tulus daripada ynag pernah experience ..huhu!

MACAM MANA NAK TAHU? 

Dulu sebelum terkena, aku pun dah search merata jugak la tapi in the end terkena jugak...Memang betul apa yang orang cakap...sedih mak aii, serik dah aku nak try benda pelik2!


TANDA-TANDA PRODUK YANG MENGANDUNGI MERCURY! 
Nih aku share dari tuan empunya blog Cik Fara
  • Melekit-lekit. Sapu kat muka pun bukan main susah nak ratakan.  
  • Tidak Homogen. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat. 
  • Kulit putih segera. Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu. Nampak beno nipunya. Pakai banyak mercury memang la laju je kulit putih. Putih nye plak lain macam, bukan putih natural. Biar lambat putih asalkan selamat. (Macam Intan, dia pakai setahun Safia Rania baru nampak kulit cerah berseri. Cecece)
  • Takde langsung jerawat nak tumbuh. Jangan cepat happy bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yang sangat la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv. Dan kenapa jerawat dah tak nak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yg dah rosak. Nyamuk pun buat derk je. 
  • Bau logam. Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun maybe dia dah di campur dengan parfume (pewangi). 
  • Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning. Krim siang kuning, krim malam putih. Tapi tak semua lah produk nak cakap ada merkuri, tapi wajib diragui. So Google sebelum nak try-try guna produk kosmetik. 
  • Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yang ada mercury ni berkilau-kilau, kilat-kilat sikit. Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat-kilat? Ingat! mercury adalah logam sebab tu dia berkilat.
  • Bila stop pakai, bintik-bintik tumbuh kat muka, gatal-gatal.Lama-lama kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.
  • Kulit sensitif dengan matahari. Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.



Cara mudah macam mana nak tau produk tu ada kandungan mercuri ialah:
  • Sapukan cincin emas (pastikan yang tulen) dengan krim yang kiter nak test tu. Gosok-gosok la cincin dengan krim tu.
  • Kalau produk tu bermercury, krim tu akan bertukar menjadi warna kelabu. Semakin gelap warna yang terhasil, semakin banyak mercury yang digunakan.

Aku masih simpan lagi produk tu!! Nak ekpserimen dekat kucing kat rumah..

Nah! Aku share link...

Good night you all!!

Daripada beli skin care pelik lagi haram tu, baik melabur collagen ke vitamin ke?


Ahad, 7 Jun 2015

The unfortunate ALS - Lou Gehrig's disease



Just for a short tazkirah. Somehow, we keep whining, complaining on every single thing without realizing that we actually wasting our time on it. Looking to this unfortunate people, how they actually keep their positivity ahead compared to healthy mighty us! That is so embarassing. Seriously, we need to reflect back what we have done till this seconds of time. What if you know when you will die or you know that there is no cure for you illness. That's when you will start to "face palm" like what i have done? Come back to HIM and seek for HIS forgiveness and indeed HE will always be there for you.