Ahad, 12 Julai 2015

Menjelang syawal dan aku masih di sini...

Assalamualaikum...

Dah 25 Ramadhan dan aku masih terpacak setia dekat kuantan ni. Buat apa lagi taktau..huhu. Tahun nih raya memang suram la sebab nervous nak exam. 

Sambil tunggu nak buka puasa ni, meleleh sebak aku melayan lagu raya...hadoii la. Nak balik.....

Bebudak study group aku nih pun dah macam malas nak bergroup-group dah...dah pakat balik sorang-sorang. 

Sobs2..

Jomla kita layan sampai meleleh ayaq mata cheq..

SELAMAT BERBUKA uhukkk-uhukkk!


Khamis, 9 Julai 2015

Bila Malaysia bankrap...

Assalamualaikum...Salam 22 Ramadhan

Santai-santai ja post ni...

Dengan macam-macam yang berlaku kepada negara kita ni, kadang-kadang aku terfikir apa yang akan berlaku bila Malaysia bankrap? Apa akan jadi? Seriously tak boleh nak bayangkan...

Macam GREECE ke? sampai rakyat nak keluar duit pun tak boleh?

Macam AFGANISTAN ke? Kuasa besar take over?

Takut pulak bila aku fikir balik..

Kalau benarlah apa yang digembar-gemburkan kat berita mahupun media sosial tu...dengan izin ALLAH kebenaran tu akan terpancar jugak..

Bila Malaysia bankrap berdasarkan mimpi aku yang korang jangan amik serious..Saja nak share sebab bagi aku dasyat sangat dan nampak macam real..hoho

Semalam aku tidur awal, Takde nya sebelum tidur tu aku selak Malaysiakini ke Malaysianinsider ke kalau korang nak kata aku bias..yang aku ingat aku ada solat istikharah je atas sebab-sebab yang lain dan tak bekaitan pun..

Mimpinya macam nih...

HEBOH satu MALAYSIA! NAJIB larikan diri hilang entah ke mana dengan kes-kes yang tak selesai lagi tu. Even MPs pun tak tahu dia pergi mana dan memang kacau bilau la. Aku ingat aku tgk tv time tu dan live session semua anggota kabinet berkumpul..

Dalam diam-diam tu sebenarnya ada kuasa jahat luar nak take over Malaysia..So dorang datang serang la..Aku? terpisah dengan family aku..yang aku ingat aku dikurung dalam satu bangunan nih dengan semua yang kat dalamnya perempuan.Aku mengintai ke luar tingkap tgk ramai gila askar pakai baju hijau ala-ala macam tentera Jepun tu. Ramai jugak sampai aku rasa dia import rakyat negara dia jugak datang kat Malaysia..Macam NEW WORLD jugakla. 

Yang kelakarnya, bantal yang aku peluk aku sempat lagi bawak haha... ok2 aku sambung cerita. Lepas tu igt ok la..sebab dorang tak pukul ke apa ke....tapi..

Datang satu kapal terbang ni ala-ala macam ni..

Sekadar hiasan..
Lepas tu ada kawan aku in which aku tak ingat sapa pun dia.." Weyh! ni kapal chemical weapon..beracun ni..lari sembunyikan diri tutup hidung semua"Aku pun pekup la muka semua.Ynag aku ingat, apa benda la gas ni..nak bagi kami mati ke..huhutragik kan? Lama jugakla dia sembur...Yang aku ingat feeling time tu sakit kepala dengan sakit gigi yang amat. Rupa-rupanya, gas tu nak jadikan gigi kitaorang buruk la lepas tu luruh....haha (Aku rasa mimpi aku ni nak suruh aku gosok gigi lebih kerap)..

So lepas tu dia blah.Fuhhh! Lega la.Entah macam mana, askar-askar kat luar tu boleh lak buat parti. Tpai yang peliknya aku mengintai menari macam ala-ala Bhangra tu ...haha (mengarut-mengarut)...

Lepas tu dia mai lagi korang tau...sekali lagi sakit gigi aku! Tak guna betul la.Sibukla kami nak tutup tingkap pintu semua..seram weyh..sebab setiap askar dorang berdiri keliling bangunan tu takut kami lari. Tapi dorang yang kena asap kat luar tu takpe pulak..hmm sbb gigi dah rongak kut...

Aku terdengar satu suara.." Sudah-sudahla tu..dah cukup dah.." (Ehh cakap Melayu ? ahahaha..)

Baik pulak dia..usha sikit muka..hmm boleh tahan..

Rupa-rupanya ada yang nak memberontak. Yehaa that's mean aku boleh free...

And memang aku free pun lepas tu..FREE FROM MY WEIRD YET SCARY DREAM.

Sekian, semoga terhibur.

p/s: Entry ini hanya sekadar bacaan santai dan takda kena mengena dengan nama-nama yang disebutkan di atas.

Tapi! Bila aku bangun tu terus tanya roomate.." Weyh, Najib dah resign ke belum??" Haha

Aku share doa ni..sumber ig @ctdk

Rabu, 8 Julai 2015

Mudah mengungkapkan sabar tapi...

Assalamualaikum...

Sambil menunggu waktu berbuka sekejap lagi, jom kita tadabbur sedikit..di akhir-akhir Ramadhan yang berbaki lagi 8 hari ni..

Erti Sabar dengan ujian ALLAH Yang Maha Esa. Aku bukanlah orang yang tepat untuk berkongsi hadith mahupun potongan Al Furqan yang indah.Memang tidak laak langsung. Tapi aku punya pengalaman melalui detik-detik yang penuh menguji kesabaran aku. Alhamdulillah, aku masih disini, kuat untuk hari-hari yang mendatang.

Dikejutkan baru-baru ini, seorang sahabat aku ditimpa ujian yang bagi aku sungguh berat untuk ditanggung. Hanya ALLAH yang tahu betapa ranapnya hatinya mengetahui berita yang menyedihkan itu. Ujian itu tanda DIA ingat..sayang..dan selalu ada untuk kita.

Bertahun-tahun berpenat lelah..tapi apakan daya dia di uji sebegini berat. Tabahkanlah hatinya YA ALLAH.

Sememangnya mengungkapkan sabar mudah. Cukup mudah. Bersabarlah...

Tapi, jikalau di renung kembali...hanya yang telah melaluinya sahaja yang mampu mengungkapkan sabar kepada sahabat aku ini...

Aku hanya mampu mendoakan engkau tabah..sahabat...