Assalamualaikum !
Salam 8 Ramadhan semua. Lama jugak aku tak post pasal resepi kan? Ada orang tanya, rajinnya masak, nak exam ni cik kak oii... Haha style aku kalau stress aku masak. Sapa tak takut exam tinggal lagi berapa hari je lagi. Bukan sebarang exam la kekakak sayang semua, kalau setakat exam amik lesen tu cikai je...Exam untuk jadi doketot tu Alahai...
Tapi, entry kali ini bukan untuk curahan stress saya ok. So, kali ni aku nak kongsi resepi kuih kosui ala-ala student pemalas macam aku, dan untuk korang-korang yang nak terasa tu :P
Credit entry ini untuk umiku yang tersayang sebab layan phone call aku menanya resepi :)
Kuih Kosui ala student
Bahan-Bahannya
1 cawan tepun gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula (dilarutkan)
2 cawan air
1 sk garam
1sk kapur yang dilarut (boleh beli kat kedai ni..)
1sk kapur yang dilarut (boleh beli kat kedai ni..)
1/2 sk pewarna hijau/ esen pandan
Cara-caranya~ Masukkan je semua bahan-bahan tu. Haha senang tak. Kalau korang ada blender lagi senang. Kita blend je semua :)
Dah pun siap and masukkan dalam bekas. Kukus la lepas tu kan..takkan nak makan terus. Haha.
Banyaknya aku gelak. Annoying tak?
P/S : Korang jangan terkejut pulak lepas siap kukus nampak macam lembik semacam. Tapi nanti bila sejuk dia jadi cantik macam kat atas ni..hihi lembut mcm downy!
Selamat mencuba!!
Version aku. Ada orang tu cakap macam buah melaka? Huhu...ye ke? sedih kak... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan